Mau lebih tips?cari di sini

Rabu, 31 Disember 2008

Tips dan Trick Kewangan



Apabila berbelanja, belanja hanya duit ringgit sahaja. Duit sen, jangan dibelanjakan… simpan dalam tabung! Kira menabung la…

Maksudnya, kalau beli majalah Rm6.50, bayar duit Rm10 merah… kedai pulangkan RM3 duit kertas and 50sen duit syiling…

50sen tu, by default, terus masukkan ke dalam tabung.

Kalau pada hari yang sama, nak beli gula-gula harga 20sen, jangan gunakan 50sen syiling yang dalam poket tu. Sebab 50sen tu dah kena masuk ke tabung! Jadi, gunakan RM1 duit kertas…

Baki duit syiling 80sen yang diterima, dimestikan masuk tabung bersama duit 50sen tu tadi

Dalam erti kata lain, guna duit kertas sahaja… apa sahaja duit syiling, anda simpan dalam tabung.

Kalau tak pernah try ni, cuba-cuba try… khas bagi mereka yang sering dalam keadaan kesempitan wang, cara ini akan menjimatkan berpuluh-puluh RM setiap bulan untuk dijadikan wang pelaburan ASB ;)

Tips ini adalah dari laman web irfankhairi.

Isnin, 29 Disember 2008

Mengetahui Latar Belakang Hijrah


Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis bahawa Rasulullah saw bersabda:



المُهاَجِرُ مَنْ هَجَرَ السُّوْءَ فَاجْتَنَبَهُ

Yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan kejahatan, maka dia menjauhinya.” (Hadis riwayat Ahmad)



Dalam makna lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.



Pada asasnya, peristiwa hijrah bukan saja berlaku kepada Nabi Muhammad tetapi turut dilakukan oleh nabi yang lain atas perintah Allah. Nabi Ibrahim umpamanya diperintahkan Allah berhijrah ke satu tempat yang lain seperti mana firman Allah:



فَآمَنَ لَهُ لُوطٌ وَقَالَ إِنِّي مُهَاجِرٌ إِلَى رَبِّي إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ



Yang bermaksud: “Setelah Nabi Lut beriman kepada-Nya dan Nabi Ibrahim pun berkata: Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Ankabut, ayat 26).



Di samping Nabi Ibrahim, Nabi Musa juga diarahkan berhijrah kerana ancaman pembunuhan terhadap baginda. Selain itu, banyak ayat al-Quran yang menerangkan peristiwa hijrah Nabi Musa ke tempat Madyan, atas cadangan seorang lelaki yang mengetahui ada pakatan bunuh terhadap Nabi Musa. Selain Nabi Ibrahim dan Nabi Musa, Nabi Noh juga diperintahkan berhijrah kerana akan berlaku banjir besar.



Bagaimanapun dalam konteks hari ini, hijrah yang disambut setiap tahun pula lebih kepada memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah dan sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Peristiwa ini berlaku pada 632 Masihi disebabkan beberapa faktor antaranya ancaman daripada kaum Quraisy terhadap umat Islam. Malah, beberapa bulan sebelum hijrah, Rasulullah turut dihina penduduk Thaif yang angkuh dengan dakwah baginda. Justeru, bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah mengarahkan pengikut baginda keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali Yathrib).



Suatu hari pada 622SM, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah diberitahu bahawa kaum kafir Quraisy Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Lalu Allah menurunkan wahyu memerintahkan baginda meninggalkan Madinah waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat, Abu Bakar as-Siddiq dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan berkenaan. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib supaya menggantikan tempat tidur baginda.



Pada malam itu, sekumpulan Quraisy mengepung rumah Rasulullah dengan niat mahu membunuh baginda. Selepas mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang lelaki sedang tidur di atas katil Rasulullah. Lalu, mereka begitu yakin bahawa Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan hampir pasti dapat membunuh baginda.



Bagaimanapun, apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali yang tidur di tempat berkenaan.Akibatnya, kaum Quraisy terpinga-pinga memikirkan bilakah Rasulullah keluar dari rumah berkenaan. Bagaimanapun, kaum Quraisy tetap mahu membunuh baginda dan mereka bersepakat mencari segenap pelusuk bagi menyempurnakan niat jahat itu. Rasulullah dan Abu Bakar keluar dari Makkah pada malam itu dan tidak ada sesiapa yang mengetahui arah tujuan mereka serta tempat persembunyian baginda kecuali Aishah dan Asma’ serta orang gaji mereka, Abdullah.



Ketika hendak meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, baginda s.a.w. pernah berkata: “Demi Allah wahai Makkah! Sesungguhnya engkau adalah tanah yang paling kucintai di bumi Allah ini sekiranya pendudukmu tidak mengusirku keluar.” Selepas itu, baginda dan Abu Bakar bertolak ke Gua Thur, tidak jauh dari bandar Makkah. Ada riwayat menyatakan baginda ke sana pada 27 Safar.



Setiba di Gua Thur, Rasulullah dan Abu Bakar bersembunyi di situ selama tiga hari. Dalam saat getir itu, kaum Quraish masih mahu membunuh baginda. Mereka menghampiri gua berkenaan tetapi gagal menemui Rasulullah di situ. Mereka berpendapat, gua itu tidak berpenghuni selepas melihat sarang labah-labah yang masih elok menutupi kawasan berkenaan. Selepas kaum Quraisy beredar, Rasulullah dan Abu Bakar meneruskan perjalanan dengan menaiki unta yang dibawa orang gaji mereka, Abdullah.



Kaum Quraisy di Makkah kian marah dengan kehilangan Rasulullah. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap baginda. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah, Rasulullah dan sahabat tiba di perkampungan kaum Bani Sabin. Penduduk di situ menyambut rombongan baginda dengan gembira.



Selepas sekian lama, Rasulullah dan sahabatnya akhir merasakan bakal menemui kejayaan. Ketika Rasulullah dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan baginda. Malah, penduduk Madinah yang baru memeluk Islam gembira untuk menemui Rasulullah.



Maka, pada Jumaat, Rasulullah akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Ada riwayat menyatakan baginda sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awal. Ketika itu, kaum Muslim keluar menyambut baginda. Rasulullah menunaikan solat di masjid di Lembah Ranuqna, tempat umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.



Sebaik sampai ke Madinah, Rasulullah mempersaudarakan antara golongan Muhajirin dengan golongan Ansar berdasarkan firman Allah:



إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ

Yang bermaksud: “Hanya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)



Juga berdasarkan sabda Rasulullah:



المُسْلَمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يَثْلِمُهُ، مَنْ كاَنَ فيِ حاَجَةِ أَخِيْهِ كاَنَ اللهُ فيِ حاَجَتِهِ

Yang bermaksud: “Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim lain; dia tidak menzaliminya dan tidak boleh mengaibkannya. Dan sesiapa menunaikan hajat saudaranya, Allah tetap akan menunaikan hajatnya pula.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Baginda juga membina Masjid Nabawi. Tempat itu asalnya adalah sebuah dusun kurma kepunyaan Bani Najjar yang diwakafkan untuk tujuan berkenaan. Rasulullah menyegerakan pembinaan masjid di Madinah adalah untuk dijadikan pangkalan bagi sebuah negara baru yang ditegakkan baginda. Di sinilah segala kegiatan masyarakat dijalankan. Sesungguhnya, hijrah Rasulullah bersama sahabat baginda bukan bertujuan melarikan diri bagi menyelamatkan nyawa, tetapi kerana suatu tujuan yang lebih besar yakni meneruskan perjuangan ke arah mendaulatkan agama Islam.

sumber: http://blogs.udm.edu.my/drkuzaki/2007/12/31/latar-belakang-sejarah-hijrah/

Rabu, 24 Disember 2008

Hukuman Hudud di Acheh

Hukum hudud iaitu sebat telah dilaksanakan di Acheh.
Satu permulaan yang baik kepada masyarakat Islam di nusantara untuk sama-sama menilai keberkesanan hukuman ini terhadap masyarakat Islam.


Selasa, 23 Disember 2008

Hudud di Kelantan dan Terengganu - Baca sampai habis baru anda faham realiti isu HUDUD di Malaysia.

