Mau lebih tips?cari di sini
Isnin, 11 Jun 2012
MOTIVASI: Kisah hidup para jutawan
Assalamualaikum.
Lama saya tidak meng"update"kan blog saya ni.Banyak sangat perubahan yang berlaku.Sehinggakan nak sign in pun tak berapa nak pandai.
Untuk post kali ini,saya nak kongsikan sedikit maklumat yang memotivasikan saya menghantar posting ini.Jom sama-sama kita baca.
Sumber
JUTAWAN MALAYSIA : RAHSIA KEJAYAAN AL IKHSAN (ALI HASSAN)
SUMBER DARI KOSMO: Oleh
SHAWKATH AZDE
shawkath.azde@kosmo.com.my
Pada usia 11 tahun lagi, Ali Hassan sudah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan menjual aiskrim yang dibuat ibunya. Hari ini, kesungguhannya dalam bidang perniagaan berbayar dengan sebuah empayar bernama aL-ikhsan. BAKAL menyambut hari ulang tahun ke-39 tahun lima hari lagi, lelaki yang masih muda ini bukan calang-calang ahli perniagaan. Memupuk minat bisnes sejak kecil dengan prinsip hidup yang kuat berpegang kepada ajaran Islam, hari ini sebanyak 59 buah butik aL-ikhsaN di seluruh negara wujud dan menjadi bukti sebuah empayar perniagaan hebat miliknya.
Beliau adalah Ali Hassan Mohd. Hassan, pemilik rangkaian al-ikhsaN yang berkembang maju dalam tempoh 14 tahun. Rangkaian kedai aL-ikhsaN bukan asing lagi dalam kalangan anak muda hari ini yang menggemari produk sukan berjenama popular seperti Nike, Adidas, Puma, Reebok, Umbro, Lotto dan Diadora pada harga yang murah. Kejayaan mengembangkan kedai aL-ikhsaN sekali gus menghakis kritikan bahawa usahawan Melayu sering gagal dalam perniagaan serta menepis stereotaip bahawa orang Melayu sebagai malas dan layu. Mercu tanda kejayaan empayar al-ikhsaN di seluruh negara sebenarnya bermula dengan urusan jual beli baju sukan berasaskan modal kecil dengan kelompok pelanggan yang tidak besar.
Ali Hassan menceritakan produknya pada masa itu hanya dijual kepada rakan-rakan dan pensyarah beliau sewaktu menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. "Masa menuntut di universiti dulu, saya akan beli satu dan jual satu. Ketika itu, jualan kecil dan modal juga kecil. Jualan dibuat kepada rakan-rakan satu universiti dan juga pensyarah saya. "Sewaktu di UTM, saya juga bekerja sambilan sebagai penghantar piza untuk menampung perbelanjaan pengajian dan sara hidup," katanya yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal UTM pada tahun 1993. Ketika ditanya mengenai biasiswa yang diterimanya, beliau berkata: "Memang saya ada terima biasiswa tetapi saya berikan semua kepada ibu kerana kami bukan orang senang.
" AL-IKHSAN juga melebarkan butik perniagaannya sehingga ke Alor Setar, Kedah. Beliau yang merupakan pelajar cemerlang pernah ditawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi ditolak kerana lebih cenderung untuk mengusahakan perniagaan. Bercerita lanjut mengenai kebangkitan aL-ikhsaN, Ali Hassan memberitahu perniagaan pertamanya bermula di ruang sempit di Holiday Plaza, Johor Bahru dengan modal perniagaan yang diusahakan dengan titik peluhnya sendiri. "Ketika itu, memang sukar untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan kerana saiz perniagaan ini kecil. Itu bukan alasan untuk tidak berjaya. Saya kena rajin dan kuat berusaha dengan menjual baju sukan secara pantas. "Dapat sahaja barang hari ini, jual secepat mungkin. Cari peluang yang ada di mana sahaja asalkan boleh dijual," katanya yang pernah naik turun pejabat kerajaan dan syarikat swasta bagi memperoleh tempahan dan memasarkan barangannya. BUTIK aL-ikhsaN mendapat sambutan hangat di Johor Bahru, Johor.
