Mau lebih tips?cari di sini

Ahad, 31 Ogos 2008

Puasa dan Kesihatan Part3

Fasa Asidosis
Masa : hari ke 3 – 14
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi `putih` atau berdaki - akibat keadaan ketosis ini gejala yang mungkin dialami oleh sipuasa. Untuk menangani fasa ini, iaitu keadan di mana sipuasa mengalami tekanan darah rendah dan senang gelap mata, sipuasa dinasihatkan tidak berdiri atau bangun dengan tiba tiba. Jika dari baring hendak berdiri, kenalah duduk dulu seketika sebelum bangun. Sipuasa tidak perlu menghentikan aktiviti jasmani atau perkerjaan sebab fasa ini tidak bererti badan menjadi lemah. Bekalan lemak seorang yang berbadan sederhana adalah cukup untuk beberapa bulan dan yang berbadan gemuk mempunyai bekalan lebih dari itu!



Di fasa ini badan mulai mengambil lemak sebagai bahan bakar dan tidak karbohidrat disebabkan bekalan karbohidrat sudah berkurangan. Keadaan ini hanya akan dihasilkan jika pengambilan makanan sipuasa kurang dari keperluan badan. Jika sipuasa mengurangkan penggunaan tenaga atau melebihkan rehat serta memakan berlebihan dan menukar aktiviti / jadual hariannya , keadaan ketosis ini tidak akan terhasil. Fasa ini adalah fasa pembuangan toksin dan bahan kotor dari badan. Gejala-gejala yang dihadapi berpunca dari pembuangan toksin ini. Lagi banyak toksin di dalam badan, lagi lamalah keadaan ini akan berlarutan. Jika anda mengesyaki badan anda mengandungi banyak toksin (selalunya orang yang berbadan gemuk, banyak memakan barang yang tercemar, banyak memakan ubat jenis `drugs', mengidap sembelit atau buang air besar jarang-jarang, mengidap penyakit yang berpunca dari toksin seperti sesetengah jenis penyakit artritis), anda boleh kurangkan kesan asidosis ini dengan membuat persediaan yang rapi dan latihan pra-puasa yang baik. Jika tidak, mungkin badan tidak mendapat sepenuhnya manfaat puasa dan mungkin membawa mudharat kepada hati yang terpaksa menanggung beban pembersihan toksin.

Fasa Akhir
Masa : Dari 14 – akhir puasa Ramadhan
Gejala : Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih, kadar glukos kembali normal
Mental, emosi dan badan semakin `optima` dan anda menjadi `orang baru`. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses `asidosis & ketosis` didalam badan berjalan lancar. Seperti yang disebutkan tadi, persediaan sebelum puasa akan dapat mengurangkan gejala-gejala yang dihadapi semasa puasa Ramadhan. Persediaan pra-puasa ini bertujuan membersihkan hati dan mengoptimakan fungsinya serta dapat mengurangkan toksin didalam badan. Tanda-tanda seseorang itu mempunyai banyak toksin di dalam badan atau mempunyai hati yang fungsinya kurang optima, ialah:

mengidap sakit kepala bila ia terlepas waktu makan
sembelit
sukar menghazamkan lemak
mengantuk selepas makan.
kerap kembung perut
mulut terasa pahit
jerawat dan ruam atau kulit kering
gemuk
nafas berbau
alahan makanan
masalah penghazaman
selalu merasai tekanan emosi, baran, cepat marah, sensitif
Semoga maklumat yang diberi sedikit sebanyak dapat membantu kita secara fizikal dalam menghadapi bulan Ramadhan yang akan tiba tidak berapa lagi, dan seterusnya sentiasa sihat dan cergas dalam melakukan ibadah-ibadah sepanjang Ramadhan.

credited to rushmooradt.blogspot

Puasa dan Kesihatan Part2

CARA BERPUASA YANG TIDAK BERKESAN
Berikut adalah beberapa cara atau kebiasaan yang harus dijauhi supaya kita mendapat manfaat puasa sepenuhnya –

Makan terlalu banyak samada pada waktu sahur atau berbuka
Memakan makanan yang pedas, berempah atau payah dihazam
Memakan terlalu banyak daging binatang terutama bagi mereka yang mengidap batu karang, gout, allergi, alahan)
Suka mengulangi makanan sepanjang malam
Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.
Tidur selepas makan (perut kenyang)
Minum terlalu banyak kopi atau teh.
Jika kita masih meneruskan amalan di atas, kita bukan sahaja akan kurang mendapat manfaat puasa, malahan kita akan merasa letih dan mungkin juga akan mengalami berbagai masalah kesihatan akibat amalan tersebut. Malangnya masih ramai orang Islam yang berpuasa sedemikian. Dr. Alan Cott menyatakan dalam bukunya `Fasting: The Ultimate Diet' bahawa, "...Muslims fast religiously and unhealthily for a whole month. They eat and drink nothing during the day and gorge themselves at night." Tidak boleh dinafikan memang ada kebenaran dari apa yang dikatakan oleh Dr. Alan Cott mengenai cara orang Islam berpuasa. Walaupun pahit, kita harus menerima hakikat ini dan berusaha untuk membaiki diri agar kita akan mendapat manfaat sepenuhnya dari amalan puasa.

Puasa yang berjaya adalah puasa yang diamalkan mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w. dan bukan puasa tradisional Melayu. Puasa yang berjaya akan membuahkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, bersih dan diperbaharui!
Kunci bagi kejayaan puasa ialah kawalan yang baik semasa berbuka dan bersahur. Cadangan saya semasa berbuka ialah memakan makanan yang senang hadam, yang mengandungi banyak serat dan dalam kadar yang sederhana. Amalan Rasulullah s.a.w. memakan buah tamar semasa berbuka adalah baik sebab tamar mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi di samping mengandungi asid amino - diantaranya ialah triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan. Yang saya tahu, Rasulullah s.a.w. berbuka dengan buah tamar sahaja dan tidak mengikuti dengan nasi serta lauk pauk atau kuih muih. Kawalan berbuka seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. mungkin terlalu susah bagi kita ummat Muhammad di abad 21 untuk mencontohi. Tetapi jika kita beringat, perkara ini akan menyenangkan kita untuk mengawal nafsu makan.

Bagi tujuan mengawal pengambilan kuantiti makanan atau minuman secara berlebihan, kita perlulah bersederhana semasa menghidang juadah berbuka dan makan sahur. Jika banyak yang dihidang dari anika jenis dan rasa, sudah tentulah sukar untuk mengawal apa yang sudah ada di depan mata. Kita harus mengambil peluang ini untuk berjimat khususnya bagi belanja ke atas makanan pada bulan puasa. Oleh itu bilangan dan kadar makanan harus dihadkan. Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum dari bahan semula jadi serta elakkan menggunakan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Sebagai gantian kepada gula putih, anda boleh guna gula merah, madu lebah atau jus buah asli.

Amalan yang baik untuk menyenangkan pembuangan air besar ialah dengan meminum air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji selaseh serta getah anggur semasa berbuka. Selain dari membantu membuang air besar, ramuan ini juga mencuci usus. Elak juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi banyak rangsangan kepada saraf dan jantung semasa berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada perut menyebabkan peengeluaran asid hydroklorik secara berlebihan, dan ini boleh menyebabkan keadaan pedih perut atau gastrik.

Protein binatang adalah makanan yang paling komplex dan susah untuk dihadamkan. Ia juga adalah makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan bahan kimia dan berbagai jenis racun termasuklah kuman, hormone, antibiotik dan logam-logam berat serta racun serangga dan lain-lain lagi. Untuk menambah manfaat puasa adalah wajar kita kurangkan memakan protein binatang semasa puasa. Sebagai gantian, kita boleh makan banyak protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dhal, kacang soya, kacang hijau, kacang merah dan lain lain. Walaupun protein di dalam sayur tidak lengkap, dengan mempelbagaikan sayuran dan mencampurkan jenis yang dimakan, ia akan melengkapkan diantara satu sama lain. Bagi memudahkan kefahaman, saya bahagikan proses puasa (bulan Ramadhan) kepada:-

Fasa Pertama ( 2 – 3 hari berpuasa )
Fasa Asidosis ( 3 – 14 hari seterusnya )
Fasa Akhir ( 14 hari hingga akhir Ramadhan )

Fasa Pertama
Masa : 2 – 3 hari pertama berpuasa
Gejala : Perut lapar, badan letih, cepat marah – gejala disebabkan kadar glukosa dalam darah rendah. Di dalam fasa pertama inilah sipuasa terasa amat terduga dan inilah yang paling susah hendak dilalui sebab badan belum biasa dangan keadaan perut kosong dan rutin baru yang di amalkan oleh sipuasa.