‘Undang-undang hudud Kelantan dan Terengganu.Satu analisa.
Friday, October 3, 2008

Apakah itu hukum hudud? Mengapa ia seringkali menjadi isu sensitif dan kontroversi apabila dibicarakan oleh umat islam moden sekarang? Persoalan ini akan dirungkaikan oleh kumpulan kami dalam penyiapkan kertas kerja ‘Undang-undang hudud Kelantan dan Terengganu.Satu analisa? Sebelum itu, Perkataan "hudud" adalah perkataan ganda daripada "had". Dalam kamus Arab, "had" bererti dijadikan bagi sesuatu itu sekatan.
Juga sebagai yang memisahkan antara dua perkara atau menghabiskan sesuatu atau mencegah seseorang daripada melakukan kesalahan dan sebagainya.(1) Disinilah juga kita mendapati perkataan Arab hudud (tunggal : had) boleh bermaksud sempadan atau batasan. Yakni, Tuhan telah meletakkan sempadan atau batasan bagi tiap-tiap perkara ; selagi manusia tidak melampau sempadan atau batasan itu, ia selamat. Umpamanya, seorang manusia perlu makan , bekerja, tidur atau rehat, tetapi jika ia berbuat demikian perkara-perkara ini secara berlebihan ia akan ditimpa mudarat. Tetapi jika ia tidak berbuat langsung perkara-perkara ini ianya juga akan ditimpa mudarat. Perkataan hudud telah disebut sebanyak 14 kali di dalam 9 buah ayat al-Quran. Satu daripada ayatnya berbunyi dalam surah Al-Imran ayat 229, “Itulah hudud (had-had) Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim” Definisi Hukum hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan secara mutlak oleh Allah Ta'ala sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan Hadits-hadits (shahih).(2) Hukuman hudud adalah hak Allah Ta'ala yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh pula diubahsuai dan dipinda.Dari segi prinsip pula,hukum hudud berprinsip bahawa lebih baik tersalah dalam melepaskan orang yang bersalah daripada tersilap dengan menghukum orang yang tidak bersalah. Hudud merupakan salah satu undang-undang “uqubah” Islam yang wajib dilaksanakan di sesuatu tempat yang dikuasai oleh umat Islam. Perlaksanaannya telah diwajibkan oleh Allah SWT dan Nabi SAW disamping dikuatkan melalui ijmak ulama. Dr Muhammad Said Al Syaddar Al-Ghamizi”, seorang pensyarah di Universiti Al-Imam Muhammad bin Suud Al-Islamiyyah. Beliau menyatakan bahawa “Uqubah Islamiyyah” terbahagi kepada dua, iaitu seperti Uqubah yang ditetapkan daripada Syarak, tiada ruang untuk berijtihad dengannya dan Uqubah yang diizinkan kepada pemerintah berijtihad membataskannya.Pada ‘Uqubha yang ditetapkan oleh syarak, yang tiada ruang bagi pemerintah berijtihad ini terbahagi kepada dua, iaitu Hudud dan Qisas.Adapun ‘Uqubah yang diizinkan kepada pemerintah berijtihad, dikenali sebagai undang-undang ta’zir.(3) Dihujahkan bahawa melaksanakan undang-undang Islam, antaranya hudud adalah sesuatu yang wajib. Negara pula berperanan sebagai satu institusi pelaksana (qiyan tanfizi) yang penting, yang mana Negaralah yang akan menghukum (uqubat) setiap orang yang melanggar hukum Allah.Kewajipan untuk melaksanakan hokum islam telah dinyatakan oleh Allah didalam Al-Quran.

Firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 44

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Maksudnya;
“Dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir” Juga firman Allah lagi dalam Surah Al-Maidah ayat 45;

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya;
“sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim”

Juga firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 47;

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya;
“sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang fasik”
Daripada ketiga-tiga ayat ini, iaitu surah al-maidah ayat 44, 45 dan 47 ini, Profesor Mahmud Saedon menyatakan bahawa “ayat-ayat ini menerangkan bahawa golongan yang tidak menghukum berdasarkan syariat Islam akan tergolong dalam salah satu daripada kumpulan yang ditegaskan oleh Allah’’
Kesimpulan kecilnya,hukuman hudud merupakan hak asasi yang wajib diperolehi oleh umat islam dan ini merupakan satu perintah Allah kepada hambanya.Melihat kepada statistik jenayah yang mengerunkan sehinggakan menghilangkan perasaan ‘sense of security’ dalam masyarakat islam,maka umat islam perlukan satu penyelesian atau mekanisme mengatasinya.Oleh itu tidak ada satupun perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia melainkan manusia akan mendapati penyelesaiannya di dalam kitab kepada risalah Nabi Muhammad SAW (Al-Quran) sebagaimana firman ALLAH dalam surah Al An`am ayat 38): "Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini" Sejarah Perkembangan Undang-Undang Islam di Malaysia

Sebelum pengenalan Undang-undang Hudud diperkenalkan oleh kerajaan Kelantan dan Terengganu,negera kita pernah melaksanakan hukum hudud ini.Buktinya.penemuan batu bersurat di Kuala Berang serta dokumen-dokumen bertulis tentang perjalanan pelaksanan Hukum Islam di bumi Malaysia ini.Antaranya adalah Qanun Melaka dan Qanun Laut Melaka,undang-undang pelabuhan kedah (1893 M)”, “undang-undang Tembera Dato’ Seri Paduka tuan (1667 M)”, “Undang-undang Johor”, “undang-undang sembilan puluh sembilan di perak”, “Undang-undang Terengganu”, “Undang-undang Kelantan” dan hukum kanun pahang.


Kami ingin memfokuskan dua contoh pelaksanaan hukum islam iaitu di Melaka melalui Undang-undang Melaka dan Hukum Kanun Pahang.Undang-undang Melaka pertama ini ditulis oleh Hang Sidi Ahmad berjudul Qanun Melaka dan Qanun Laut Melaka.Undang-undang ini ada dua bahagian iaitu Qanun Melaka yang dikuatkuasakan di negeri Melaka dan Qanun Laut Melaka yang dilaksanakan di atas kapal. Ia mengandungi 40 fasal merangkumi hukum berkaitan muamalat, munakahat, jenayah, acara dan keterangan serta perhubungan antarabangsa.

Didalam “hukum kanun melaka” tersebut dinyatakan disana terdapat beberapa undang-undang islam yang di amalkan di melaka ketika itu, antaranya hukum kesalahan murtad pada fasal 36, kesalahan jenayah pembunuhan di fasal 39, kesalahan zina di fasal 40, kesalahan qazaf di fasal 41, kesalahan minum arak di fasal 42 dan banyak lagi

Begitu juga di Pahang, didapati di sana terdapat “hukum kanun pahang” yang disusun pada zaman pemerintahan sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah, iaitu antara tahun 1592 hingga 1914. Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah merupakan satu-satunya sultan pahang yang berasal dari melakaDidalam hukum kanun pahang tersebut, dinyatakan undang-undang islam yang terlaksana, antaranya hukum hudud kepada kesalahan membunuh, mencuri, menyamun, menceroboh dan sebagainya.

Analogi Perkembangan Undang-undang Hudud Negeri Kelantan dan Terengganu Sehingga Diwartakan. Selepas Parti SeIslam Malaysia (PAS) berjaya menguasai Dewan Undangan Negeri Kelantan pada pilihanraya 1990 dengan majority, Menteri Besar Kelantan Y.A.B Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menegaskan bahawa beliau akan memperkenalkan undang-undang hudud di negeri tersebut sebagai mengotakan janji beliau semasa pilihan raya. Pada 25 November 1993 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri oleh Y.A.B Tuan Guru Dato Seri Haji Nik Aziz Nik Mat. Dengan berkat Allah s.w.t, rang undang-undang hudud tersebut diluluskan dengan kesemua 39 ahli Dewan Undangan Negeri menyokong usul tersebut termasuk dua ahli dari parti pembangkang. Dengan pelulusan Rang undang-undang tersebut bermakna negeri Kelantan merupakan negeri pertama memperkenalkan Undang-undang Hudud di Malaysia selepas merdeka.

Rang undang-undang hudud tersebut telah mendapat perkenaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan. Kerajaan pimpinan PAS hanya berupaya memperkenalkan rang undang tersebut selepas mendapat kemenangan selesa dalam pilihan raya.Satu suruhanjaya yang diketuai oleh peguam Tuan Haji Sulaiman Abdullah turut diwujudkan bagi menyiasat keesahan Rang Undang itu dan hasilnya,mereka sepakat bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 adalah tidak bercanggah dengan syariah.(4)

Hudud Kelantan merangkumi tujuh puluh dua perihal dan lima bahagian jadual yang dibahagikan kepada enam bahagian. Ianya ialah kesalahan hudud, qisas, jenayah, pelaksanaan hukuman, provisi am dan prosiding mahkamah syariah. Hukuman hudud dalam bahagian satu terbahagi kepada enam perihalan iaitu hirabah, zina, qazaf ( tuduhan terhadap kesalahan zina dimana tidak boleh dibawa 4 orang saksi), shrub (kesalahan minum arak) dan murtad (keluar agama Islam). Sebenarnya idea untuk melaksanakan hudud ini telah digagaskan oleh Menteri Besar Kelantan sejak kerajaan telah melahirkan hasrat untuk memperkenalkan hukuman hudud pada tahun 1991 lagi. Pengenalan hukuman hudud ini merupakan satu tindakan yang sangat berani dalam menegakkan kedaulatan agama Islam bahawa dengan pengenalan Kanun Jenayah Syariah II 1993, ianya telah melangkau bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan negeri Kelantan juga mengumumkan bahawa Rang undang-undang tersebut disediakan oleh satu jawatankuasa dan disemak serta diluluskan oleh Jemaah Ulama Islam Negeri dan Majlis Melayu (MAIK) dan mufti negeri selepas mengambil kira semua aspek dalam Syariah Islam. Sejajar dengan itu, MAIK telah mengadakan pertemuan denagan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baik Islam dan bukan Islam untuk menerangkan fungsi undang-undang Hudud ini. Malah sami-sami Buddha terpegun dengan penjelasan Tuan Guru dan menerima rang undang-undang ini dengan sebulat hati selepas mendapati ianya tidak terpakai kepada orang bukan Islam. Namun orang bukan Islam boleh dibicarakan dibawah undang-undang Islam jika mereka merelakannya. Di sini menunjukkan bahawa undang-undang hudud ialah satu rang undang-undang yang adil dan saksama pelaksanaannya kepada semua pihak.

