Mau lebih tips?cari di sini

Khamis, 14 Ogos 2008

Kenapa kita kena baca buku?


Monyet pun rajin baca buku sampai terpaksa pakai cermin mata. Anda bagaimana?Tak tak lebih malas dari monyet kot?!

Sape buang tangan merata-merata ni?


Sang bedal sedang bertanya orang ramai " Ade nampak tak tuan tangan ni?". Kalau anda menjumpai tuan tangan ni, sila hubungi : 999

Jumaat, 8 Ogos 2008

Gambar Seram! "Nak Tumpang Boleh"?


Bagaimana mengajar anak belajar jimatkan petrol?


Kanak2 ini diajar menunggang buaya supaya bila besar nanti tak perlu lagi memandu kereta. Boleh jimatkan petrol :P.
Berani?Cubalah!

Rabu, 6 Ogos 2008

Tips Berjaya Dalam Temuduga


Setiap kali mendapat surat panggilan temuduga, pasti ramai di antara kita yang susah hati. Persoalan yang bermain di dalam minda kita adalah bagaimana untuk bejaya di dalam temuduga tersebut. Apa yang perlu kita lakukan untuk memenangi hati penemuduga dan macam2 lagi. Di sini saya postkan beberapa tips (dipetik dari blog aeropama) yang boleh dijadikan panduan kepada mereka yang bakal menghadapi temuduga.


1. Banyakkan membaca

Ini adalah mandatori.Pelbagaikan bahan bacaan kau. Jangan kau tertumpu pada bahan bacaan berkaitan bidang pelajaran kau sahaja. Kau sangka penemuduga hanya akan bertanya tentang topik yang berkaitan dengan bidang yang kau pelajari. Tidak! Mereka mungkin bertanya tentang topik yang umum; barangkali tentang isu semasa, politik, ekonomi, alam sekitar, sastera, sejarah dunia dan apa-apa yang dirasakan patut untuk di tanya. Tujuannya mahu melihat adakah seseorang calon itu mempunyai pengetahuan dan berkemampuan untuk menjana idea yang bernas dan kreatif.


2. Sediakan apa yang patut

Sepatutnya bila saja kau dapat panggilan temuduga, perkara pertama yang kau harus tanya apa yang perlu kau bawa ketika temuduga. Ringankan sikit mulut kau untuk bertanya. Tak rugi pun. Tak adalah masa sesi temuduga, bila penemuduga minta dokumen-dokumen, kau gelabah memberi alasan itu ini sebab kau tak bawa dokumen yang diperlukan. Biasanya kau harus bawa sijil-sijil akademik kau yang original (lebih bagus kalau kau letakkan dalam satu fail), salinan resume dan juga gambar berukuran pasport. Kalau kau ada surat testimonial dari bekas majikan ataupun pensyarah kau, bawa sekali. Mungkin dapat membantu kau.


3. Etika berpakaian

Kau mahu pergi temuduga pakai jersi Manchester United, seluar jeans, kasut Snickers tak berstokin, rambut panjang tak bersikat, janggut dan misai tak terurus dan berbau tengik. Memang aku halau kau keluar kalau aku jadi interviewer kau. Come on lah beb. Kau tu lulusan universiti bukan pengemis. Pakailah kemeja, seluar slack, kasut hitam (siap digilap berkilat), tali leher, rambut tersisir rapi, janggut dan misai di cukur dan sembur sedikit minyak wangi di badan kau. Jangan lupa gosok pakaian kau. Kepada yang perempuan, janganlah pakai seksi-seksi. Baju jarang-jarang ataupun nampak pusat kau pakai, buah dada terbonjol macam nak terkeluar dari mangkuk coli kau tayangkan, skirt pendek sampai boleh nampak panties yang kau sarungkan. Ingat. Kau pergi temuduga. Bukan nak pergi cucuk langit. Aku sebagai penemuduga rasa senang hati melihat kau dan kau lebih yakin dengan diri kau sendiri.


4. Datang awal pada hari temuduga

Ini yang menjadi masalah utama rakyat Malaysia. Selalu datang lewat tak kira apa jenis majlis pun. Lewat ke kelas, lewat ke majlis kahwin, kadang-kadang tu pergi date pun lewat. Apa salahnya kau datang 15 minit lebih awal. Tak rugi pun. Bakal majikan akan lihat kau sebagai calon yang amat menepati masa dan berdisiplin. Kau boleh gunakan waktu yang ada untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling (ambil feel orang jawa kata) dan menenangkan diri kau.


5. Bersikap sopanlah

Beri salam dan senyum pada orang-orang di situ sebelum dan selepas temuduga. Kalau kau nampak, orang-orang di situ perlukan pertolongan, ringan-ringankanlah tulang untuk membantu. Mana tahu, salah seorang yang kau tolong itu adalah penemuduga kau nanti. Cerahlah peluang kau. Bila kau masuk ke bilik temuduga juga begitu. Beri salam dan senyum. Jangan lupa untuk berjabat tangan. Jika dia bukan muhrim kau, cukuplah sekadar tunduk sedikit sebagai tanda hormat. Duduk bila diberi izin untuk duduk atau kau minta izin untuk duduk.