Puasa Kita VS Puasa Mereka




Puasa kita

1. Hanya Beberapa jam dalam sehari
2. Hanya Sebulan
3. Dihiasi dengan Bazar Ramadhan





Puasa mereka

1. Berhari-hari
2. Berbulan-bulan
3. Dihiasi dengan kematian yang menyedihkan


Jadi, bersyukurlah..

Puasa dan Kesihatan Part 1



Puasa atau menahan diri dari makan dan minum telah menjadi amalan manusia dari berbagai kaum dan agama sejak dahulu kala lagi. Ada yang berpuasa dari makan tetapi tidak dari minum. Ada pula yang menahan dari makan berhari-hari dan ada juga yang berminggu minggu. Terdapat juga mereka yang berpantang dari memakan dedaging dan hanya memakan sayur. Pendek kata, puasa telah digunakan sebagai ibadat, amalan atau kepercayaan manusia.

Artikel yang diselitkan pada kali ini fokus kepada puasa dan kesannya kepada kesihatan. Apakah di sebalik hikmah puasa dan apakah manfaatnya dari segi kesihatan? Puasa adalah suatu proses pembersihan rohani dan jasmani. Jika kita lihat pada definisi puasa iaitu "menahan diri dari makan dan minum serta menahan (mengawal) diri dari semua perkataan, pemikiran atau pendengaran perkara-perkara yang tidak baik". Faedah yang ketara dari amalan di atas ialah kekuatan rohani. Kita kurang mengetahui faedah atau kelebihan puasa dari sudut kesihatan fizikal. Lumrahnya kita kurang faham tatacara puasa yang boleh mendatangkan faedah kesihatan kerana terlalu mengikut tradisi yang telah menjadi kebiasaan kita bila berpuasa. Amalan puasa yang diwarisi sejak turun temurun ini bukan sahaja tidak memenuhi kaifiat puasa, malah ianya akan mengurangkan pahala puasa dan boleh mendatangkan mudharat kepada orang yang berbuat demikian.
Bagaimanakah cara puasa yang berkesan? Apakah fasa-fasa yang dialami semasa berpuasa? Apakah amalan yang akan memudharatkan orang yang berpuasa?
(Keadaan biasa). Di dalam keadaan tidak berpuasa, banyak tenaga badan digunakan untuk proses penghadaman
makanan. Pada masa yang sama, proses metabolisma dalam sel-sel sentiasa berjalan selagi kita makan dan minum. Sel-sel badan juga mempunyai fungsi memproses bahan makanan untuk dijadikan bahan yang boleh digunakan oleh sel dan badan. Semasa menjalankan proses ini, bahan buangan turut dihasilkan dan perlu di keluarkan dari sel. Jika sel-sel badan terlalu sibuk memproseskan makanan yang diterima, proses pembuangan ini akan menjadi kurang efisyen.. Pada kebiasaannya, pergerakan zat makanan (dan toksin) adalah ke arah lemak dan daging. Oleh itu, makanan yang diambil dengan kadar lebih dari yang diperlukan oleh badan akan menyebabkan terkumpulnya bahan-bahan simpanan - yang disimpan sebagai lemak. Di samping itu, jika fungsi perkumuhan bahan pembuangan kurang efisyen, maka toksin yang wujud pun akan tersimpan di dalam lemak.
Sewaktu kita tidak berpuasa (dan tidak pula melakukan senaman), proses pembakaran lemak akan menjadi tidak efisyen. Maka secara tidak langsung proses pembuangan toksin juga akan turut tergendala. Ini adalah kerana lemak dalam badan merupakan tenaga yang tersimpan dan hanya akan digunakan jika bahan bakar biasa yang terhasil dari karbidrat tidak mencukupi. Jika proses perkumuhan sentiasa dalam keadaan tidak efisyen, lama kelamaan sel-sel badan akan berfungsi dengan tidak optima kerana proses pembuangan tergendala. Ini akan menyebabkan sistem-sistem lain dalam badan seperti sistem pertahanan, sistem penghadaman dan lain-lain akan turut tergendala. Akibat dari gangguan berbagai sistem ini, kita akan mengalami gegala-gegala gangguan kesihatan seperti lenguh badan, cepat letih, senang demam dan lain-lain lagi.


Semasa berpuasa, aktiviti memproses makanan akan berkurangan (atau berhenti bagi tempoh waktu yang telah ditetapkan). Tetapi proses perkumuhan atau pembuangan masih tetap berjalan. Oleh kerana sel badan dapat memberi tumpuan kepada proses pembuangan bahan buangan dan toksin, proses ini dapat berjalan dengan lebih efisyen. Dalam keadaan ini juga, badan kita akan mengalihkan sumber tenaga dari glukosa kepada lemak yang tersimpan. Pembakaran lemak ini akan mengeluarkan toksin dari sel dan seterusnya dapat dibuang keluar. Bagi proses perkumuhan ini, hati dan buah pinggang memberi lebih tumpuan kepada pembuangan toksin dan bahan buangan lain kerana dapat berehat dari memproses bahan makanan. Pada masa yang sama, darah (bersama oksigen dan bahan buangan dari sel-sel) dapat mengalir ke otak dan organ-organ lain.


Perlu dinyatakan bahawa proses pembuangan toksin dari badan yang berlaku semasa berpuasa tidak akan dapat dilakukan dengan baik jika seseorang itu mengalami sembelit (susah membuang air besar). Usus besar adalah di antara organ perkumuhan utama badan. Organ perkumuhan lain termasuk hati, ginjal, paru-paru dan kulit. Jika kurang air di dalam badan, buah pinggang akan menjadi kurang efisyen. Oleh itu semasa puasa, usus besar dan buah pinggang perlu dijaga supaya berupaya menjalankan proses perkumuhan yang akan membersihkan badan dan memulihkan fungsi sel secara optima. Proses pembuangan toksin dari dalam sel-sel badan terutama sel lemak akan menyebabkan pengaliran semula toksin ini ke saluran darah sebelum ia dapat keluar dari badan. Proses pengaliran toksin ini akan menimbulkan gejala-gejala yang sering berlaku pada awal puasa. Di antara gejala-gejala yang mungkin dialami pada awal puasa ialah:-

Sakit kepala - ini berlaku kerana toksin yang terkumpul dalam sel mengalir ke saluran darah sebelum ia dikeluarkan dari badan
Lengoh badan
Lidah berdaki dan mulut berbau
Kencing pekat dan berbau
Cirit-birit
Letih lesu - keadaan ini berlaku di awal puasa kerana badan kita tidak menggunakan tenaga yang tersimpan dalam badan dan masih mengharapkan tenaga dari makanan dari luar. Maka gula di dalam darah berada di tahap rendah dan badan terasa lemah longlai, walaupun pada hakikatnya tenaga tersimpan dalam bentuk lemak mencukupi untuk beberapa bulan tanpa makan!

Rahsia Di Sebalik Bulan Ramadhan


SEMPENA kedatangan Ramadan yang mulia, umat Islam bukan sahaja digalak supaya memperbanyakkan amalan serta memerhati kelebihan yang terdapat di dalamnya, malah mereka juga seharusnya mengetahui tentang rahsia-rahsia yang tersembunyi di dalam bulan ini.

Ulama dan pemikir Islam terkenal, Dr. Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya al-Ibadah fil Islam (Ibadat dalam Islam) membentangkan lima rahsia puasa yang boleh dirasai kenikmatannya dalam ibadah dan amalan pada bulan Ramadan.

1. Mengukuhkan jiwa

Dalam kehidupan ini, bukan sedikit bilangan manusia yang dikuasai oleh hawa nafsu dan menuruti segala kehendaknya walaupun menyedari apa yang diinginkan itu salah, mengganggu serta merugikan diri sendiri dan orang lain.

Lantaran itu, Islam menerusi ajaran-ajarannya memerintahkan supaya umatnya supaya memerangi hawa nafsu. Apa yang dimaksudkan dengan memerangi nafsu di sini ialah berusaha untuk mengawalnya, bukan membunuh nafsu sehingga hilang keinginan terhadap sesuatu yang bersifat duniawi.

Kekalahan dalam peperangan menentang manusia hanya akan merugikan nyawa dan harta, namun kekalahan dalam perang hawa nafsu akan membawa bersamanya malapetaka yang lebih besar.

Mereka yang tewas dalam perjuangan menentang hawa nafsu akan beralih daripada bertuhankan Allah s.w.t kepada bertuhankan hawa nafsu yang cenderung mengajak manusia ke lembah kesesatan seperti yang diterangkan oleh Allah Allah s.w.t dalam surah al-Jaasiyah, ayat 23.

Menerusi ibadat puasa, manusia akan mampu mengendalikan hawa nafsunya di samping dapat mengukuhkan jiwanya. Bahkan, golongan yang dapat mengawal hawa nafsunya ini akan mendapat darjat yang tinggi hingga mampu `mengetuk’ dan `membuka’ pintu langit, menjadikan segala doanya ditunaikan Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Ada tiga golongan orang yang tidak ditolak doa mereka; orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil dan orang yang dizalimi.”

2. Mendidik keinginan dan kemahuan

Ibadat puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan yang kuat dalam melakukan kebaikan walaupun azamnya itu terhalang dengan pelbagai rintangan.

Puasa yang sempurna juga akan membuatkan seseorang itu teguh mempertahankan keinginan serta niatnya yang baik, meskipun kemungkinan tersimpang daripada hasratnya itu juga besar.

Lantaran itu, Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): “Puasa itu separuh daripada kesabaran.”

Dalam konteks terdidiknya keinginan yang kuat untuk melakukan kebaikan, puasa akan membuatkan kekuatan rohani seseorang muslim itu semakin teguh, sekali gus menjadikannya tidak mudah lupa diri meskipun telah memperoleh kenikmatan serta kesenangan duniawi yang besar.

Dalam pada itu, kekuatan rohani juga akan membuat seorang muslim tidak akan berputus asa walaupun penderitaan yang dialaminya sukar dan berliku.

3. Menyihatkan badan

Selain menyumbang kepada kesihatan dan kekuatan rohani, puasa yang sempurna juga akan memberikan kesan yang positif dari segi kesihatan jasmani.

Perkara ini bukan sahaja pernah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w, malah turut dibuktikan oleh para doktor dan pakar perubatan moden.

Mereka membuat kesimpulan bahawa pada saat-saat tertentu, perut memang perlu direhatkan daripada kerjanya memproses makanan yang masuk seperti juga sebuah mesin yang harus direhatkan.

Tambahan, dalam ajaran Islam, kantung perut kita memang harus dibahagi tiga iaitu satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk air dan satu pertiga lagi untuk udara.

4. Mengenal nilai kenikmatan

Hakikatnya, dalam hidup ini, sudah begitu banyak kenikmatan dan kesenangan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada manusia, walaupun ramai yang tidak pandai mensyukurinya.

Bagi yang tidak pandai bersyukur, satu nikmat yang diperoleh tidak dirasai kerana inginkan dua. Dapatnya dua nikmat juga tidak disyukuri kerana inginkan tiga dan begitulah seterusnya.

Sebenarnya, kalaulah kita memerhati dan merenungi, nescaya kita akan menyedari bahawa apa yang diperoleh sebenarnya sudah cukup menyenangkan.

Ini kerana, masih ramai lagi manusia lain yang mendapat sesuatu yang tidak nikmatnya sebanyak atau tidak semudah apa yang kita peroleh.

Lantaran itu, ketika berpuasa, kita bukan hanya disuruh memerhati dan merenungi kenikmatan yang sudah diperoleh tapi juga diminta menghayati betapa besar sebenarnya nikmat yang Allah s.w.t berikan.

Perkara ini dapat diperhatikan apabila terasa benar betapa beratnya penderitaan yang dialami selepas beberapa jam sahaja kita tidak makan dan minum. Pada waktu berbuka puasa pula, kita akan dapat merasakan betapa besarnya nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t walaupun ia hanya berupa sebiji kurma atau seteguk air.

Dalam konteks inilah kita dapat melihat betapa pentingnya peranan ibadat puasa dalam mendidik manusia supaya menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang diberikan oleh Allah s.w.t dan seterusnya menjadi golongan yang pandai bersyukur dan tidak memperkecilkan erti kenikmatan walaupun ia sikit atau kecil.

Sesungguhnya, bersyukur akan membuatkan nikmat itu bertambah dan azab pedih menanti mereka yang mengingkarinya seperti yang dinyatakan dalam surah Ibrahim, ayat tujuh.

5. Mengingati dan merasai penderitaan orang lain

Rasa lapar dan haus turut memberi pengalaman kepada kita yang berpuasa untuk merasai betapa penderitaan yang dihadapi oleh manusia yang seharian berhadapan dengan kemiskinan dan kebuluran.

Pengalaman lapar dan dahaga yang kita rasakan akan berakhir dalam beberapa jam, sementara penderitaan mereka itu entah bila akan berakhir.

Dari sini, ibadat puasa akan melahir dan memantapkan lagi rasa tanggungjawab kita terhadap kaum muslimin lain yang kini sedang berhadapan dengan penderitaan kemiskinan dan kebuluran.

Lantaran itu, sebagai simbolik kepada rasa tanggungjawab itu, kita diwajib mengeluarkan zakat dengan harapan sedikit demi sedikit kita mampu menangani permasalahan dan penderitaan yang melanda sesetengah umat Islam.

Yang jelas, zakat yang dikeluarkan bukan sahaja untuk kepentingan orang-orang miskin, susah dan menderita sahaja, malah ibadat itu juga bagi membersihkan kekotoran jiwa akibat harta seperti sifat bakhil, gila harta dan sebagainya.

SELAMAT BERPUASA.

Sabtu, 30 Ogos 2008

Tips Ringkas Penjagaan Kenderaan


Kenapa kenderaan anda mudah mengalami kerosakan?

1. Tidak memeriksa minyak hitam sebelum memulakan perjalanan yang jauh.
2. Tidak memanaskan enjin kenderaan sebelum memulakan perjalanan.
3. Tidak memeriksa sama ada air didalam radiator masih mempunyai air ataupun tidak.
4. Tidak mencuci spark plug ketika plug berada dalam keadaan yang berminyak.
5. Anda tidak digalakkan memulakan perjalanan dengan menekan pedal minyak dengan kuat kerana dikhuatiri menyebabkan enjin anda menjadi bermasalah.

P/S: Enjin kenderaan ini seperti badan manusia. Enjin hendaklah di panaskan dahulu sebelum memulakan perjalan. Macam badan kita, bila hendak memulakan sebarang aktiviti macam sukan, kita haruslah memanaskan badan dahulu ye tak.

Khamis, 28 Ogos 2008

Akhirnya..Anwar bersumpah jugak!

Tips Ringkas Awet Muda

Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.

kredit to petuakecantikansemulajadi

Anwar di Parlimen



Isu Bab1..Benar atau Palsu?

Projek ternakan di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat telah diluluskan kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) dalm Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Dr Khir Toyo pada 30 Januari yang lalu. Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid merasakan wajar meneruskan projek tersebut memandangkan kawasan tersebut memang tapak ternak babi di Selangor. Tempat ternakan memenuhi piawaian kualiti yang tinggi yang ditetapkan oleh kementerian yang ditetapkan dan kerajaan Selangor.Tiada bahan buangan yang dikeluarkan kerana ia akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjana elektrik, air untuk pembersihan ladang dan penanaman makanan untuk babi yang diternak. Tiada ladang khinzir baru yang diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di kawasan ini hendaklah dipindahkan operasinya ke sini. Dakwaan yang mengatakan kerajaan Selangor menambah bilangan ladang ternak babi adalah tidak berasas dan yang sebetulnya adalah kerajaan Selangor telah membuat pengumpulan ternakan babi dan ini menjadikannya lebih efisyen kerana kawasan ternakan babi di Selangor tidak berserak seperti di negeri lain.Saya berharap media arus perdana mengeluarkan kenyataan media ini di muka depan media mereka supaya semua rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah diusahakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Tunjukkan fakta yang betul dan sahih bukannya menyiarkan artikel yang tipu, bacul dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Dan kita sebagai rakyat yang prihatin, beritahu dan sampaikan cerita yang sebenar kepada orang-orang yang tidak sampai maklumat kepada mereka. Kita mesti memainkan peranan kita meperbetulkan fakta yang sengaja digelapkan oleh media yang bacul ini. Projek ternakan di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat telah diluluskan kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) dalm Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Dr Khir Toyo pada 30 Januari yang lalu.

