Mau lebih tips?cari di sini
Selasa, 13 April 2010
Air Tebu Ori?Ada yang tiruan ke?
Tadi waktu balik kerja, saya sempat singgah di gerai "Air Tebu Ori" kat tepi jalan.Yang membuatkan saya teruja untuk singgah ialah istilah "ori" yang digunakannya. Dalam fikiran saya, adakah air tebu yang saya minum selama ini adalah tiruan?anpa banyak berfikir,saya terus memesan segelas air tebu ori.Sambil minum, saya sempat berborak-borang dengan si penjual.Sempat juga saya bertanya, apa yang dimaksudkan dengan "Air Tebu Ori"?. Katanya, yang dimaksudkan dengan ori tu ialah air tebu yang tidak dicampurkan dengan gula.Rasa tertipu melekat pada hati saya.Namun, saya cuba juga untuk mencungkil rahsia kemanisan "ori" yang diceritakan kepada saya. Menurut tokey itu, untuk mendapatkan manisan tebu yang semulajadi, tebu yang digunakan untuk diambil airnya mestilah berusia dia antara 8-10 bulan ke atas. Pastikan juga, tebu tersebut diusahakan di kawasan kering.Ini kerana tebu yang ditanam di kawasan berair akan menghasilkan tebu yang tidak manis...Itulah jawapan dia.Saya lantas membayar RM1 dan meneruskan perjalanan pulang.
Moral of the story: Bantulah rakan2 kita yang mencari makan dengan menjaja di tepi jalan kerana sesunggunya usaha mereka itu adalah untuk mencari sesuap nasi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan