Mau lebih tips?cari di sini

Isnin, 27 September 2010

GAMBAR:Ahli bina badan wanita di MALAYSIA




Sedikit info tentang program'Umno Juara Rakyat' ini:

Nama Program: "Kejohanan bina badan Mr.Papar 2009 -Piala Ahli parlimen P.175 Papar"

Anjuran: Persatuan Bina Badan Amatur Papar dengan kerjasama Pejabat Parlimen P.175 Papar

Ahli Parlimen Papar ialah Datuk Rosnah Abd rashid Shirlin merangkap Timb menteri kesihatan dan Ketua Puteri Umno Malaysia..
Acara ini adalah kejohanan untuk ahli bina badan lelaki (mr.Papar), adapun pertunjukan ahli bina badan wanita diatas sebagai selingan persembahan/pertunjukan tambahan..

Datuk Rosnah Abd rashid Shirlin tidak dapat hadir, maka digantikan tempatnya oleh Setiausaha sulit beliau ..

Sumber:
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/01/panas-kejohanan-bina-badan-puteri-umno.html

Ahad, 26 September 2010

Kanak-kanak untuk meramaikan majlis PERKASA.

Saya sempat melawati blog papagomo yang mendakwa hampir 15K menghadiri majlis anjuran PERKASA.

Namun, apabila diteliti penulis dapat mengesan kehadiran ramai kanak-kanak ke majlis tersebut.Patutlah ramai..






http://www.papagomo.com/2010/09/live-perhimpunan-melayu-perkasa-di.html

Isnin, 20 September 2010

GAMBAR: CICAK @ TOKEK TERBESAR DAN TERMAHAL DI DUNIA.



Inilah harga tokek paling mahal di dunia. Berikut ini adalah isi berita mengenai tokek raksasa yang ditemukan di Kalakbakan dekat Nunukan-Malaysia.

TAHU kan dgn binatang bernama tokek? Kamis (6/5) seekor tokek raksasa seberat 64 kilogram yg ditemukan di perbatasan Nunukan-Malaysia di Kalakbakan, terjual dgn harga 64 juta ringgit Malaysia atau setara Rp 179, 200 miliar dgn kurs Rp 2.800 per satu ringgit Malaysia, dgn begitu, boleh dibilang sebagai tokek termahal di dunia.

“Tokeknya sudah dijual dgn harga RM1 juta per kilogram,” kata Arbin pria yg sempat mengabadikan gambar tokek tersebut, saat dihubungi melalui telepon selulernya di Malaysia, Kamis (6/5).

Sejak Tribun Kaltim (grup Sripo di Kalimantan Timur, Red) memberitakan penemuan tokek seberat 64 kilogram tersebut, telepon di kantor redaksi dihubungi para pengusaha yg mengaku ingin membeli tokek tersebut.

Karena itulah, wartawan Tribun di Nunukan menghubungi Arbin yg berada di Tawau, Malaysia untuk melihat kembali tokek yg berada di Kalakbakan tersebut.

“Setelah dicek lagi ternyata sudah dibeli oleh orang Indonesia. Tokeknya sudah dibawa keluar negeri, kalau tidak salah ke Cina,” kata Arbin.

Tidak banyak informasi yg didapatkan Arbin mengenai transaksi tersebut, sebab sang pemilik tokek juga sudah berangkat ke Kualalumpur.

Banyak orang percaya tokek mampu mengobati penyakit HIV/AIDS. Inilah yg membuat tokek banyak diburu, baik oleh orang Indonesia maupun dari luar negeri, dan harganya melambung tinggi.

Namun menurut pemburu tokek Andi Makkuraga Hidayat, warga Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur, selama ini bisnis jual beli tokek yg ditekuninya kerap tak selalu berjalan mulus.

“Sering ditipu. Apalagi di daerah Jawa, itu banyak mafianya. Saya pernah dikasih tahu ada tokek seberat 1 kg, lalu saya datang ke sana dan berniat beli tapi ternyata sampai di lokasi tokeknya cuma seberat 1 ons,” ujarnya.(Persda Network/tribun kaltim)

sumber

Isnin, 13 September 2010

GAMBAR: Datuk Patmanaban suspek utama pembunuhan Datuk Susilawati




Pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki amat mengejutkan negara kerana kejadian itu turut menyaksi seorang peguam, Datuk K. Pathmanaban,(Pathmanabhan Nalliannen) 41, yang dikenali ramai di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan.

Peguam dari firma Pathmanalli & Partners beralamat di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di sini telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, Datuk K.Patmanaban itu dipercayai memiliki harta yang luar biasa dan siasatan akan dilakukan secara rapi termasuk menyelidik akaun bank milik peguam itu.

"Kita akan semak akaun Datuk itu dan sedang fikirkan keperluan untuk membekukan asetnya," kata beliau.

Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.

Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati dengan anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta.


Polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya empat kes bunuh berikutan pengakuan empat suspek bahawa mereka pernah terlibat dalam kes-kes terdahulu iaitu bunuh dan membakar mangsa di Ladang Gadong, Morib dekat sini.

sumber

Rabu, 8 September 2010

HUKUM Orang Kafir Masuk ke dalam Masjid




Memandangkan isu ini begitu panas sepanas ayam golek di pasar Ramadhan,penulis ingin berkongsi maklumat ini dengan anda.
Terimalah dengan mata hati bukan dengan cara ikut hati!