Namun Rang undang-undang hudud tidak dapat dikuasakan kerana mendapat bantahan keras daripada kerajaan persekutuan atas alasan undang-undang hudud tersebut bercanggah dengan undang-undang tertinggi di Malaysia iaitu Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakannya sebelum disetujui oleh Kerajaan Pusat.Merujuk kata-kata Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 20 April 1992 yang mnyatakan bahawa,"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

Kronologi Pelaksanaan Enakmen Hudud Negeri Terengganu

Selepas kerajaan negeri Kelantan memperkenalkan undang-undang hudud, kerajaan Terengganu melakar sejarah sebagai negeri kedua di Malaysia untuk melaksanakan undang-undang hudud. Ini diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan Pas yang berjaya menguasai Dewan Undangan Negeri Terengganu pada pilihanraya umum 1999 dengan majoriti 28 kerusi. Menteri Besar ketika itu mengotakan janji beliau semasa kempen pilihan raya dengan memperkenalkan undang-undang hudud di negeri tersebut.

Rang Undang-undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) (Terengganu) 1422H/2001M diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) 7, 8 dan 9 Julai 2001 selepas dibentangkan oleh bekas menteri besar Terengganu Y.A.B Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Kerajaan Terengganu menguatkuasakan enam enakmen undang-undang syariah takzir mulai 1 Ogos 2002 sebagai langkah pertama mendaulatkan hukum islam walaupun aspek prasarana dan pentadbiran pelaksanaannya dipersoalkan oleh banyak pihak. Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengesahkan tarikh penguatkuasaan undang-undang takzir tersebut yang mana takzir adalah undang-undang yang ditentukan oleh manusia dan jika dibandingkan dengan undang-undang Inggeris yang diamalkan di negara ini, ia mempunyai persamaan berdasarkan kaedah pelaksanaan iaitu hukuman dijatuhkan berdasarkan kepada budi bicara mahkamah.Dengan pelaksanaan undang-undang ini bermakna fungsi mahkamah sivil dan mahkamah jenayah sivil akan diambil oleh mahkamah syariah sepenuhnya. Enam enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 26 hingga 28 Ogos tahun 2001 ialah Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Terengganu, Enakmen Mahkamah Syariah Terengganu, Enakmen Tatacara Mahkamah Jenayah Syariah Terengganu, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Terengganu, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Terengganu dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu. Undang-undang ini semasa diluluskan tahun 2001 telah dipertikaikan oleh beberapa pihak tertentu kerana dikatakan ia dicedok dari Undang-undang syariah Wilayah Persekutuan(6).

Berkaitan isu pelaksanaan hukuman takzir ini, Tuan Guru Hadi Awang telah menyatakan bahawa Terengganu adalah sebahagian daripada Persekutuan dan undang-undang itu dibolehkan mengikut Perlembagaan Persekutuan. `Ada peraturan undang-undang memastikan Pusat menerima hakikat hak dan keputusan kerajaan negeri dan perlu memberi kerjasama,'' ujar beliau ketika menjawab pertanyaan pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman di pada 9 Julai 2001

Seterusnya,pada 10 Julai 2002 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) telah mengedarkan pekeliling mengenai penguatkuasaan enam enakmen ndang-undang syariah itu. Pekeliling bertarikh 25 Julai yang ditandatangani oleh Penolong SUK Bahagian Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah, Yusoff Ali menyebut bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Mizan kini Yang diPertuan Agong berkenan menetapkan tarikh berkuat kuasa enakmen berkenaan mulai 21 Julai 2001.Pekeliling itu turut menyebut bahawa penetapan tarikh berkuat kuasa ini telah diberitahu dalam warta pada 18 Julai lalu. Pekeliling ditujukan kepada Pesuruhjaya Agama, pegawai eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Mufti, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah, Pendaftar Mahkamah Tinggi Terengganu dan Pengerusi Jawatankuasa Peguam Terengganu. Selain itu untuk mendapat input yang terbaik untuk pelaksanaan undang-undang Hudud kerajaan negeri juga mengantar rombongan ke Negara-negara yang telah melaksanakan undang-undng hudud seperti Arab Saudi, Sudan, Iran dan Nigeria.

Tambahan pula, Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang turut mengadakan pertemuan dengan pelbagai pertubuhan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) , Kementerian Wanita, Keluarga Dan Masyarakat serta pelbagai pertubuhan wanita seperti Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Sisters in Islam (SIS) untuk menerangkan tentang rasional undang-undang hudud. Selain itu, melalui dialog tersebut mereka juga memberi input tentang penambahbaikan terutamanya bahagian yang berkaitan wanita. Tetapi pertubuhan wanita memberi tentangan yang hebat terhadap pelaksanaan huhuman rogol kerana mereka mendakwa hukuman tersebut dimana memerlukan empat orang saksi untuk membuktikan kesahannya merupakan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Sementelahan itu, mereka juga mengutuk hukuman rejam terhadap pesalah yang kononnya tidak berperikemanusian terhadap pesalah.Walaupun banyak mehnah dan tribulasi daripada pelbagai pihak,tetapi akhirnya kerajaan Terengganu berjaya mewartakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 dan telah mendapat perkenan Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 Sept 2003. Kerajaan Negeri Terengganu turut mengulangi pendiriannya bahawa tindakannya mewartakan enakmen ini adalah selaras dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Bukti Hukuman Hudud Diperkenalkan Secara Sistematik

Contoh dibawah dinukilkan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud): BAHAGIAN III Keterangan 39. Bagaimana membukti kesalahan. En. 2/91. (1) Kecuali jika ada percanggahan dengan peruntukan yang ada dalam Enakmen ini, maka Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1991 hendaklah dipakai untuk membuktikan kesalahan-kesalahan di baawah Enakmen ini. (2) Semua kesalahan di bawah Enakmen ini samada kesalahan hudud atau kesalahan qisos, atau kesalahan ta'zir, hendaklah dibuktikan dengan keterangan lisan atau iqrar yang dibuat oleh tertuduh. 40. Bilangan saksi (1) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan semua kesalahan di bawah Enakmen ini melainkan zina, hendaklah sekurang-kurangnya dua orang. (2) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan zina hendaklah tidak kurang daripada empat orang. 41. Syarat-syarat menjadi saksi (1) Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam yang akil baligh dan hendaklah seorang yang adil. (2) Seseorang itu adalah dianggap adil jika ia menunaikan apa-apa yang disuruh oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga mempunyai isti'mal al-muru'ah, (perasaan dan pendirian menghormati diri). (3) Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga sebaliknya dibuktikan. 42. Keadaan keterangan (1)Untuk membuktikan tuduhan terhadap tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud atau qisos, keterangan yang diberi hendaklah benar-benar terang dan tidak ada apa-apa kesamaran dan keraguan. (2) Tiap-tiap saksi hendaklah dengan terang menyatakan bahawa dia benar-benar melihat perbuatan yang didakwakan itu dan dalam kes zina pula keempat-empat orang saksi itu hendaklah menyatakan bahawa mereka benar-benar melihat kemasukan zakar ke dalam faraj perempuan pasangan yang bersetubuh itu dengan juga hendaklah jangan ada perselisihan dan pertelingkahan di antara saksi-saksi di dalam keterangan itu. 43. Menarik balik keterangan (1) Untuk menyebabkan hukuman hudud dikenakan kepada tertuduh setiap saksi itu hendaklah berdiri teguh di atas keterangan terhadap tertuduh itu, bukan sahaja dalam masa perbicaraan dan selepasnya, tetapi juga ketika hukuman itu dilaksanakan, kerana jika keterangan itu ditarik balik sebelum hukuman itu dilaksanakan, maka tertuduh itu tidak lagi boleh dikenakan hukuman hudud, dan jika keterangan itu ditarik balik ketika tertuduh sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan. (2) Dalam kes zina jika seseorang saksi itu enggan memberi keterangan, atau memberi keterangan yang berlawanan dengan tuduhan, atau memberi keterangan menyokong tuduhan itu tetapi kemudiannya menarik balik keterangan itu, yang mana dengan sebab itu bilangan saksi yang menyokong tuduhan itu menjadi kurang daripada empat orang, maka tuduhan zina terhadap tertuduh itu tidaklah terbukti, dan yang demikian tertuduh itu adalah terlepas daripada dikenakan hukuman hudud; tetapi saksi-saksi yang telah memberi keterangan menyokong tuduhan itu adalah bersalah kerana melakukan kesalahan qazaf. 44. Iqrar (1) Sebaik-baik keterangan untuk menyabitkan tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud ialah iqrarnya sendiri. (2) Iqrar itu hendaklah dibuat dengan sukarela dan tanpa apa-apa paksaan di hadapan seorang pegawai kehakiman dan kemudiannya diulangi di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan; dan jika perbicaraan itu mengenai kes zina maka iqrar itu hendaklah diulangi sebanyak empat kali di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan: Dengan syarat bahawa iqrar itu hendaklah dibuat dan diulangi dengan tidak ada apa-apa ugutan, janji atau dorongan; dan hendaklah dengan nyatanya membuktikan secara terperinci bahawa tertuduh itu benar-benar telah melakukan kesalahan yang dengannya dia telahd ituduh, dan dia faham bahawa dia akan dihukum kerana membuat iqrar. (3) Iqrar itu hanyalah boleh diterima sebagai keterangan terhadap tertuduh yang membuat iqrar itu sahaja, dan tidak boleh digunakan terhadap orang lain; dan untuk menjadikannya sah maka iqrar itu hendaklah bukan satu iqrar yang ditarik balik. 45. Menarik balik iqrar (1) Sesuatu iqrar itu boleh ditarik balik oleh tertuduh yang membuatnya pada bila-bila masa sahaja; meskipun pada ketika dia sedang menjalani hukuman. (2) Jika sesuatu iqrar itu ditarik balik sebelum dilaksanakan hukuman ke atasnya maka tertuduh itu tidaklah lagi boleh dikenakan hukuman itu, dan jika dia menarik balik iqrar itu pada ketika dia sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan. (3) Jika pada bila-bila masa sebelum atau pada ketika hukuman dilaksanakan, tertuduh itu dapat melarikan diri daripada pihak yang berkuasa, maka dia hendaklah dianggap sebagai telah menarik balik iqrar itu; dan yang demikian peruntukan subsekseyn (2) hendaklah terpakai. 46. Keterangan qarinah (1) Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3) keterangan qarinah walaupun berkaitan hendaklah tidak boleh dijadikan satu cara yang sah untuk membuktikan kesalahan hudud. (2) Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya. (3) Dalam perkara minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, bau minuman yang didapati dalam nafas tertuduh itu atau muntahnya yang mengeluarkan arak atau sebarang minuman yang memabukkan atau apa-apa kesan darinya, atau pemerhatian Mahkamah kepada keadaan tertuduh itu bahawa dia sedang berada di dalam keadaan mabuk, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan untuk membuktikan bahawa dia telah melakukan kesalahan syurb, melainkan jika ia dapat membuktikan sebaliknya. 47. Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan mereka sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 43 atau kerana tertuduh itu telah menarik balik iqrarnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 45 atau kerana keterangan saksi yang ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan hudud, maka tertuduh bolehlah dihukum dengan hukuman ta'zir, dan mahkamah hendaklah mengambil tindakan untuk menjatuhkan hukuman itu sekiranya ada keterangan yang cukup bagi maksud itu.