Artikel penuh di sini

Rahsia Di Sebalik Tahi Lalat

Semua manusia memiliki tahi lalat. Tahukah anda, apakah rahsia di sebalik "si hitam" itu?Menurut orang tua-tua , tahi lalat di tubuh boleh ditafsirkan seperti berikut:

bibir atas kanan
-banyak rezeki, pandai

bibir atas kiri
-ramai kawan, baik hati

bibir bawah kanan
-disegani orang, ramai yg suka

bibir bawah kiri
-pandai bicara, tak mudah kalah

leher kanan
-cerdas, jujur, berani menderita

leher kiri
-cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

leher di tengah
-tercapai cita-cita

biji mata kanan
-suka serong dan pembohong

biji mata kiri
-pembohong tetapi baik hati

hujung mata kanan
-baik hati, sopan santun, cerdas

hujung mata kiri
-baik budi, murah rezeki

punggung kanan
-agak mengalami kesulitan

punggung kiri
-malas dan suka duduk

betis kanan
-suka berhibur, boros

betis kiri
-rajin,tidak suka menganggur

lutut kanan
-bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

lutut kiri
-kurang kuat berusaha

kepala sebelah kanan
-terkabul cita-cita

kepala sebelah kiri
-sering menemui kesusahan

kepala sebelah belakang
-jujur, sabar dan tekun

kening kanan
-cerdas dan cekap

kening kiri
-cerdas, sopan santun

tengah kening
-keras hati, berani segala hal

hujung mulut kanan
-kecil rezeki, tak mudah kalah

hujung mulut kiri
-suka berpoya-poya

ketiak kanan
-dapat menyimpan rahsia

ketiak kiri
-jujur, banyak yang cinta

pergelangan kaki kanan
-suka berpergian (keluar rumah)

pergelangan kaki kiri
-kehendak kuat

batang hidung
-banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

pada hidung
-banyak rezeki

dagu bawah kanan
-jujur dan baik hati

dagu bawah kiri
-bijak sana dan berbudi luhur

kemaluan kanan atau kiri
-baik, suka senggama

di kepala kemaluan (lelaki)
-bakal beristeri 2

tumit kanan
-jujur dan banyak kawan

tumit kiri
-baik budi

alis kanan
-suka menolong, baik hati

alis kiri
-ramai yang suka

pangkal peha kanan
-kemahuan kuat

pangkal peha kiri
-suka kerja apa pun

telapak kaki kanan
-tak mudah mengeluh

jari kaki kanan
-suka menolong

jari kaki kiri
-berbudi, suka berbuat baik

bahu kanan
-cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

bahu kiri
-suka kerja keras, banyak tanggungjawab

buah dada kanan
-baik hati, pendiam,simpan rahsia

buah dada kiri
-ramai kawan, setia pada pasangan

lengan kanan
-setia dan taat pada atasan

lengan kiri
-menepati janji dan rajin

pipi kanan
-ramai teman

tengah-tengah pipi kanan
-ramai yg suka

tengah-tengah pipi kiri
-ramai teman

ubun-ubun
-kurang jujur

pusat
-cerdas, tangkas, tekun

pusat bahagian kanan
-sejahtera dalam hidup

pusat bahagian kiri
-beroleh kemliaan

pinggang kanan
-sayang pada pasangan hidup

pinggang kiri
-disayang pasangan hidup

dada kanan
-dapat mengatasi masalah

dada kiri
-berani, jujur dan sabar

telapak kaki kanan
-tidak mudah mengeluh

telapak kaki kiri
-baik budi pekertinya

siku tangan kanan
-kuat ingin memiliki kekayaan

siku tangan kiri
-baik hati, suka menolong

jari tangan kanan
-serba beroleh keuntungan

jari tangan kiri
-serba baik bekerja

jari telapak tangan kanan
-banyak rezeki tapi boros

jari telapak tangan kiri
-banyak rezeki dan cermat

perut bawah kanan
-banyak rezeki, suka memberi maaf

perut bawah kiri
-baik hati, tenang hidupnya

sudut mata kanan dalam
-disayang suami atau isteri

sudut mata kiri dalam
-tidak mudah dilupakan pasangan

sudut mata kanan luar
-baik budi, ramai yg cinta

pelipis kiri
-murah rezeki, dpt jadi kaya

pelipis kanan
-serba berhasil dalam usaha

kelopak mata kanan atas
-baik hati, ramah, berjaya

kelopak mata kiri atas
-baik budi, ramai yg suka

kelopak mata kanan bawah
-agak malas

kelopak mata kiri bawah
-agak bodoh, kurang bijaksana

APA PUN, TIADA BUKTI KUKUH MENGENAINYA.HANYA SEKADAR BERKONGSI MAKLUMAT DENGAN ANDA!

Majlis Fatwa Kebangsaan: Mubahalah selepas proses perundangan

Isu mubahalah kini terjawab.

Selasa, 26 Ogos 2008

Maklumat Terkini Permatang Pauh

Difahamkan PKR telah mengatasi BN di beberapa laluan,

maklumat lanjut klik di sini

Live from Permatang Pauh

permatangpauh

11 Perkara yang kita tidak diajar di sekolah menurut Bill Gates


Sila terjemah sendiri yer!

Rule 1: Life is not fair…get used to it.

Rule 2: The world won’t care about your self-esteem. The world will expect you to accomplish something BEFORE you feel good about yourself.


Rule 3: You will NOT make $40,000/year right out of high school. You won’t be a vice-president with a cell-phone, until you earn both.

Rule 4: If you think your teacher is tough, wait till you get a boss. He
doesn’t have tenure.

Rule 5: Flipping burgers is not beneath your dignity. Your grandparents had a word for flipping burgers-they called it opportunity.

Rule 6: If you mess up it’s not your parents fault, so don’t whine about
your mistakes, learn from them.

Rule 7: Before you were born, your parents weren’t as boring as they are
now. They got that way from paying your bills, cleaning your clothes, and
listening to how cool you are. So before you save the rain forest from the
parasites of your parents’ generation, try delousing the closet in your own room.

Rule 8: Your school may have done away with winners and losers, but life
hasn’t. In some schools they have abolished failing grades and they’ll give
you as many times as you want to get the answer right. This doesn’t bear the slightest resemblance to ANYTHING in real life.

Rule 9: Life is not divided into semesters. You don’t get summers and
Christmas break off, and very few employers are interested in helping you
find yourself. Do that on you own time.

Rule 10. Television is NOT real life. In real life people actually have to
leave the coffee shop and go to work.

Rule 11: Be nice to nerds. Chances are you’ll end up working for one.

maklumat dari email.

Panduan Mengelakkan Kemalangan di Rumah Anda


Adakah rumah anda benar-benar tempat yang selamat bagi anak-anak anda? Jawapannya adalah tidak!.Terdapat banyak kes kemalangan di rumah yang melibatkan bayi dan kanak-kanak. Banyak juga diantara kes yang dinyatakan tersebut adalah kes yang meragut nyawa. Untuk mengelakkan dari berlaku kemalangan di rumah, langkah-langkah yang saya nyatakan ini jangan sesekali anda abaikan.

1.Jangan biarkan anak anda mandi sendirian di dalam bilik mandi.
2.Peralatan rumah yang tajam dan berbahaya mesti dijauhkan daripada kanak-kanak.
3.Perabot berbucu tajam tidak sesuai rumah yang ada anak kecil kerana mereka mungkin tercedera jika terlanggar atau terjatuh.
4.Barangan kosmetik, bahan cucian dan peralatan rumah mesti diletakkan sekurang-kurangnya 1.75 meter dari aras lantai.
5.Pastikan segala ubat disimpan di tempat berasingan daripada tempat menyimpan makanan. Bekas berkunci penting kerana menyukarkan kanak-kanak membukanya
6.Elakkan mengguna pintu atau tingkap kaca kerana kanak-kanak mungkin menerpa dan tercedera.
7.Jika tinggal di rumah pangsa atau pangsapuri, pastikan ruang di antara palang tepi tangga tidak lebar sehingga boleh memboloskan kepala atau dada kanak-kanak. Jarak setiap palang mesti kurang daripada enam senti meter .
8.Elakkan mengguna buai untuk menidurkan anak berusia lapan bulan lebih kerana mereka mungkin terjatuh.
9.American Academy of Paediatric memaklumkan bahawa walker tidak selamat untuk kanak-kanak dan ia terbukti tidak membantu kanak-kanak berjalan dengan lebih cepat.
10.Pastikan rumah anda dipasang alat pengesan asap (smoke alarm).
11.Dapur perlu dilengkapkan dengan alat pemadam api (fire extinguisher) untuk memadam kebakaran kecil dapur jika berlaku.
12.Pastikan ada jalan keluar dari rumah selain pintu utama Elakkan memasang gril yang sukar dibuka.

