Mau lebih tips?cari di sini

Rabu, 14 April 2010

Tips menghilangkan batuk, deman dan panas badan, menyejukkan badan - Jimat!


Buah Asam Jawa


Pokok Asam Jawa

Semenjak dua menjak kebelakangan ini, cuaca di sebelah utara begitu meningkat.Apakah puncanya,apakah sebabnya masih menjadi persoalan.Adakah ini sebahagian daripada ujian Maha Pencipta?atau ini sebahagian dari bala?atau...peringatan bahawa hari penentuan bakal menjelma tidak berapa lama lagi...Apa pun...sebagai hambanya, tidak perlu kita pertikaikan apa yang didatangkan kepada kita.Yang perlu kita lakukan ialah sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan iman serta kesihatan yang baik.

TIPS MENYEJUKKAN BADAN SERTA MENGHILANGKAN BATUK.

1. Ambil asam jawa yang dh diproses(lagi banyak lagi baik)
2. Masukkan ke dalam bekas(dalam jag dsb)
3. Masukkan air masak
4. Sejukkan di dalam peti sejuk (biarkan semalaman)
5. Minum setiap hari (kalo dh habis, ulang2 buat langkah 1-5)

InsyaAllah..demam, batuk dan panas badan anda akan beransur hilang.

Selasa, 13 April 2010

Air Tebu Ori?Ada yang tiruan ke?




Tadi waktu balik kerja, saya sempat singgah di gerai "Air Tebu Ori" kat tepi jalan.Yang membuatkan saya teruja untuk singgah ialah istilah "ori" yang digunakannya. Dalam fikiran saya, adakah air tebu yang saya minum selama ini adalah tiruan?anpa banyak berfikir,saya terus memesan segelas air tebu ori.Sambil minum, saya sempat berborak-borang dengan si penjual.Sempat juga saya bertanya, apa yang dimaksudkan dengan "Air Tebu Ori"?. Katanya, yang dimaksudkan dengan ori tu ialah air tebu yang tidak dicampurkan dengan gula.Rasa tertipu melekat pada hati saya.Namun, saya cuba juga untuk mencungkil rahsia kemanisan "ori" yang diceritakan kepada saya. Menurut tokey itu, untuk mendapatkan manisan tebu yang semulajadi, tebu yang digunakan untuk diambil airnya mestilah berusia dia antara 8-10 bulan ke atas. Pastikan juga, tebu tersebut diusahakan di kawasan kering.Ini kerana tebu yang ditanam di kawasan berair akan menghasilkan tebu yang tidak manis...Itulah jawapan dia.Saya lantas membayar RM1 dan meneruskan perjalanan pulang.

Moral of the story: Bantulah rakan2 kita yang mencari makan dengan menjaja di tepi jalan kerana sesunggunya usaha mereka itu adalah untuk mencari sesuap nasi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

macam2tips stats