Ini jelas menunjukan bahawa hukuman Hudud tidak boleh diperkenalkan dengan sembarangan ianya perlu mengikut prosedur yang betul bagi memastikan berlaku keadilan yang sewajarnya pada mangsa dan tidak berlaku unsur-unsur penindasan.

Rasional Pengenalan Undang-undang Hudud Di Malaysia Seperti yang kita sedia maklum, agama Islam merupakan agama persekutuan di Malaysia termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Ini bermaksud agama Islam merupakan agama rasmi Negara ini dan orang ramai tidak boleh mempertikaikan kedaulatan agama Islam dan statusnya. Namun Perlembagaan Persekutuan memberi kebebasan kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka tanpa sebarang sekatan. Perkara 11(4) menghadkan penyebaran sebarang ajaran agama lain kepada penganut agama Islam. Sejak kita memperolehi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Malaysia banyak mencedok undang-undang Common law untuk diserapkan dalam perundangan sivil dan jenayah. Persoalan yang timbul sekarang, dengan penggunaan undang-undang ‘pinjaman’ itu, kredibiliti perundangan Islam terjejas. Maka beberapa tokoh Islam di Malaysia mula mengambil inisiatif bagi memperkenalkan undang-undang hudud di negara ini bagi mengatasi masalah jenayah yang semakin meruncing hari demi hari ditambah pula dengan masalah murtad atau riddah.

Jika hukuman potong tangan dikenakan kepada pencuri, rakyat akan berfikir dua kali sebelum mencuri. Hukuman yang berat ini akan menghindaran kejadian mencuri keran orang tidak mhu kehilangan tangan mereka lantas mereka akan berusaha untuk mencari kerja yang halal. Tambahan pula hukuman rejam sampai mati sangat berkesan untuk membasmi masalah zina.Pasangan yang telah berkahwin akan setia dengan pasangan mereka dan tidak berani melakukan seks dengan oarng lain. Mereka tahu bahawa mereka dimalukan di depan klayak ramai dan diaibkan. Lantas ini dapat mengurangkan masalah suami isteri yang curang dengan pasangan mereka. Selain itu,tujuan pelaksanaan kedua-dua Rang Undnag-undang ini adalah untuk mengawal keselamatan diri,harta benda,kehormatan,keturunan, dan juga kewarasan akal manusia iaitu lima perkara wajib yang mesti dikawal dan dipelihara.Agama islam amat menitikberatkan penjagaan lima maqasid ini bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.Di samping itu,penegakkan keadilan iaitu meletakkan sesuatu hak pada tempatnya adalah matlamat utama pelaksanaan undang-undang islam ini.Dalam kenyataan pihak polis yang menyatakan bahawa kadar jenayah di negeri ini turun 43 peratus dalam masa sembilan bulan pertama tahun 2002 berbanding tahun lalu 2001 iaitu selepas enakmen tersebut diluluskan dalam persidangan Dun. Ini menunjukan bahawa selepas pelaksanaan hukum syariat di negeri Terengganu kadar jenayah dan kadar maksiat menurun dengan mendadak. Ini menunjukkan kejayaan daripada kesan pelaksanaan undang-undang hudud di negeri Terengganu. Apa yang lebih ketara ialah kaedah penghukuman, pencegahan kejahatan dan rawatan sosial yang diketengahkan oleh Islam amat berkesan. Hukuman hudud umpamanya lebih berkesan untuk membanteras kejahatan kerana konsepnya yang lebih divine dan mendalam dalam mendefinisikan hakikat manusia dan hubungannya dengan kosmos, roh dan tuhan, di samping ganjarannya yang bersifat dunia dan akhirat.(7)
Bagi kami,isu kepentingan politik sebagai sebab utama pelaksanaan hukum islam di kedua-dua negeri ini adalah hujah yang boleh dipertikaikan.Ini kerana walaupun majoriti rakyat di kedua-dua negeri ini adalah islam,tetapi sebagai parti islam,PAS hanya ingin mengadakan suruhan Allah s.w.t apabila diberi kuasa.Bukannya menggunakan isu ini untuk memancing undi.Hujah yang menyatakan bahawa pewartaan Rang Undang-undang Islam di kedua-dua negeri ini dibuat berdasarkan hampirnya tarikh pilihanraya umum adalah boleh ditolak kerana secara logiknya,tarikh pilihanraya umum diilhamkan oleh Perdana Menteri,dari parti yang berlainan. Dato' Harun Taib, orang terpenting dalam penyediaan enakmen itu pernah berkata, "Kalau ia untuk memancing undi, UMNO boleh meluluskan hudud di negeri lain dan boleh meraih undi." Akan tetapi UMNO tidak melakukannya, malah tidak berhasrat untuk meluluskannya meskipun sudah lebih 40 tahun Barisan Nasional (UMNO) memerintah setelah Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957.Oleh itu,jelas bahawa isu penggunaan hokum islam sebagai alat memancing undi adalah tertolak serta merta dan ianya hanya berlandaskan tujuan seperti diatas yang dinyatakan oleh kami.