Petua Mengempiskan Perut




Masalah perut buncit memang membimbangkan ramai orang terutamanya bagi kaum wanita. Di sini, saya titipkan beberapa petua orang tua-tua untuk mengatasi masalah tersebut.


1.Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
2.Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
3.Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
4.Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
5.Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Ahad, 24 Ogos 2008

Stress Giler?Ni Tips untuk redakan stress anda!



Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan
mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan
diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca
akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti
ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai
teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal
ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam
dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan
kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa
hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak
yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga
akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing
manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut
dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada
sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang
Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan
tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti
menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan
kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai
kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk
diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayannya.


`mymasjid~

Tips Berjaya dalam Hidup

Manurut pakar motivasi, antara tips untuk memajukan diri adalah dengan cara MENCABAR DIRI.Menurut Dr. Tengku Asmadi, langkah-langkah untuk mencabar diri adalah seperti berikut:

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.


4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

Selamat Mencuba!

Otai Rapper

Isnin, 18 Ogos 2008

Tips Kejayaan Orang Melayu Terkaya di Malaysia (Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari)


Banyak petua kejayaan beliau, tetapi saya tertarik untuk memetik 3 tips yang saya rasa mempunyai kaitan yang amat rapat kepada kita sebagai umat ISLAM iaitu:

1.Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
2.Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baikyang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
3.Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing.Saya bukan buatsemua ini untuk diri saya semata-mata..

Mudah2an akan lahir lebih ramai hartawan seperti beliau di negara ini.Amin

Telur Ular Menetas Anak Manusia!




HEHEHE..Percaye ke?

Ahad, 17 Ogos 2008

Rahsia Di Sebalik Sukan Olimpik


Sukan olimpik bukan sahaja temasya sukan, malah ia terkandung 1001 rahsia. Rahsia yang saya maksudkan ialah rahsia atau tips kejayaan seseorang atlet.

Rahsia Jaguh Renang

Michael Phelps sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat setia sukan Olimpik Beijing. Belum kenal? Beliau adalah perenang dari US yang telah merangkul 8 pingat emas di Beijing.Bukan itu sahaja, beliau telah memecahkah 7 rekod dunia dari 8pertandingan yang beliau menangi. Fuh!hebat tu.

Apa pun, yang pasti setiap kejayaan terselit rahsia yang tersendiri.
Apakah rahsianya kejayaan beliau?

“I have so many races, so much to do in every race, I have to keep 100 per cent focused. No matter how good, you have to force it out of your head,” -Michael Phelps

1.100% fokus
2.Jangan fikir diri kita sudah bagus
3.Bersaing dengan diri sendiri, dan bukan orang lain!

Selain daripada itu, sebelum bertanding beliau akan mendengar lagu "RAP" untuk membangkitkan semangat.

Tips beliau bukan sahaja perlu diikuti oleh ahli sukan, malah kita yang bukan dalam bidang sukan pun perlu mengamalkan petua ini.Tak semestinya kena dengar lagu RAP je, kita bole dengar,buat atau sebut apa-apa sahaja yang kita rasa boleh membangkitkan,membakar dan menguja semangat kita. Selamat Mencuba!

kredit kpd irfankhairi

Sabtu, 16 Ogos 2008

Rahsia sebalik senyuman.


Nak tau kenapa dalam Islam Senyum Itu Sedekah?

Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

kredit tu blogmacammacam

Apa itu pula Qazaf?

Belum reda dengan isu "Mubahalah" timbul pula istilah baru iaitu "Qazaf". Mari kita sama2 teliti, apa itu yang dikatakan qazaf?