Beliau mula mengusahakan perniagaan serius pada tahun 1994 apabila mendapati wujud trend permintaan terhadap barangan sukan yang amat menggalakkan. "Mulanya, saya berniaga kerana mempunyai minat mendalam terhadap sukan bola sepak tetapi kemudian ia menjadi lebih serius kerana pada ketika itu agak sukar untuk mendapatkan barangan sukan," katanya yang merupakan anak bongsu daripada lapan adik-beradik. Sambil meninjau susunan peragaan barang jualannya, beliau menyatakan dalam menjayakan sesuatu perniagaan, beberapa elemen penting perlu ada, antaranya kesabaran, kesungguhan, tiada perasaan malu serta tekun berusaha. "Walaupun kita gagal sekali atau sukar mendapatkan pinjaman bank, kita kena istiqamah dan terus buat sahaja. Jangan fikir apa-apa, usahakan apa yang ada. "Ini penting untuk kita bina reputasi walaupun mengambil masa satu atau dua tahun.
Bila orang melihat reputasi kita yang semakin baik, barulah mereka akan percaya. "Apa sahaja kita kena sabar.... perbaiki apa kelemahan yang ada. Jangan malu bertanya kepada pelanggan apa yang mereka tidak puas hati. Biar mereka 'komplen'," katanya yang berpendapat ia merupakan antara langkah untuk memajukan perniagaan ke tahap yang lebih baik lagi. "Saya masih ingat lagi luahan pelanggan kerana barangan yang dipamerkan di kedai pertama sedikit dan banyak kekurangan. Itu tidak ada...ini tidak ada. Jadi, saya berusaha mendapatkan barangan yang mereka mahukan kerana ingin memuaskan hati pelanggan. "Ambil sahaja apa 'komplen' pelanggan dan jangan kita tafsirkan pendapat atau kritikan yang diberikan itu sebagai negatif. Itu tanda mereka sayang kepada kita dan mahu melihat perniagaan kita berkembang," katanya.
Resipi kejayaan selama ini yang didukung dalam diri Ali Hassan sebenarnya berpaksikan sepenuhnya kepada tuntutan dalam agama Islam. "Formula aL-ikhsaN dari dulu sehingga sekarang adalah jangan kita meninggalkan solat lima waktu, jaga ibu bapa kita sebaik mungkin, tunaikan zakat dan berikan sedekah dan bantu mereka yang susah. Beliau menyerah semuanya kepada kekuasaaan Allah dan mempercayai sekiranya melakukan sesuatu perkara kerana Allah semata-mata, kesannya amat berbeza. "Dari sini keajaiban akan berlaku dengan izin Allah. Kita kena yakin dengan janji Allah, iaitu siapa yang ikut perintah-Nya... kemenangan dan kejayaan akan diberikan di dunia dan akhirat. Mula-mula nampak susah tetapi sekarang semua keajaiban itu menunjukkan hasil. Inilah isi kejayaan yang sebenar," jelasnya. Selain pegangan kukuh pada tuntutan agama, senjata aL-ikhsaN yang sentiasa berada selangkah di hadapan pesaing adalah harga produk sukan dijual amat berpatutan bagi semua lapisan masyarakat.
"Apa yang paling penting ialah aL-ikhsaN memberikan produk-produk berkualiti dan berjenama antarabangsa dengan harga yang cukup berpatutan. Ini memberikan kepuasan kepada pembeli, sekali pakai mereka akan kembali lagi. "Kebanyakan produk yang ada di aL-ikhsaN tidak terdapat di kedai-kedai lain. Pilihan produk juga luas dan dijual pada harga berpatutan. Model kasut sukan dan peralatan lain yang dipakai oleh pemain bola antarabangsa terkenal juga terdapat di kedai ini. "Malah, setiap barang yang dilancarkan di Eropah boleh didapati di sini pada hari yang sama," tambah beliau. aL-ikhsaN Sport turut menyediakan kelengkapan sukan bertaraf antarabangsa yang mana produk yang ditawarkan adalah eksklusif dan berkait rapat dengan arena sukan dunia seperti Liga Bola Sepak England, Piala Eropah (Euro), Formula Satu (F1), Sukan Olimpik Beijing serta Piala Dunia 2010. Berhubung kesukaran dalam perniagaan yang dialami, beliau berkata, mengekalkan pekerja dalam industri peruncitan merupakan perkara utama memandangkan pemilihan kerjaya pekerja dalam industri tersebut masih lemah.
"Turnover staf adalah tinggi dalam industri peruncitan tetapi kami di aL-ikhsaN masih bagus lagi kerana kami memberikan pakej yang terbaik seperti motivasi dan latihan di ibu pejabat kami di Johor," katanya.
Siapa insan ini?