Faktor-faktor penghalang Undang-undang Hudud di Malaysia

Terdapat beberapa factor yang menyebabkan Rang Undang-Undang Hudud di Terengganu dan Kelantan tidak dapat dilaksanakan dan hanya menjadi warta disimpan di dalam cabinet Dewan Undangan Negeri sahaja.Antara faktor-faktornya adalah : 1.Rang Undang-Undang Hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Terengganu merupakan dikatakan sebagai pencabulan ketara ke atas prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam Islam oleh beberapa pertubuhan-pertubuhan Wanita
Di bawah Rang Undang-Undang ini, perempuan yang mengadu dirinya dirogol akan dituduh melakukan qazaf (tuduhan fitnah mengenai zina) dan disebat 80 kali jika dia tidak dapat membuktikan jenayah rogol. Wanita hamil yang tidak bersuami adalah dianggap melakukan zina, walaupun dia mungkin telah dirogol. Kaum wanita tidak boleh menjadi saksi. Terdapat satu sahaja cara bagi mensabitkan perogol di bawah undang-undang yang dikatakan undang-undang Hudud ini, iaitu melalui pengakuannya sendiri, yang bagaimanapun, boleh pula ditarik balik pada bila-bila masa kemudiannya. Ia nampaknya memberi kesempatan kepada perogol untuk merogol wanita sesuka hatinya - ia mengadakan jalan keluar yang berkesan kepada perogol dan menjamin hukuman ke atas mangsa yang cukup berani untuk tampil ke hadapan atau yang malangnya menjadi hamil.
Isu-isu ini telah menjadi fokus suatu forum di Kuala Lumpur , yang dianjurkan oleh ISIS ( Institute of Strategic and International Studies) dan Sisters in Islam pada November 1993 yang telah mendapat liputan yang agak meluas dari media pada masa itu Isi kandungan forum itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1993. Secara keseluruhannya, penceramah dan hadirin di forum tersebut begitu kritikal terhadap Rang Hudud kerana pada pandangan mereka Rang itu mendiskriminasikan orang perempuan. Selain rogol, dua lagi isu yang diberi perhatian ialah peruntukan Rang yang tidak menerima perempuan sebagai saksi dalam hudud dan juga isu ketidakteriman qarinah (bahan bukti) sebagai bukti dalam hudud.
Rang juga telah dikritik mengenai peruntukannya berkenaan saksi zina di mana ia menyatakan ‘ tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam yang akil baligh dan hendaklah menjadi seorang yang adil’ (Klausa 41). Wanita tidak diterima menjadi saksi bukan setakat pada kes zina tetapi untuk kesalahan hudud. Pengakuan hudud atau iqrar, satu-satu bukti lain yang diterima hanya melibatkan tertuduh yang membuat pengakuan dan bukan pihak lain yang terlibat atas kesalahan yang sama – walaubagaimanapun ia boleh ditarik oleh si tertuduh pada bila-bila masa’ meskipun pada ketika dia sedang menjalani hukuman’ (Klausa 44). Bukti zina oleh saksi sememangnya terlalu sulit, memandangkan dalam keadaan biasa, agak mustahil untuk mendapatkan bukti yang diperlukan. Pengakuan oleh orang yang tertuduh, sama ada dalam kes zina atau rogol pula ditarik balik pada bila-bila masa sepanjang waktu prosiding. Maka jelaslah seorang perempuan yang telah diambil kesempata, diperdaya kea rah maksiat, dirogol, dan hanya boleh mengemukakan saksi-saksi perempuan, atau gabungan saksi lelaki dan perempuan, tidak mempunyai harapan untuk membela dirinya.
Mengikut prinsip undang-undang Islam, adalah lebih baik bagi ramai orang yang bersalah itu terlepas daripada hukuman dunia, daripada bagi seorang sahaja orang yang tidak bersalah itu dihukum.Dari segi analisis kami,jelas bahawa Rang Hudud tersebut tidak membicarakan soal rogol,hanya membicarakan masalah zina.Bagi kami,isu ketidakadilan terhadap wanita yang menjadi mangsa rogol kerana beban pembuktian terletak pada bahunya adalah salah.Hal ini kerana jenayah rogol terletak dalam takzir dan ia terletak dibawah budi bicara kadi.Mungkin pelaksanaan hukuman dan cara penyabitan berbeza dengan jenayah zina.Bermakna bahan-bahan dan bukti saintifik seperti air mani,bahan ujian faraj,contoh darah,goresan,kesan bukti genetic dan lain-lain boleh digunakan untuk membuktikan jenayah rogol.Sebenarnya,isu ini ditimbulkan kerana kekeliruan dan ia samalah seperti isu suami meliwat isteri.
2. Percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan yang sering dilihat sebagai penghalang pelaksanaan Islam; akibat wujudnya peruntukan perlembagaan yang menyatakan bahawa perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi, mengatasi undang-undang lain : Perkara 4 (1)yang menyatakan : “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang lain yang di luluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu”.

Perkara 3(4) pula memperuntukkan bahawa ‘Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.’ Perkara 3(4) ini kelihatan seolah-olah hendak memenjarakan Islam di dalam lingkungan tertentu.Manakala,Perkara 150(6A) melindungi hal-hal berhubung dengan Islam, walaupun di dalam keadaan darurat. Perisytiharan darurat mempunyai kesan menggantung sebahagian besar peruntukan-peruntukan perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh Lord Reid adalah bukti yang paling jelas meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara demokratik, sekular dan berbilang agama dengan kedudukan Islam hanyalah sebagai agama rasmi. Ini diperjelaskan lagi dari peristiwa semasa majlis sambutan harijadi Tunku Abdul Rahman yang ke-81 pada tahun 1983 di mana beliau menegaskan ,“Perlembagaan mestilah dihormati dan diikuti. Pernah adanya percubaan oleh segelintir orang untuk cuba memperkenalkan undang-undang agama dan undang-undang moral. Ini tidak dibenarkan. Negara ini mempunyai penduduk berbilang kaum dengan pelbagai kepercayaan. Malaysia mesti terus kekal sebagai negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi”.
Selain itu,Suruhanjaya Lond Reid yang dinyatakan dengan jelas bahawa: “ Agama Islam hendaklah di jadikan agama negara tetapi prinsip ini bukan bermakna negara ini bukan negara sekular”. Kes Che Omar bin Che Soh lawan Public Prosecutor pula(8), Mahkamah Agong diminta membuat keputusan mengenai cabaran terhadap hukuman mati mandatory di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Senjata Api 1974. Pihak perayu menghujah kesalahan-kesalahan berkenaan bukan kesalahan hudud atau qisas yang memperuntukkan hukuman mati. Perayu menghujah bahawa kedudukan Islam di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam sebagai kayu ukur yang boleh digunakan untuk mencabar kesahihan undang-undang. Salleh Abas KHN menolak hujah dengan menyebut Islam di dalam perlembagaan tidak dihasratkan untuk tujuan tersebut kerana ia hanya terbatas kepada soal-soal upacara dan seumpamanya

Walaubagaimanapun,pada pendapat kami,kekangan perlembagaan boleh diatasi kerana di dalam perlembagaan sendiri memberi ruang pengamalan Undang-undang islam.Antaranya ialah : i.Perkara 3 (1). perisytiharan Islam sebagai agama rasmi persekutuan (Perlembagaan Persekutuan, ii. hak kebebasan beragama (Perkara 11) iii. kebenaran menggunakan wang awam untuk tujuan-tujuan Islam (Perkara 12(2) ) iv. kedudukan mahkamah syariah di dalam sistem perundangan (Perkara121(1A) ) v. pengecualian undang-undang Islam daripada undang-undang darurat(Perkara 150 (6A)) vi. penetapan hal ehwal Islam sebagai sesuatu yang terletak di dalam bidang kuasa negeri (Jadual Ke 9, Senarai 2-Senarai negeri, seksyen 1).

Perkara 160 memberi definisi ‘Melayu’ sebagai seorang beragama Islam,lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adapt istiadat Melayu .Menurut Tun Salleh Abas,’’ ‘Melayu’ dan ‘Islam’ adalah unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan Perlembagaan(9). Tetapi hujah di atas boleh dimatikan dengan mudah.Ini dapat dilihat dalam kes Zaid Ibrahim v Kerajaan Negeri Terengganu.Pada tahun 2003, Datuk Zaid Ibrahim Ahli Parlimen Kota Bharu bukan sahaja mencabar kesahan undang-undang hudud Kelantan dan juga Terengganu yang digubal oleh Kerajaan PAS. Malah beliau juga telah mencabar kuasa Dewan Undangan Negeri untuk menggubal apa sahaja undang-undang yang berbentuk undang-undang jenayah. Namun undang-undang hudud tersebut tidak boleh dikuatkuasakan kerana bercanggah dengan Akta Bidangkuasa Mahkamah Syariah (Akta 355) yang mengehadkan hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah adalah penjara 3 tahun, denda 5 ribu dan sebatan 6 rotan. Hujah beliau ialah pelaksanaan hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan melangkau bidang kuasa mahkamah syariah.Dan akhirnya beliau berjaya menghalang Kerajaan Terengganu dan Kelantan daripada menguatkuasakan hukum islam ini.Walaupun pada tahun 2006, beliau menarik balik kes tersebut selepas mendapat arahan daripada pihak-pihak yang arif tentang agama,tindakan telah terlambat kerana kesnya telah menjadi judicial precedent dan tidak boleh dibuat semakan kehakiman lagi.

Satu sahaja cara untuk mengembalikan hokum islam kepada rakyat islam di Malaysia seperti pendapat Professor Abdul Aziz Bari yang menyatakan,’’untuk tujuan pelaksanaan Islam secara yang sempurna,maka perlembagaan perlu dipinda’’.