Qazaf ialah:Mensabitkan Kesalahan Zina Dan Liwat
Kesalahan zina dan liwat sabit dengan iqrar (pengakuan) atau melalui saksi-saksi yang memenuhi syarat syaratnya.
Iqrar (Pengakuan)
Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):
"Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina." Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain (yakni seperti tidak melayannya), lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau gila?" Dia menjawab: "Tidak." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Adakah engkau telah berkahwin?" Dia menjawab: "Ya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan (para sahabatnya): "Bawalah lelaki ini pergi dan rejamlah dia."
Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau bercumbu-cumbu sahaja." Dia menjawab: "Tidak. Sebenarnya saya telah berzina."
Mengikut riwayat yang lain: "Setelah selesai sembahyang, dia (lelaki itu) datang lagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidakkah awak telah berwuduk dan telah bersembahyang? Dengannya Allah mengampunkan dosa." Tetapi lelaki itu terus mengaku berzina dan mahu supaya disucikan dirinya dengan hukuman.
Hadis riwayat Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya (riwayat Muslim, Kitab al-Hudud):
"Kemudian seorang perempuan dari qabilah al-Ghamidiyah datang mengadap Rasulullah s.a.w. Wanita itu berkata: "Wahai Rasulullah! Sucikanlah diri saya." Sabda Rasulullah s.a.w. : "Baliklah, beristighfarlah engkau dan bertaubatlah." Wanita itu berkata lagi: "Adakah engkau mahu melakukan kepada saya seperti yang engkau lakukan kepada Ma'iz bin Malik?" Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apakah masalah engkau?" Wanita itu memberitahu bahawa dia sedang mengandung hasil perbuatan zina. Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apakah benar?" Wanita itu menjawab: "Ya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersalinlah dahulu."
Wanita itu dijaga oleh seorang lelaki dari kalangan Ansar sehingga bersalin. Kemudian lelaki itu datang menemui Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa wanita itu telah bersalin. Baginda bersabda: "Kita tidak akan merejamnya dan membiarkan anaknya tidak dapat menyusu." Lalu bangun seorang lelaki dari kalangan Ansar dan berkata: "Biar saya uruskan urusan penyusuannya, wahai Nabi Allah." Lalu Rasulullah s.a.w. merejam wanita itu."
Kedua-dua hadis di atas diriwayatkan oelh para ulama hadis dengan riwayat yang sahih dan menjadi dalil dalam kes iqrar (mengaku) berzina. Para ulama telah menyimpulkan daripadanya hukum-hukum yang berkaitan dengan iqrar melakukan kesalahan zina dan liwat.
Syarat-syarat iqrar
1. Orang yang membuat pengakuan itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal. Tidak sah pengakuan orang gila, mabuk dan sebagainya, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Abu Daud: Kitab al-Hudud):
"Diangkat qalam daripada menulis amalan kanak-kanak sehingga dia baligh, daripada orang tidur sehingga dia terjaga, dan daripada orang gila sehingga dia sedar."
2. Pengakuan hendaklah dilakukan dengan pilihan sendiri, tanpa dipaksa, sepeti dipukul, dibelasah, diberi bahan yang menghilangkan ingatan seperti dadah dan sebagainya. Maka tidak sah pengakuan orang yang dipaksa, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Ibn Majah: Kitab al-Talaq):
"Allah mengangkat (memaafkan) kesalahan umatku yang melakukan sesuatu kerana tersalah, terlupa dan dipaksa."
3. Iqrar (pengakuan) dilakukan secara lisan. Tidak diterima pengakuan dalam bentuk tulisan, pita rakaman dan sebagainya dalam perkara hudud.
4. Iqrar hendaklah dilakukan berulangkali dalam perkara zina dan liwat, iaitu sebanyak empat kali, dalam majlis yang berasingan, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap Ma'iz bin Malik.
5. Iqrar itu dilakukan di hadapan hakim dan hakim pula menunjukkan sikap tidak senang dan berusahan supaya orang yang beriqrar itu tidak mengulangi iqrarnya, kerana bertaubat lebih baik daripada menyerah diri secara iqrar di hadapan pihak yang berkenaan, kerana inilah cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
Menarik Balik Pengakuan
Seseorang yang mengaku melakukan zina dan liwat hendaklah diterima penarikan balik pengakuannya, walaupun sudah memenuhi syarat-syarat yang tersebut di atas, kerana Rasulullah s.a.w. menegur para sahabat baginda dengan keras kerana meneruskan hukuman terhadap Ma'iz bin Malik setelah dia melarikan diri ketika hukuman dijalankan.
Apabila seseorang lelaki mengaku zina dengan seseorang perempuan dan perempuan itu tidak mengaku salah, maka si lelaki sahaja yang dihukum, kerana inilah keputusan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.
Saksi
Firman Allah (al-Nisa': 15) yang bermaksud: "Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka."
Firman Allah lagi (al-Nur:4) yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi..."
Firman Allah lagi (al-Nur:13) yang bermaksud: "Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Jika mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta."
Orang yang menjadi saksi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Baligh lagi berakal. Oleh itu tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh diterima.
2. Islam, sekiranya tuduhan dilakukan terhadap orang Islam, kerana kesedarannya terhadap perhitungan dosa pahala dan sebagainya. Di samping itu, perkara zina dan liwat ini termasuk dalam hukum hudud Islam yang dinaskan.
3. Mempunyai pancaindera yang sihat. Tidak diterima saksi yang tidak jelas penglihatan, tuli dan bisu.
4. Adil, yakni seseorang yang diketahui tidak melakukan mana-mana dosa besar, dosa kecil secara berterusan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah, walau pun tidak berdosa.
5. Lelaki, yakni dalam perkara hudud dan qisas. Oleh kerana zina dan liwat termasuk dalam perkara hudud, maka saksi wanita tidak diterima dalam perkara ini.
6. Tiada tohmahan (kekeliruan yang menarik manfaat atau menolak mudarat), berkepentingan dan prejudis seperti menjadi saksi kepada bapa, anak atau majikannya, atau orang yang diketahui bermusuh dengan orang yang dituduh yang akan memburukkannya sahaja. Maka tidak boleh menerima penyaksian saksi yang ada kaitan dengan konspirasi politik dan sebagainya.
7. Bilangan yang cukup. Pada tuduhan zina dan liwat, memerlukan empat orang saksi.
8. Keempat-empat saksi melihat (perbuatan zina dan liwat itu) bersama-sama.
9. Memberi keterangan dalam majlis (persidangan) yang sama.
Saksi dalam tuduhan zina dan liwat bukan sahaja wajib memenuhi syarat-syarat tersebut tetapi juga hendaklah melihat kesalahan itu berlaku mengikut takrifnya secara jelas, yakni melihat anggota kemaluan yang melakukannya secara jelas. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa keterangan melalui kesan air mani, pita video dan gambar tidak boleh mensabitkan kesalahan zina dan liwat. Keterangan saksi yang berlapis yang hanya menerima berita dari orang lain (hearsay) juga tidak boleh diterima.
Kesemua perkara tersebut menunjukkan bahawa tuduhan zina dan liwat, tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.
Keterangan-Keterangan Yang Tidak Nyata
Penggunaan kepakaran untuk menganalisa darah dan air mani (atau ujian DNA) bagi mensabitkan kesalahan jenayah huduh seperti zina dan liwat tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ada syubhat (kekeliruan). Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Hudud hendaklah ditolak (tidak dilaksanakan) dengan adanya syubhat (kekeliruan)."
Ketepatan analisa DNA boleh dipertikaikan kerana banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh menimbulkan keraguan. Sesetengah ulama membenarkan analisa ini untuk menafikan tuduhan sahaja, bukan untuk mengisbatkannya (mensabitkan kesalahan). Para ulama Islam telah menyebut perkara ini di dalam kitab-kitab fiqh, di antaranya Ibn al-Qayyim di dalam kitanya al-Turuq al-Hukmiyyah.
Begitu juga tuduhan tidak boleh disabitkan dengan gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang bukan merupakan keterangan secara langsung.
Bersumpah
Tidak diharuskan bersumpah bagi mensabitkan jenayah hudud yang berkaitan dengan hak Allah, seperti zina dan liwat. Bahkan jenayah hudud dan qisas dalam perkara hak manusia juga tidak dibenarkan bersumpah menurut jumhur (kebanyakan) ulama kerana perkara hudud dan qisas yang berhubung dengan hak manusia juga dianggap menyerupai hak Allah.
Yang dimaksudkan dengan bersumpah di sini adalah sumpah mengikut hukum Islam dengan lafaznya yang ditetapkan, bukan seperti yang difahami oleh orang jahil yang mencadangkan supaya sumpah dilakukan secara menjunjung al-Quran, yang menyerupai sumpah yang dilakukan oleh penganut agama Kristian.
Syarat orang yang melakukan zina dan liwat
Orang yang melakukan kesalahan zina dan liwat itu pula hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Baligh, yakni cukup umur mukallaf 2. Berakal3. Secara pilihan dengan tidak dipaksa4. Mengetahui pengharaman zina dan liwat5. Tiada syubhah (seperti terkeliru atau tersilap kerana disangka isterinya)6. Berzina atau berliwat dengan manusia7. Melakukan perbuatan yang ditakrifkan sebagai zina atau liwat
Qazaf
Perkataan qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan sesuatu yang buruk termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap seseorang.
Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa saksi yang adil. Termasuk juga menuduh liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama, di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab Hanafi pula hanya mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja, manakala tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir.