6. Tenangkan diri kau

Jangan gugup. Penemuduga juga adalah manusia macam kau. Bukan raksasa mahupun alien yang nak makan kau. Duduk dengan tertib dan tegak. Anggap penemuduga kau tu sedang ber'bogel' tak pun macam kawan-kawan kau. Kadang-kadang aku anggap diri aku ni CEO syarikat tersebut dan mereka adalah pekerja-pekerja aku. Aku rasa lebih selesa dan berkeyakinan untuk melontarkan jawapan dan idea-idea aku ketika temuduga berjalan.

7. Bercakaplah dalam Bahasa Inggeris

Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa. Kau tak mampu bertutur dan memahaminya, kau akan ketinggalan. Kalau kau pergi temuduga, kau akan gagal. Ini pasti kalau kau mahu bekeja dalam sektor swasta. Kerajaan aku tak tahulah. Kau tak perlu cakap Bahasa Inggeris dengan 'perfect grammar'. Cukuplah sekadar penemuduga faham apa yang kau cuba sampaikan. Yang penting kau yakin untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Itu yang dilihat oleh penemuduga. Aku nak bagi tahu kau, penemuduga tu pun bukan boleh cakap B.I dengan 'perfect grammar'. So kau tak perlu takut. Ingat! Jangan sekali-kali menjawab dalam Bahasa Melayu. Akibatnya, kau GAGAL.

8. Jual diri kau sehabis mungkin.

Kau harus jual diri kau. Tunjukkan apa keistimewaan yang kau boleh tawarkan pada mereka. Biasanya soalan pertama yang akan ditanya "Tell me about your self?" Budak darjah 6 pun boleh jawab. Kalau kau jawab macam budak darjah 6, kau GAGAL. Cukup sekadar kau beri nama kau, dari mana asal kau, berapa adik beradik kau dan kau anak yang keberapa. Di sini kau boleh jual diri kau. Aku bagi contoh, kalau kau anak yang pertama, kau boleh katakan yang kau dilahirkan sebagai pemimpin. Kau adalah pemimpin nombor 2 selepas ayah kau (kalau kau lelaki) ataupun kau boleh cakap keupayaan kau memimpin adik-adik kau yang nakal-nakal kat rumah tu. Tentang latar pendidikan kau; cukuplah kau beritahu tentang kelayakan akademik kau yang tertinggi. Kalau kau ada ijazah, beritahu ijazah apa dan dari mana kau perolehinya. Tak perlu melalut sampai ke UPSR. Kalau kau aktif dalam ko-kurikulum, nyatakan sekali. Apa jawatan yang kau pegang, apa kejayaan yang kau capai semasa menjawat jawatan tersebut dan apa yang kau pelajari semasa menjawat jawatan tersebut dalam membina sahsiah diri kau. Kalau kau ada pengalaman kerja part-time, jangan sekali-kali kau lupa ceritakan. Ini adalah kelebihan kau yang paling utama dan membuktikan kau berlainan dari calon-calon yang lain. Kau sudah terdedah kepada dunia pekerjaan lebih awal dan kau tahu selok beloknya. Ingat! Penemuduga mahu mencari keistimewaan dan kelainan dalam diri calon. Dan jangan lupa untuk kupas pengalaman kerja kau itu sedalam-dalamnya.

9. Follow-upIni amat penting.

Penemuduga juga manusia. Manusia mudah lupa. Lepas kau temuduga, rajin-rajinlah menelefon mereka untuk mengetahui status temuduga anda. Kau boleh lakukannya selang seminggu kau selesai temuduga. Come on guys, jangan kedekut untuk bazirkan kredit kau untuk buat follow-up. Sekadar 2-3 ringgit. Apalah sangat jika nak di bandingkan dengan 2-3 ribu ringgit sebulan yang bakal kau perolehi.


Selamat Mencuba!

Selasa, 5 Ogos 2008

Tips Menjadi Jutawan di Dalam Al-Quran dan As-Sunnah

Tips ini saya petik dari blog myjodoh

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]
Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”
Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.
Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]
Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]
Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.
Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.
Wallahu’alam.
[1] Jami-ul-Saghir (Terjemahan H. Nadjih Ahjad),Imam Suyuthi, PT Bina Ilmu, Jakarta, 2003; Riwayat Ahmad, hadith #166.[2] Muntakhab Ahadits (terjemahan Muhammad Qasim at Timori), Maulana Muhammad Yussuf Al-Khandalawi, Pustaka Ramadhan, Bandung, Indonesia, 2004; Riwayat Tirmizi, ms327[3] Jami-ul-Saghir, op. cit.; Riwayat Baihaqi, hadith #8942, menurut Imam Suyuthi berstatus daif.[4] Muntakhab Ahadits, op. cit.; ms 244[5] Ibid.

Tips Tidur Yang Betul Mengikut Sunnah dan Penemuan Sains Mengenainya

Oleh Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun. (Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998) Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun.(Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing') Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function) Tidur Dan Kerihatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah. Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan: "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim) Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri. Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa. Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com) Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.Cara Tidur Nabi Dan Kajian Semasa.Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan: "Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas." (Bukhari-Muslim) dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda: "Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk." (Bukhari-Muslim) Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan. Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: 'Catching Those ZZZZ's') Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang: "Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah." (Tarmuzi) "Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan." (Bukhari-Muslim) Berkata 'Abbad ibn Tamim: "Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda." (Bukhari-Muslim)Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297) Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan. Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini. Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:1. Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.(Intermountain Spine Institute (1999); 'Spine Self Care') Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah. Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid) Kesimpulannya. Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan.

dipetik dari isuhangat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

macam2tips stats