4. Faktor-faktor politik

Seperti kita fahami, negara kita dipimpin oleh mereka mereka yang berpendidikan Barat, atau sekurang-kurangnya yang lahir dari falsafah pendidikan barat. Pandangan sekular yang mereka anuti sebagai hasil secara langsung dari bentuk-bentuk pendidikan yang mereka terima membuat mereka mempunyai keyakinan bahawa diantara urusan dunia dan urusan agama itu ada satu garis pemisah yang perlu diambil kira. Sebagai para pemimpin mereka ada prinsip mereka sendiri. Prinsip inilah yang menjadi asas pemikiran dan tindak tanduk mereka. Inilah yang menjadi petelingkahan pelaksanaan undang-undang hudud di antara kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional yang mahu pemerintahan undang-undang konvensional manakala kerajaan Terengganu dan Kelantan pimpinan Pas mahukan undang-undang hudud. Masing-masing mengaku idelogi mereka yang paling hebat. Namun yang pasti Rang Undang-undang hudud tidak dapat dilaksanakan di Malaysia buat masa ini kerana Dewan Rakyat dikuasai oleh parti Barisan Nasional yang membolehkannya menolak mana-mana rang undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Antara kata-kata pemimpin yang memayu sampahkan hokum islam ini adalah seperti ucapan seorang menteri di Rumah Persatuan Pelajar Negeri Sembilan Kaherah Mesir pada April 2006 yang lalu yang menyatakan bahawa "Adakah kita hendak hukum orang yang mencuri kita buat hukuman potong tangan sahaja? Adakah kita nak laksanakan hukum hudud potong tangan itu ataupun kita bagi kerja kat dia?".Selain itu,ucapan mantan pemimpin tertinggi negara dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994"Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."Juga,kata mantan Perdana Menteri pada 14 Julai 1992 kepada wartawan: “Apabila hukum rejam dengan batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja”.

Sebenarnya, Dalam hal ini, kita kena faham yang Islam itu diturunkan oleh Allah. Ia berasal dari wahyu langit. Ia bersifat syamil. Ia menetapkan aqidah dan mengatur ibadah manusia dalam segenap urusan kehidupan.Maka hokum islam wajar diberikan tempat ke dalam hidup masyarakat islam.Jangan kerana pegangan politik,hokum yang indah ini dibiarkan tersimpan rapi dalam Al-Quran,Sunnah dan kitab-kitab muktabar sahaja.Perlu ada insiatif daripada pemimpin untuk menjalankan amanah Allah ini.Memetik kata-kata Prof Aziz Bari yang menyatakan ‘‘perlu ada political-will di kalangan mereka yang berotoriti dalam membuat polisi-polisi untuk pelaksanaan Islam ’’.Sebenanya,sikap saling tuduh-menuduh dan mencurigai akan keputusan parti politik untuk melaksanakan hukum islam adalah tidak wajar dilaksanakan.Jangan ada label melabel yang hudud ini parti ini yang buat.Para pemimpin politik wajar muhasabah melihat secara logik mengikut wahyu dalam menjalani kehidupan di dunia ciptaan tuhan ini. Masyarakat Majmuk di negara ini

Alasan ini digunakan oleh kebanyakan orang islam di negara ini dan tidak terkecuali orang bukan islam yang tidak faham akan hukum islam ini.Mereka menyatakan bahawa pelaksanaan hukuman hudud di dalam sesebuah masyarakat yang ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum yang menganut pelbagai agama dan mengamalkan berbagai corak kebudayaan adalah mustahil dilaksanakan.Antara alasannya ialah kedudukan saksi di dalam kehakiman mewajibkan daripada orang-orang islam yang memenuhi syarat peribadi tertentu.Di samping itu dikatakan juga hukuman had zina mustahil dilaksanakan jika salah seorang diantara sepasang penzina itu adalah dari kalangan bukan islam samada lelaki ataupun perempuan.

Sebenarnya tidakkah ulama’ pernah menganggap bahawa suasana darurat itu sebagai jalan keluar untuk kita beramal dengan sesuatu kaedah am atau hukuman yang mansus?di atas konsep inilah lahirnya saranan daripada tokoh-tokoh mazhab Hanbali yang membolehkan kehakiman islam menerima kesaksian orang-orang bukan islam di dalam kes yang berlaku di antara orang-orang islam atau di antara orang-orang islam dan bukan islam yang tidak ada langsung saksi-saksi yang beragama islam.Pendapat ini selaras dengan salah satu pendapat Mazhab Hanafi.Tentang jika pasangan zina terdiri dari bukan islam,setakat ini belum ditemui ada ulama’ yang menyatakan si bukan islam terlepas dari hukuman.Jumhur ulama’ menyatakan si bukan islam akan dikenakan hukuman had zina,tetapi bukanlah hokum rejam.Jika ia berzina dengan kerelaan perempuan islam sendiri,maka dia boleh dikenakan hukuman ta’zir oleh kehakiman islam.

Pada pengamatan kami,jelas bahawa polemic bukan islam dikenakan hokum islam adalah merupaka salah satu ancaman utama untuk melaksanakan hokum islam di negara ini.Hal ini kerana desakan politik kaum bukan islam amat kuat berbanding desakan orang Melayu sendiri.Desakan mereka yang terdiri daripada parti politik memerintah dan pembangkang telah berjaya menyebabkan hokum islam tertangguh pelaksanaannya.Alasan bahawa masyarakat majmuk untuk tidak melaksanakan hokum islam adalah suatu sikap yang terlalu pesimis seperti ucapan mantan Perdan Menteri di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994,"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".Juga ucapan pemimpin sama "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam." di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)Alasan lain ialah Dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama seperti Malaysia tentulah sukar hendak melaksanakan hudud. Di Arab Saudi bolehlah dilaksanakannya sepenuhnya kerana ia hanya mempunyai penduduk 100% Arab beragama Islam. Tidak semua negara Islam yang penduduknya majoriti Islam melaksanakan hukum hudud tersebut

Sebenarnya,Terdapat perbezaan di antara menerima undang-undang Islam sebagai undang-undang negara dengan menerima Islam sebagai agama (Deen). Oleh yang demikian menjadikan undang-undang Islam sebagai undang-undang dasar negara tidak bererti memaksa orang yang bukan Islam menganut Islam dan meninggalkan agama asalnya.Tidak timbul isu bukan islam dipaksa menerima hokum islam kerana hukum islam untuk orang islam sahaja.Kalau kita lihat sirah nabawiah dahulu,Undang-undang Islam juga telah dilaksanakan di Madinah pada zaman Rasulullah (s.a.w) sedangkan Orang Yahud hampir separuh daripada penduduk Madinah.Sedangkan Islam adalah rujukan utama di Madinah dan Madinah pada masa itu lebih majmuk daripada Malaysia yang mana penduduk Madinah pada peringkat awal terdiri sekitar 4000 penduduk pelbagai kaum dan pelbagai kabilah manakala umat Islam pada ketika itu hanya sekitar 1000 orang sahaja.Di zaman Nabi Muhammad s.a.w. terdapat tidak kurang dari 360 suku kaum. Ini tidak menghalang baginda dari memberikan da’wah kepada kaum Musyirikin pada masa itu malahan baginda telah berjaya menyatu padukan semua kaum tersebut dibawah panji Islam melalui Sahifah Madinah. Hal ini kerana Jaminan hak asasi melalui perlembagaan Perlembagaan Madinah yang disifatkan oleh Professor Hamidullah sebagai "The First Written Constitution In The World" ke atas orang-orang Yahudi bukanlah lahir dari tekanan politik atau untuk merebut kuasa, tetapi lahir dari tuntutan syariyah Islam.Jelaslah bahawa isu Malaysia sebagai negara majmuk adalah tidak terpakai dan dihujahkan sekali lagi,kaum bukan islam tidak terlibat langsung dalam isu hukum islam ini.

6. Alasan bahawa tahap keimanan masyarakat yang memerlukan pendekatan dakwah dahulu dan melaksanakanhukum islam secara beransur-ansur.
Alasan ini digunakan secara meluas.Betullah kata ulama’ terkenal Dr Said Ramadhan Al Bouty yang menyatakan,’’Ketika mana anda hendak menetapkan sesuatu undang-undang Islam dan hukum-hukum tertentu, ianya perlu dilihat dalam skop yang lebih luas. Kita perlu menilai siapa golongan yang bakal kita berhadapan ketika perlaksanaan ini diwujudkan. Di sana akan ada golongan yang menentang dan ada golongan yang boleh menerima dengan baik.’’.Beliau turut mendesak bahawa perlu mengkaji dengan lebih mendalam apakah kesan perlaksanaan hukuman itu .Memang berul tetapi bagi pandangan kami,rakyat islam di Malaysia sebenarnya sudah tahu akan hokum ini.Mereka ada yang pernah mendengar pelaksanaan hokum islam de negeri jiran,Acheh ataupun pernah berada dalam pengawasan hokum islam semasa menunaikan haji di negara Arab Saudi.Alasan perlunya pendidikan dan dakwah adalah alas an yang tidak relevan. Malahan hujah pemeringkatan perlaksanaan hukum tidak boleh menjadi alasan menentang perlaksanaan hudud. Justeru, pemeringkatan itu adalah tergolong dalam Ilmu Tarikh Tasyrià yang menghuraikan sejarah bagaimana sesuatu hukum Allah itu diwajibkan dalam peringkat awal. Ia tidak bermakna bahawa kita harus sorot semula ke belakang menurut kronologi penurunan hukum dan mengganggap seolah-olah hukum itu belum turun lagi. Jika ini menjadi kaedah. akan terongkailah ajaran pengharaman arak, kewajiban sembahyang dan lain-lain ajaran Islam.
Alasan hukum hudud hanya boleh dilaksanakan dalam masyarakat yang ideal dan lengkap serba serbi prasarananya sehingga semua orang mengetahui dan menerima adalah suatu dalih golongan yang tidak pernah memberi laluan ke arah situasi itu. Sementelahan pula gambaran ideal itu amat sukar tercapai dalam realiti. Lebih jauh ini bukan suatu dalil yang absah untuk menghalang perlaksanaan syariat.Maka,alas an kurangnya pendidikan tentang ajaran islam wajar ditolak dan tidak terpakai ke atas rakyat Malaysia beragama islam yang mana sumber ilmu boleh diperolehi bila-bila masa sahaja.
Kesimpulan