Qazaf termasuk dalam hukum hudud yang dinaskan di dalam al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Perkara yang telah dinaskan, berada di luar bidang ijtihad para ulama, kerana haram meminda nas daripada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, tidak boleh dinamakan hudud PAS atau hudud sesiapa. Sesiapa yang membuat kenyataan itu maka hukumnya berdosa kerana kenyataan yang dibuatnya itu berdasarkan kepada kejahilannya.
Perkara tersebut menjadi perkara yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam, kerana fardhu ain itu, bukan sahaja terdapat pada perkara yang wajib ditunaikan, tetapi termasuk juga pada perkara yang diharamkan kita melakukannya agar kita menjauhinya, meninggalkannya dan mencegahnya, Manakala mendalaminya secara detail hukumnya adalah fardhu kifayah.
Di kalangan ulama ada yang membahagikan tuduhan itu kepada dua cara:
1. Secara sorih (berterus terang) dengan menujukan tuduhan zina atau liwat kepada orang yang tertentu. Sekiranya tuduhan itu diakui oleh orang yang dituduh secara sukarela dan memenuhi syarat-syarat pengakuannya, maka hukuman hudud boleh dijatuhkan oleh hakim ke atas orang berkenaan.
2. Secara sindiran. Seperti menafikan nasab daripada ayahnya mengatakan 'awak bukan anak kepada si anu' yang diketahui sebagai bapanya yang sebenar, atau 'awak anak daripada hasil zina' dan lain-lain tuduhan yang boleh difahamkan sebagai tuduhan zina atau liwat.
Hikmah Pengharaman Qazaf
Tujuan pengharaman qazaf adalah bagi memelihara maruah manusia, yang menjadi satu daripada perkara yang sangat penting bagi manusia sama ada bagi diri, keluarga atau masyarakatnya. Maruah sangat bernilai dalam hidup dan mati seseorang, membezakan manusia dengan binatang dan menjadi sebahagian daripada harga diri sehingga tidak boleh dinilai dengan harta benda yang paling mahal. Islam telah menegaskan kewajipan mempertahankan maruah dengan meletakkan maruah mengatasi harta yang juga wajib dipertahankan.
Demi menjaga maruah itulah, maka diwajibkan hukuman qazaf secara hudud yang ditetap oleh Allah dan Rasul-Nya s.a.w. supaya seseorang itu atau kumpulannya tidak boleh melemparkan tuduhan zina dan liwat ke atas seseorang yang lain secara sewenang-wenangnya.
Syarat-syarat Qazaf
Tidaklah mudah menentukan bahawa seseorang itu telah melakukan qazaf, kerana Islam mewajibkan syarat-syarat tertentu bagi orang yang melakukannya, orang menjadi mangsa dan tuduhan itu sendiri.
Syarat-syarat bagi orang yang melakukan tuduhan itu adalah:
1. Berakal. Tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh dipakai.
2. Baligh, yakni sampai umur mukallaf yang boleh dipertanggungjawabkan perintah-perintah agama ke atasnya. Kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikategorikan tuduhannya sebagai qazaf.
3. Tidak dipaksa. Tidak boleh menerima tuduhan yang dilakukan oleh orang yang dipaksa supaya melakukan tuduhan itu.
4. Tidak dapat mengadakan empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi mengikut hukum Islam.
Orang yang dituduh juga hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Berakal. Maka tidak sah menuduh orang yang tidak berakal. Oleh itu orang yang menuduh tidak boleh diambil tindakan qazaf
2. Baligh. Maka orang yang menuduh terhadap orang yang tidak baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf. Dia hanya dikenakan hukuman ta'zir.
3. Islam, mengikut jumhur para ulama.
4. 'Iffah atau ihsan, yakni orang yang dituduh itu seorang yang diketahui kebaikan akhlaknya dan tidak pernah disabitkan melakukan zina.
5. Orang yang ditentukan tidak berlaku qazaf dengan menuduh seseorang yang tidak ditentukan secara khusus.
Syarat tuduhan pula hendaklah tuduhan dalam perkara zina, menurut ijmak para ulama dan tuduhan dalam perkara liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama. Sekiranya tuduhan itu dalam perkara yang lain seperti berjudi, minum arak, rasuah dan sebagainya, maka tidak dinamakan qazaf yang mewajibkan hukuman hudud, tetapi berpindah kepada hukum takzir yang terserah kepada budibicara pihak yang berkenaan untuk menentukan hukumannya.
Mensabitkan Jenayah Qazaf
Kesalahan qazaf yang dijatuhkan hukuman had ialah apabila terbukti melalui dua cara:
1. Iqrar daripada orang yang melakukan qazaf.2. Dua orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi.
Hukum Hudud yang berkait dengan Qazaf
Terdapat kekhilafan di kalangan para ulama, adakah hukum qazaf berkait dengan hak Allah atau hak manusia?
Mazhab Hanafi menegaskan bahawa qazaf termasuk di dalam kategori hak Allah terhadap hamba-Nya kerana ia berkait dengan maruah seseorang. Hukum hudud yang ditetapkan ke atas jenayah qazaf berkait dengan maslahah umum, iaitu untuk memelihara kepentingan hamba-hamba Allah (manusia) dan maruah mereka, serta menghindarkan perkara kefasadan di kalangan manusia.
Apabila ia menjadi aspek umum maka ia termasuk dalam hak Allah terhadap hamba-hamba-Nya.
Mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak hamba (manusia), kerana maruah secara langsung diberikan kepada manusia. Apabila maruahnya dijatuhkan melalui qazaf, ia bermakna seperti melakukan sesuatu ke atas batang tubuh orang yang tertentu, maka ia menjadi hak bagi diri orang itu.
Manakala ulama dalam mazhab Maliki berselisih pendapat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju dengan mendapat Mazhab Hanafi, ada yang bersetuju dengan pendapat Mazhab Syafie dan Hambali. Di antara mereka adalah Ibnu Rusyd, dan ada yang berpendapat bahawa di dalam perkara qazaf ada kedua-dua hak tersebut.
Mereka yang berpegang kepada pendapat bahawa qazaf itu adalah hak Allah, bermakna setelah perkara itu dibawa kepada pihak yang berkenaan (berwajib) maka ia tidak boleh dimaafkan lagi, yakni mangsa tuduhan tidak boleh memberikan pengampunan.
Pengampunan hanya boleh diberi sebelum kes tersebut dibawa kepada pihak yang berkenaan. Manakala mereka yang menyatakan bahawa qazaf itu adalah hak manusia, maka mangsa tuduhan diberi hak untuk memberikan pengampunan kepada orang yang dijatuhkan hukuman kerana kesalahan melakukan qazaf.
Hak Tuduhan Qazaf
Mereka yang berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak manusia, mengatakan bahawa orang yang menjadi mangsa mempunyai hak pengampunan ke atas orang yang melakukan jenayah qazaf.
Sekiranya orang yang menjadi mangsa qazaf masih hidup, maka hak membuat pendakwaan terserah kepadanya sendiri. Sekiranya ia telah meninggal dunia, maka hak tersebut berpindah kepada keluarganya yang terdekat, iaitu bermula daripada ayah hingga ke atas, kemudian berpindah kepada anak hingga ke bawah. Ia tidak berpindah kepada saudaranya yang lain, kerana perkara qazaf sangat berkait dengan maruah zuriat secara langsung.
Hukuman ke Atas Orang Yang Melakukan Qazaf (Menuduh Zina atau Liwat)
Nas dan ijtihad para ulama yang berlandaskan roh syariat Allah yang maha adil, menunjukkan bahawa tuduhan yang menjatuhkan maruah seseorang seperti tuduhan zina dan liwat tidak harus dipermudah-mudahkan.
Untuk membuat tuduhan itu, wajiblah mempunyai alasan dan hujah yang kukuh. Perkara-perkara yang diwajibkan ke atas pihak yang berkenaan supaya dilaksanakan ketika melakukan sesuatu tuduhan, membuktikan bahawa kewajipan memelihara maruah juga menjadi tanggungjawab kerajaan setelah ditegaskan bahawa ianya adalah kewajipan individu.
Kesalahan tuduhan zina dan liwat amat besar, sehingga ia dimasukkan ke dalam jenayah yang dikenakan hukuman keras dan ditetapkan sendiri hukumannya oleh Allah SWT secara nas di dalam Al-Quran. Di akhirat pula ia dikira sebagai dosa besar yang disediakan azab yang pedih kepada pelakunya, sekiranya dia tidak bertaubat dan meminta maaf daripada mangsa tuduhan atau tidak menerima tindakan undang-undang Islam oleh pihak yang berkenaan.
Hukuman di dunia
Hukuman di dunia yang wajib dijatuhkan ke atas penjenayah qazaf oleh kerajaan Islam ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.
Firman Allah (al-Nur: 4) yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik."
Hukuman terhadap penjenayah qazaf di dunia ialah:
1. Disebat sebanyak 80 kali sebatan mengikut cara Islam. Bukannya sebatan seperti yang diamalkan sekarang. Iaitu dengan alat yang sederhana dan cara pukulan yang sederhana. Tidak dibenarkan mengangkat alat sebatan lebih tinggi daripada kepala dan sebatan itu tidak boleh menyebabkan kulit dan daging terkoyak. Orang yang disebat pula hendaklah berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan memakai pakaian yang bersopan serta disaksikan oleh orang ramai.
2. Dihukum menjadi fasik dengan tidak diterima penyaksiannya dalam segala urusan, sama ada di mahkamah, ketika berjual beli, perkahwinan, melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan lain-lain.
Hukuman di Akhirat:
Firman Allah (al-Nur: 23-24) yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan."
Hukuman pada hari kiamat nanti lebih adil dan bijaksana. Allah Yang Maha Mengetahui tidak menghukum dengan sifat mengetahui-Nya sahaja, tetapi perbicaraan akan di ulang semula di mahkamah-Nya dengan bukti-bukti yang lebih terperinci. Ketika itu, anggota badan manusia, tangan dan kaki mereka akan menjadi saksi. Di samping itu terdapat catatan para malaikat, iaitu makhluk Allah yang paling baik dan suci, yang nalurikan dengan sifat sentiasa taatkan perintah Allah dan tidak sekali kali menderhakai-Nya.
Mereka akan dikerah untuk menjadi saksi sehingga mulut para pembohong dan pendakwa yang pandai mengubah kata dan meminda catatan tidak mampu lagi untuk memutarbelitkan kenyataan yang sebenar.