Hukum org kafir masuk dlm masjid adelah seperti berikut:
Ade tiga mazhab dlm masalah ini:

1. Mazhab Hanafi: Boleh masuk semua masjid.
2. Mazhab Syafie: Boleh masuk masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram makkah.
3. Mazhab Maliki: Tidak boleh masuk masjid melainkan kerana darurat kerja.

Hujjah kepada pendapat yg membenarkan org kafir masuk ke masjid:

1. Ramai org2 kafir masuk ke masjid Nabi dan duduk lama disitu.
2. Thumamah bin Athal diikat dtiang Masjid Nabi.
3. Org2 Nasrani Najran masuk ke masjid Nabi.

Rujukan: Al-Wajiz fil Feqhil Islami.

sumber http://akhisalman.blogspot.com/2007/07/hukum-org-kafir-masuk-masjid.html

ZAKAT FITRAH : Kenapa perlu membayar zakat?


Zakat (زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan) (bahasa Inggeris: almsgiving atau tithing) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Ia merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam.

Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.

Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

خُذۡ مِنۡ أَمۡوَالِهِمۡ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيۡهِمۡ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمۡ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"

Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Menurut siri ceramah agama Islam yang dikomentarkan oleh bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, beliau telah berkata bahawa Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata bahawa: "Berilah zakat kepada seseorang (yang fakir miskin) itu menjadi kaya". Ustaz Dr. Asri telah menerangkan bahawa kenyataan yang dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab itu membawa erti pemberian zakat perlu dilaksanakan sehingga tiada lagi orang fakir miskin serta orang fakir miskin itu telah keluar (bebas) dari wilayah kefakirannya itu.

Faedah diniyah (Agama)

1. Dengan berzakat bererti kita telah menjalankan salah satu dari rukun Islam yang menyuruh seorang hamba pergi kepada kebahagiaan dan keselamatan dunia dan akhirat.
2. Merupakan saranan bagi hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, akan menambah keimanan kerana keberadaannya yang memuat beberapa macam ketaatan.
3. Pembayar zakat akan mendapatkan pahala besar yang berlipat ganda, sebagaimana firman Allah Subhaanahu wa Ta'ala, yang bermaksud: "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah" (QS: Al Baqarah: 276). Dalam sebuah hadith yang muttafaq 'alaih Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam juga menjelaskan bahwa shadaqah dari harta yang baik akan ditumbuhkan kembangkan oleh Allah berlipat ganda.
4. Zakat merupakan sarana penghapus dosa, seperti yang pernah disabdakan Rasulullah s.a.w.

Faedah Khuluqiyah (Akhlak)

1. Menanamkan dan melahirkan sifat kemuliaan, rasa bertolak ansur, sentiasa bersyukur, bertakwa dan kelapangan dada kepada peribadi pembayar zakat.
2. Pembayar zakat biasanya bersifat belas kasihan, peramah dan lembut kepada saudaranya yang tidak cukup keperluan.
3. Merupakan realiti bahawa menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat baik berupa harta mahupun raga bagi kaum muslimin akan melapangkan dada dan meluaskan jiwa kerana sudah pasti ia kan menjadi orang yang dicintai dan dihormati sesuai tingkat pengorbanannya.
4. Dalam, zakat terdapat penyucian terhadap akhlak.

Faedah Ijtimaiyyah (Sosial Kemasyarakatan)

1. Zakat merupakan kemudahan untuk membantu dalam memenuhi hajat hidup fakir miskin yang merupakan kelompok majoriti sebahagian besar negara di dunia.
2. Memberikan dorongan kekuatan bagi kaum muslimin dan mengangkat kehadiran mereka. Ini boleh dilihat dalam golongan penerima zakat, salah satunya adalah perjuangan di jalan Tuhan.
3. Zakat boleh mengurangkan dendam dan rasa dengki yang ada dalam dada fakir miskin. Kerana masyarakat bawah biasanya berasa benci apabila melihat mereka yang berkelas tinggi menghambur-hamburkan harta untuk sesuatu yang tidak bermanfaat. Jika harta yang demikian melimpah itu dimanfaatkan untuk mengurangkan kemiskinan, tentu akan terjalin keharmonian dan kasih sayang antara si kaya dan si miskin.
4. Zakat akan memacu pertumbuhan ekonomi pelakunya dan yang jelas berkahnya akan melimpah.
5. Membayar zakat bererti memperluaskan peredaran harta benda atau wang, kerana ketika harta dibelanjakan maka putarannya akan meluas dan lebih banyak pihak yang mengambil manfaat.
6. Bagi menangani masalah pengangguran masyarakat Islam, dengan mengambil hasil zakat (sebahagian) untuk disediakan keperluaan yang diperlukan dalam bekerja, menyediakan peluang pekerjaan, menjana pendidikan dan tempat latihan para pekerja.

Hikmah Zakat

Hikmah dari zakat antara lain:

1. Mengurangkan jurang antara mereka yang berada dengan mereka yang miskin.
2. Membantu mereka yang berjuang dan berdakwah dalam meninggikan kalimah Allah
SWT.
3. Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk
4. Alat pembersih harta dan penjagaan dari ketamakan orang jahat.
5. Ungkapan rasa syukur atas nikmat yang Allah SWT berikan
6. Untuk pengembangan upaya umat
7. Memberi kekuatan moral kepada orang yang baru masuk Islam
8. Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummat.

Disunting dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Zakat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

macam2tips stats