Secara konklusinya,Undang-undang hudud Terengganu dan Kelantan adalah satu Rang Undang-undang yang tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah tetapi hanya bercanggah dengan perlembagaan manusia,iaitu Perlembagaan Persekutuan.Walaupun Rang Undang-undang hudud terbukti kesan pelaksanaan mendatangkan kebaikan ukhrawi dan duniawi,tetapi ia tidak boleh diwartakan atas pelbagai faktor seperti politik,perlembagaan dan juga komposisi masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Sekiranya dianalisis,kebanyakkan masyarakat kabur dengan undang-undang islam terutamanya masyarakat bukan islam kerana atas gerakan saraf dan juga propaganda pihak-pihak berkepentingan.Setelah diperhalusi berdasarkan dalil-dalil yang relevan,kami menemui satu titik pertemuan bahawa bukan islam tidak sama sekali dikenakan hukum islam.Ia hanya dikenakan apabila mereka meminta untuk berhukumkan hukum tersebut.Bagi kami,hujah itu menjadi penamat atas segala kegusaran dan ketakutan masyarakat bukan islam di negara ini.

Oleh itu,pelaksanaan hukum islam di negara berbilang kaum adalah boleh dilaksanakan dan bukan omongan kosong.Hanya masa dan situasi politik yang akan menentukan sama ada undang-ujndang islam diwartakan di dalam perlembagaan kita.Seterusnya,melalui kertas kerja ini,kami juga melihat isu undang-undang hudud di Terengganu dan Kelantan merupakan isu politik dan bukannya isu tuntutan agama seperti isu murtad dan perkara 121(1A) yang menyebabkan orang islam berdemontrasi dan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.Sebenarnya,kami melihat isu politik menjadi penghalang utama kepada pelaksanaan hukum islam di bumi Malaysia ini,Sekiranya semua parti politik bergabung untuk melaksanakan hukum islam.sudah tentu hukum Allah s.w.t ini akan dijalankan di negara ini. Akhir kalam,berdasarkan kronologi pelaksanaan Rang Undang-undang hudud di Kelantan dan Terengganu,jelas bahawa pencetus atau pencorak hukum islam dikedua-dua negeri ’Melayu islam’ ini jelas dipengaruhi oleh perubahan parti politik yang condong kearah islam.Di sana,jelas bahawa perubahan pilihan rakyat telah menyebabkan hak-hak orang islam untuk berhukum islam telah dikembalikan.Persoalannya,apakah yang kita sebagai penganut islam,takut dengan pelaksanaan diri kita menjadi mangsa pertama pelaksanaanya? Adakah takut dikatakan kolot kerana Islam sudah tua?Atau takut kehilangan pengaruh kerana kita seorang tokoh politik?Atau kerana tidak yakin tentang kemampuannya dapat menyelesaikan masalah ummah? Perlaksanaan hukum hudud adalah suatu kewajipan agama yang telah diturunkan 15 kurun yang silam. Baginda Rasulullah dalam situasi prasarana kehidupan serba kekurangan, baik tempat tinggal, makanan, pakaian mahupun kemudahan awam dalam jangka 23 tahun telah berjaya menegakkan sebuah Negara Islam pertama yang melaksanakan hudud. Baginda sendiri sebagai Ketua Negara pernah meletakkan batu di perut kerana tiada makanan, namun tidak pernah menganggap hukum Allah tidak sesuai untuk dilaksanakan.

Akhirnya biarlah kami sudahi tulisan ini dengan kata orang tua-tua : Kalau mahu seribu daya,kalau tidak,maka seribu helah yang dicari.Juga peribahasa arab yang sama maksudnya iaitu ’Jika anda ingin lakukan sesuatu,maka anda akan mencari jalan.Jika anda tidak inginkan sesuatu,maka anda akan cari alasan’.Hingga di sini sahaja yang kami mampu usahakan.Sekian terima kasih.

Bahan rujukan :

Sumber dalil 1. Al-Quran 2. Hadith Muktabar Statut 3. Perlembagaan Persekutuan 4. Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 5. Enakmen Hudud,Qisas dan Takzir Terengganu 2001

Buku-buku 1. Dr Mat Saad Abd. Rahman,Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam,1991,Undang-Undang Jenayah Islam-Jenayah Hudud,Penerbitan UKM 2. Kassim Ahmad,2002,Kontroversi Hukum Hudud-Forum Iqra Berhad 3. Mohammad Hashim Kamali,1995,Punishment in Islamic law ; An enquiry into the Hudud Bill of Kelantan- Ilmiah Publisher Sdn Bhd 4. Mohammad Hashim Kamali,diterjemahkan oleh Norhayati Hj Kaprawi,2003, Hukuman Dalam Undang-Undang Islam-Suatu penilaian terhadap hukum hudud kelantan dan Terengganu- Ilmiah Publisher Sdn Bhd 5. Abdul Halim El-Muhammady.2005,Undang-undang Jenayah dalam islam dan Enakmen Negeri-negeri- Wadah Niaga Sdn Bhd
6. Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid,1987,Ke arah merealisasikan Undang-undang Islam di Malaysia- Penerbitan Universiti Malaya 7. Ahmad Ibrahim, , January 1993. ’Suitability of the Islamic Punishment in Malaysia”, IIUM Law Journal, No 2-Penerbitan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

dipetik sepenuhnya dari:
http://tunhisyamuddin.blogspot.com/2008/10/undang-undang-hudud-kelantan-dan.html

Tips Hilangkan Mengantuk Ketika Memandu

Iktibar: Video Kemalangan di Kelantan
Kata pepatah, "Malang tidak berbau". Kemalangan boleh menimpa sesiapa sahaja terutama di jalanraya. Walaupun segala kejadian yang berlaku adalah takdir dari Yang Kuasa, namun sebagai hamba kita harus juga berdoa supaya dijauhkan diri kita dari bala bencana. Di sini saya kongsikan doa yang boleh kita baca untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu.

Sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk
menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...

"LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."
Maknanya: " DIA ( ALLAH ) TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR"

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah
dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama
Dan sebelum memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat :

"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA'
WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X.

Sabtu, 20 Disember 2008

Mawi dan Ikin dah berkahwin

20/12/2008 12:23pm

JOHOR BAHRU 20 Dis. - Penyanyi Mawi atau Asmawi Ani, 27, dan Ekin atau Nora’ashikin Rahmat, 29, selamat melangsungkan pernikahan mereka di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini.

Dengan hanya sekali lafaz, Mawi yang mula dikenali selepas bergelar juara program popular, Akademi Fantasia (AF3) itu, sah menjadi suami kepada pelakon tersebut.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru, Mahad Mohd. Said, pada pukul 11.40 pagi. - Utusan

Motivasi Diri: Kisah Budak Penjaja Kuih

Hari-hari itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke
K. Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan
lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir
pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki -
berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera
menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak
apalah dik... abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih
kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri
pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak,
dia berlalu begitu saja.

"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa
menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi
ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di
meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... "
Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek
budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke
premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum
dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun
orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga
makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu
saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka
pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya
menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia
menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih
kurang
12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya
untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali
sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul
dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian
di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not
merah RM10. Saya hulurkan padanya.

" Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya
berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima
kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya
gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah
terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10
pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua
matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-
kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik
berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata
saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat
tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah
kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu
saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak,
mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya,
saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.
Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam
bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah
saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan
satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia
mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam
perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya
statusnya. Anak yatim kah??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? ? Terus terang saya
katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi
kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya
satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn
saya, siapa kita sebenarnya!! ! ---

AGAKNYALAHKAN... KALAU KANAK-KANAK TU ADALAH KITA, ADAKAH KITA AKAN LAKUKAN PERKARA YANG SAMA?

Jumaat, 19 Disember 2008

Perkahwinan: Serasi Atau Saling Melengkapi?


Saya terbaca artikel ini sewaktu melilau dalam internet.Artikel ni saya rasa amat berguna kepada semua.Layankan..

Perkahwinan: Serasi Atau Saling Melengkapi?

ALLAH s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki ) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan…” (Ar-Rum: 21)

Perkahwinan merupakan suatu konsep perhubungan antara lelaki dan perempuan yang mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Perkahwinan dikatakan mampu mengelakkan seseorang daripada melakukan perbuatan maksiat, khususnya zina kerana tuntutan syahwat dapat disalurkan melalui cara yang halal.

Perkahwinan juga menjanjikan ketenteraman dan kedamaian jiwa serta perasaan. Hidup sebagai suami isteri dalam sebuah rumah tangga yang aman bahagia dapat memberi kedamaian pada jiwa kerana sentiasa mendapat berkat daripada Allah s.w.t.