Jeng jeng jeng
Sabtu, 7 April 2012
Isnin, 12 Mac 2012
VIDEO: Harimau Makan Manusia Live
Selasa, 6 Mac 2012
Isnin, 5 Mac 2012
HAKIM KITA LEBIH ADIL BERBANDING NEGARA JIRAN?JOM BACA KISAH INI!!

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.
Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”
Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..
Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.
SUMBER: FACEBOOK
Sabtu, 28 Mei 2011
Review Samsung Galaxy Mini Teeerbaik di dalam kelasnya.

Aku minat gile ngan phone ni.So,aku masukkan review.
Korang translate sendiri ek..:P
Samsung is not backwards about coming forwards with multiple smartphones. While we’ve recently been stunned by the superb quality of the high end Samsung Galaxy S2, we know Samsung has its feet firmly on the ground, and realises there is hay to be made at every section of the Android smartphone market. But we wonder if the Samsung Galaxy Mini is just too hampered by its screen to be a real success.
You see, when you are paying £150 for a smartphone SIM free you can’t expect the earth. But you do have a right to expect a good mix of features. With that in mind, we can live with the fact that the screen measures 3.1 inches. It’s small, sure, and the size makes tapping at the on-screen keyboard tricky if you have lager hands.
But what really lets things down is the resolution. We aren’t convinced that a 320x240 pixel screen really has a place in the mix. An Android smartphone, after all, has multimedia at its core. And this screen resolution makes viewing web pages tricky. Even the text of SMS messages, writ quite large on screen, looks fuzzy thanks to the low resolution.
There’s another thing about the screen too. It is relatively wide, so that flicking into wide format for video viewing or web browsing doesn’t reveal quite as much additional width as we are used to.
And while we are on the negative aspects of the Samsung Galaxy Mini, the other major one is the absence of Flash. The handset runs Android 2.2, so on paper it can cope with Flash. But the processor, at 600MHz, lacks the oomph. So, there’s no streaming video from within web sites, which these days is rather poor form.
The slowish processor also contributed to a somewhat sluggish response to screen presses. This in itself isn’t a deal breaker, but if you’ve used a high end smartphone recently you will notice the difference.
These things, really, are the Samsung Galaxy Mini’s main stumbling blocks and the other compromises are more acceptable. We can live with the 3 megapixel camera, for example.
It lacks a flash and autofocus, and only shoots average quality snaps. But it has a panorama mode, smile shot and a feature called ‘Add me’ which lets you shoot a photo in two separate halves, automatically stitching them together. It can make for some entertaining photos.
We rather like that you start out with three home screens. This is a manageable number suited to a newcomer to smartphones. If you want more, you just pinch inwards on any home screen and you can add them - up to a total of seven.
We also like that Samsung has lightly skinned Android so that four shortcuts remain in a bar along the bottom of every home screen. These give you access to the dialler, contacts, messaging and the main apps menu.
We’re fans of the chassis and build, too. Our review sample was all white with silver edging and a stippled patterning on the backplate. It looks quite attractive, feels robust, and contributes to a mere 106.6g of weight.
Under the screen Samsung has opted for physical rather than touch sensitive buttons for Menu and Back functions, and the Home button is a large central lozenge. This does look as though it ought to be a select button or incorporate a touchpad, but no, it just takes you to the main home screen. And we can live with that.
Memory is a bit short with just 164MB on board. But Samsung gives you a 2GB microSD card on which you can install apps you download from the Market.
This slot is on the right side of the chassis so you can sideload any tunes you want the music player to pick up, or get other data on and off the device without bothering to make a wired connection to your computer. And the slot, like the microUSB slot on the top of the chassis, is protected by a hinged cover.
Of course Wi-Fi and GPS are present, and the HSDPA supports downloads to 7.2Mbps. Samsung doesn’t go overboard with applications to augment the Android basics, but it does include an FM radio, memo app, voice recorder, QuickOffice document viewer and its own Social Hub for Facebook, Twitter and MySpace. There is also Samsung’s own app store, if you feel that you want to bolster the offerings of the Android Market.
In the end, the Samsung Galaxy Mini doesn’t do anything to distinguish itself particularly from a fairly crowded section of the market, and that low resolution screen and lack of Flash support are both significant turn-offs. Our best advice would be to shop around and see if there’s a combination of specs that gives you a better screen and Flash for a price you can afford.
Aku amik dari http://www.knowyourmobile.com/samsung/samsunggalaxymini/galaxyminireviews/891145/samsung_galaxy_mini_review.html
Langgan:
Catatan (Atom)