kredit to harakahdaily

Apa itu Mubahalah?

Kebelakangan ini Malaysia dikejutkan dengan istilah "Mubahalah". Ramai yang terpinga2 dengan istilah ini. Saya ingin kongsikan sedikit sebanyak matlumat berkenaan kalimah tersebut dengan anda.

Hukum-Hakam Mubahalah

Al-Mubahalah (المباهلة) membawa maksud al-Mula’anah (الملاعنة) iaitu saling laknat melaknati. Dalam ertikata lain, saling berdoa diturunkan laknat ke atas individu yang berbohong dari kalangan orang yang bersedia bermubahalah. (Sila lihat al-Qamus al-Muhith)
Mubahalah ini suatu yang dibenarkan (disyariatkan) di dalam Islam bertujuan menyatakan kebenaran dan memusnahkan kebatilan, juga untuk menegakkan hujah ke atas orang yang berpaling dari kebenaran setelah kebenaran itu ditegakkan ke atasnya.
Asas kepada pensyariatan Mubahalah ini ialah firman Allah S.W.T.
فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ
Maksudnya: “Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpa ke atas orang yang berdusta.” (Ali Imran: 61)
Ayat ini diturunkan sempena dengan kedatangan wakil Nasara Najran ke Madinah yang berhujjah dengan Nabi S.A.W. tentang keyakinan batil mereka berkenaan Isa A.S. namun mereka tetap berkeras dengan keyakinan mereka yang batil itu setelah Nabi S.A.W. mendatangkan hujah yang jelas kepada mereka. Lalu Allah S.W.T. menurunkan ayat di atas supaya Nabi S.A.W. mencabar utusan Nasara itu untuk bermubahalah, namun cabaran itu telah ditolak oleh mereka disebabkan rasa takut atas perbuatan dusta mereka.
Dalam mubahalah setiap orang akan memohon kelaknatan Allah ke atas dirinya jika dia berada di pihak yang salah. Sebagai contoh satu pihak diminta menyebut: “Ya Allah! jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku”. Sementara pihak yang lain menyebut: “Ya Allah! jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku”.
Apakah Mubahalah khas untuk Nabi S.A.W. sahaja?Tidak ada bukti yang menunjukkan mubahalah adalah khusus untuk Nabi S.A.W. sahaja. Bahkan mubahalah adalah suatu perkara yang dibenarkan kepada umat Baginda S.A.W. sehinggalah berlakunya kiamat. Ia juga tidak dikhususkan bersama Ahli Kitab sahaja, sebaliknya terhadap setiap golongan yang berselisih. Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi di dalam salah satu fatwanya menyebut:
ليست المباهلة خاصة بالرسول صلى الله عليه وسلم مع النصارى ، بل حكمها عام له ولأمته مع النصارى وغيرهم ، لأن الأصل في التشريع العموم ، وإن كان الذي وقع منها في زمنه صلى الله عليه وسلم في طلبه المباهلة من نصارى، فهذه جزئية تطبيقية لمعنى الآية لا تدل على حصر الحكـم فيها
Maksudnya: “Mubahalah bukanlah dikhususkan kepada Rasulullah S.A.W. bersama Nasara sahaja, akan tetapi ianya umum kepada Baginda dan kepada umat Baginda samaada bersama Nasara atau lainnya. Ini kerana asal dalam pensyariatan hukum, hukum itu umum (untuk semua, bukan khusus untuk Nabi), sekalipun mubahalah yang berlaku di zaman Nabi S.A.W. antara baginda dan Nasara Najran. Ini hanyalah sebahagian perlaksanaannya terhadap makna ayat (al-Quran), bukan menunjukkan terhad kepada hukum dalam keadan itu sahaja.” (Bil. Fatwa: 623
Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah menyebut antara pengajaran dari kisah cabaran Mubahakah antara Nabi S.A.W. dengan Nasara Najran ialah:
أن السُّنَّة في مجادلة أهل الباطل إذا قامت عليهم حجة الله، ولم يرجعوا بل أصروا على العناد أن يدعوهم إلى المباهلة، وقد أمر الله ـ سبحانه ـ بذلك رسوله، ولم يقل: إن ذلك ليس لأمتك من بعدك, ودعا إليه ابن عمه عبد الله بن عباس لمن أنكر عليه بعض مسائل الفروع، ولم ينكر عليه الصحابة، ودعا إليه الأوزاعي سفيان الثوري في مسألة رفع اليدين ولم ينكر ذلك عليه، وهذا من تمام الحجة
Maksudnya: “Bahawa menjadi sunnah dalam berdebat dengan ahli kebatilan, apabila telah ditegakkan hujah namun mereka enggan kembali kepada kebenaran sebaliknya terus berdegil, maka diseru mereka agar bermubahalah. Allah telah memerintahkan rasul-Nya berbuat demikian. Tanpa Allah menyatakan ini bukan untuk umatmu selepas ini. Sepupu baginda Abd Allah bin ‘Abbas juga pernah mengajak mereka yang membantah dalam beberapa perkara furu’ bermubahalah dengannya. Tiada seorang sahabat Nabi SAW yang membantah tindakan itu. Juga al-Auza‘i pernah mengajak Sufyan al-Thauri bermubahalah dalam masalah ‘mengangkat tangan’ tanpa ada yang membantah tindakannya. Ini adalah hujah yang kuat” (Ibn Qayyim, Zad al-Ma‘ad 3/562-563)
Al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab juga pernah menyeru orang-orang yang menentangnya untuk bermubahalah sepertimana yang tercatit di dalam salah satu risalahnya:
وأنا أدْعُوْ مَنْ خَالَفَنِيْ إلى أحَدِ أرْبَع: إمَّا إلى كتاب الله، وإما إلى سنة رسوله، وإما إلى إجماع أهل العلم، فإن عاند دعوته إلى المباهلة
Maksudnya: “Dan aku menyeru kepada sesiapa yang menentangku kepada salah satu dari empat perkara: samaada kembali kepada Kitab Allah, atau kembali kepada Sunnah RasulNya, ataupun kembali kepada ijma’ para ulama atau jika dia degil juga aku menyeru dia kepada Mubahalah.”
Syarat-Syarat Mubahalah
(Disusun oleh al-Syeikh Ibrahim bin Soleh al-Humaidhi (Kuliah Syariah dan Usul al-Din di al-Qasim) dalam tulisannya bertajuk Hakikat Mubahalah menyebut 5 syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu mubahalah dilaksanakan.)
1. Mengikhlaskan niat kerana Allah S.W.T. tidak boleh tujuan mubahalah ini dilakukan kerana hendakkan kemenangan dan memuaskan hawa nafsu. Sebaliknya ia dilakukan bagi tujuan menegakkan kebenaran, membela orang yang berada di atas kebenaran, menzahirkan kebenaran dan berdakwah kepada Allah
2. Berilmu. Mubahalah hendaklah dilakukan setelah adanya penjelasan dan dailog.
3. Orang yang menuntut Mubahalah itu terdiri dari orang soleh dan takwa.
4. Dilakukan selepas tertegaknya hujjah dan menzahirkan kebenaran dengan bukti-bukti yang jelas.
5. Mubahalah itu dilakukan dalam perkara yang penting dari urusan agama, diharapkan dengan terlaksananya mubahalah tersebut terhasilnya maslahah kepada Islam dan Umat Islam, atau bagi menolak mafsadah.
Kesan Mubahalah
1. Ibn Hajar al-‘Asqallani berkata: “Berdasarkan pengalaman, sesiapa yang bermubahalah sedangkan dia berbohong, dia tidak akan dibiarkan lebih dari satu tahun dari hari mubahalah. Telah berlaku mubahalah antara ku dengan seorang taasub kepada golongan Mulhid, dia tidak dibiarkan selepas mubahalah itu melainkan dua bulan.”
2. Seorang ulama India, al-Syeikh Abi al-Wafa’ Thana’ al-Amritsari (الشيخ أبوالوفا ثناء الأمرتسري) telah melakukan mubahalah dengan Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang mendakwa dirinya seorang Nabi. Lalu Allah S.W.T. membinasakan Mirza Ghulam Ahmad selepas setahun dari hari mubahalahnya. Manakala al-Syeikh Abi al-Wafa’ terus dipanjangkan umurnya hampir 40 tahun selepasnya. (Sila lihat al-Qadyaniyyah Dirasaat wa Tahlil oleh Ustaz Ihsan Ilahi Zahir. m.s. 154-159)
Wallahu a’lam.


kredit to alahkamnet

Khamis, 14 Ogos 2008

Tips Suami Berjaya

Kenapa kebanyakan rumahtangga sering berakhir dengar penceraian?Antara sebabnya ialah kegagalan suami menjadi nakhoda yang berjaya. Berjaya bukan sahaja di dunia malah yang lebih penting ialah berjaya di dunia dan akhirat. Untuk berjaya dunia dan akhirat, suami haruslah menjadi suami yang soleh. Bagaimana menjadi suami yang soleh? Di bawah ini ada 50 tips untuk menjadi suami soleh.


1.Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
2.Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3.Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
4.Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
5.Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
6.Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7.Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8.Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9.Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10.Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11.Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
12.Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13.Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil?
14.Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15.Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16.Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17.Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18.Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19.Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
20.Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21.Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22.Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23.Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24.Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25.Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26.Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
27.Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28.Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
29.Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30.Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
31.Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
32.Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
33.Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
34.Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
35.Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
36.Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
37.Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
38.Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
39.Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
40.Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
41.Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
42.Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
43.Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
44.Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
45.Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
46.Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
47.Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
48.Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
49.Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
50.Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Takan separuh pun tak boleh buat?At least, cube buat 10 dulu...mulakan sekarang.

Kenapa kita kena baca buku?


Monyet pun rajin baca buku sampai terpaksa pakai cermin mata. Anda bagaimana?Tak tak lebih malas dari monyet kot?!

Sape buang tangan merata-merata ni?


Sang bedal sedang bertanya orang ramai " Ade nampak tak tuan tangan ni?". Kalau anda menjumpai tuan tangan ni, sila hubungi : 999
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

macam2tips stats