Selain itu, perkahwinan bakal melahirkan manusia yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah Allah yang mesti ditunaikan oleh seorang wanita dan juga lelaki.

Perkahwinan dari aspek agama Islam amat luas dan lengkap. Ia mencakupi hal yang berkaitan ibadah dan sunnah. Selain melaksanakan tuntutan fitrah manusia, pasangan yang berkahwin juga akan menjalani hidup yang lebih teratur dan beradab dengan adanya konsep perkahwinan.

Namun, sejauh mana konsep perkahwinan difahami oleh pasangan suami isteri kalaupun bukan dari aspek tuntutan agama.

Dalam tempoh lima tahun antara 1999 hingga 2004 kadar perceraian pasangan Islam nyata jauh lebih tinggi dari bukan Islam di negara ini. Mengikut statistik yang disebut oleh Ketua Wanita MCA Datuk Dr Ng Yen Yen seramai 69,000 pasangan Islam bercerai dalam tempoh itu manakala bukan Islam sebanyak 13,000 kes.

Pada tahun 2005 sahaja seramai 16,500 pasangan Islam yang bercerai berbanding dengan penceraian di kalangan pasangan bukan Islam yang mencatat sejumlah 3,000 pasangan yang bercerai.

Jumlah yang disebutkan di atas menuntut setiap pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga, memahami konsep perkahwinan, pengisian dan hal-hal lain yang membolehkan perkahwinan itu kekal selamanya.

Mengapa pasangan Islam paling ramai berhadapan dengan situasi pernceraian? Persoalan ini menuntut jawapan yang sudah pasti berkait rapat dengan tanggungjawab dan fitrah perkahwinan itu sendiri yang terkandung di dalam al-Quran.

Sudah pasti juga jawapan yang diberi ialah memahami konsep perkahwinan dalam Islam yang mendamba tanggungjawab kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri. Tanggungjawab yang dimainkan harus disulami dengan keimanan dan ketakwaan serta yang paling utama keredhaan daripada Allah s.w.t.

Ada pasangan yang berkahwin mendakwa mereka mahu hidup bersama kerana antara mereka mempunyai persefahaman, kesamaan dan keserasian yang tinggi. Mereka yakin, dengan ‘kebersamaan’ itu, mereka akan dapat melayari bahtera perkahwinan dengan baik. Namun, perceraian berlaku juga.

Satu konsep yang dilupakan oleh kebanyakan pasangan sama ada Islam atau bukan Islam ialah perkahwinan merupakan satu keadaan saling melengkapi dan saling perlu memerlukan antara suami dan isteri.

Jika tidak, Allah s.w.t tidak akan menjadikan Siti Hawa daripada tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa kesunyian dan keseorangannya di dalam syurga.Wanita sebagai pasangan kepada lelaki dikatakan tercipta dari tulang rusuk sebelah kiri, dekat di hati agar ia dicintai dan terletak dekat tangan, rasionalnya agar ia dilindungi. Wanita tercipta bukan daripada bahagian ubun-ubun, rasionalnya agar ia tidak menjadi tinggi (hati). Dia juga tidak tercipta dari tulang tumit kaki, agar tidak diinjak-injak (harga dirinya).

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Berilah wasiat yang baik kepada perempuan, sesungguhnya mereka dijadikan daripada tulang-tulang rusuk, dan sesungguhnya yang bengkok daripada tulang rusuk itu ialah bahagian atasnya. Jika engkau meluruskannya pasti engkau memecahkannya (mematahkannya), jika engkau biarkan, ia akan terus bengkok. Oleh itu berilah wasiat yang baik kepada perempuan.” (Riwayat Bukhari)

Mengikut sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

” Wanita seperti tulang rusuk, jika engkau luruskan dengan kekerasan ia akan patah, dan jika engkau berseronok dengannya tanpa memperbaikinya, maka engkau berseronok dalam keadaan ia sentiasa bengkok.”

Dalam anatomi tulang rusuk atau iga (Latin: ‘costae’) adalah tulang panjang yang melengkung dan membentuk rongga rusuk.) Tulang rusuk melindungi dada (Latin: ‘thorax’), paru-paru, jantung, hati dan organ dalam lainnya di rongga dada.

Melalui penerangan itu, jelas menunjukkan antara lelaki dan wanita, suami dan isteri mempunyai peranan masing-masing yang saling melengkapi dan bukannya memfokus kepada keserasian semata dalam perkahwinan.

Suami isteri ibarat pakaian kepada yang lain, saling melengkapi dan menutup kelemahan di antara satu sama lain, mencari kekuatan di dalam diri masing-masing dan menyalakannya ke arah positif. Segala kekurangan dan kelemahan pasangan merupakan kekuatan bersama apabila diambil secara postif dan membina.

Kerana tidak memahami konsep perkahwinan yang saling melengkapi ini jugalah, seringkali penceraian yang berlaku antara pasangan akan disusuli dengan kata-kata ‘tiada keserasian’ atau ‘tiada kesefahaman’ lagi.

Konsep saling melengkapi amat mudah. Seumpama menambah garam ke dalam lauk yang tawar, menambah gula ke dalam air yang tawar. Begitu juga dengan suami isteri. Saling menerima kelemahan masing-masing. Melengkapi kelemahan itu dengan kekuatan yang ada pada diri kita. Setiap manusia tidak sempurna.

Oleh hal yang demikian itulah konsep perkahwinan diadakan untuk menyempurnakan kehidupan seseorang manusia. Perbuatan memandang kelemahan pasangan sebagai sesuatu yang menyusahkan boleh membawa kepada ketidakpuasan hati seterusnya berlaku penceraian.

Oleh sebab itu, setiap pasangan suami isteri harus membetulkan niat perkahwinan mereka, seterusnya menanam dalam diri bahawa perkahwinan bukan suatu medium yang hanya bertujuan untuk memberi bahagia semata, tetapi juga perkahwinan menjadi titik tolak untuk kita mempelajari sesuatu serta melengkapkan lagi hidup seseorang di dunia. Renung kata-kata ini:

Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,
Jika diri tidak seindah Sulaiman,
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf,
Jika kasih tidak setulus Zulaikha,
Tidak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim,
Jika tidak sekuat Sarah,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah,
Jika diri tidak sesempurna Rasulullah s.a.w.

sumber:laman web YADIM

Shah Rukh Khan dengan Datuknya!

Patutnye kasi dekat orang yang pilih lokasi pengambaran tu.Bukan kasi kat SRK.

Politik Kotor di Malaysia

Terpulang kepada korang semua untuk menilai.Mungkin ada benarnya apa yang dilaporkan dan mungkin juga laporan ini mengandungi agendanya yang tersendiri.
Bak kata Nabil..lu piki la sendiri!

Khamis, 18 Disember 2008

Blog Maimum Yusuf (Tok Mun) Calon Bebas Pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu

Aku takde pun niat nak tolong promo nenek ni untuk korang.
Apa yang aku buat just nak share ngan korang pasal nenek ni.
Korang Layan jelah..

Kenyataan Tok Mun yang bercanggah sebelum ini.Mana satu nak pakai?
Kenyataan 1
Kenyataan 2

Apa pun, ni dia

Blog TokMun yang terhangat!

Inilah wajah-wajah pembunuh dalam rompakan di Petronas di Ipoh baru-baru ini.

Ramakan CCTV rompakan yang dilakukan oleh 3 penjenayah sebelum mereka merompak stesen minyak Petronas.Dalam rompakan itu, mereka telah membunuh seorang pekerja yang dikenali dengan panggilan "ustaz".

Petikan akhbar berkenaan kejadian dilampirkan di bawah ini.

Ipoh : Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang pekerja sambilan sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar di sini, 11 November lalu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh, N. Ganeson, 22, dari Rumah Murah, Jelapang; M. Tayalan, 32, dari Kampung Razak, Jalan Kuala Kangsar dan K. Nanda Kumar, 22, dari Kampung Baru, Jelapang bersama seorang lagi lelaki yang masih bebas dituduh membunuh Mohd. Khairuddin Mohamed Isa, 42, di Lot 191515, Stesen Minyak Petronas Gunung Lang di sini pukul 6.58 pagi.

Semasa pertuduhan dibacakan oleh pegawai pendakwa, Sarimah Mohd. Saidin kelihatan ketiga-tiga tertuduh hanya menundukkan kepala namun tiada sebarang pengakuan dicatatkan daripada kesemua mereka.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ganeson dan Tayalan masing-masing diwakili peguam T. Shan dan Ranjit Singh manakala Nanda Kumar tidak diwakili peguam.

Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah menetapkan 13 Januari depan sebagai hari sebutan semula kes.

Dalam kejadian itu, Mohd. Khairuddin atau lebih dikenali sebagai 'ustaz' oleh rakan setugasnya sedang bersiap meninggalkan stesen minyak tersebut selepas hampir tamat waktu bekerja pada pukul 7 pagi.

Tindakan mangsa yang cuba menghalang perompak terbabit daripada mengambil wang di kaunter stesen minyak itu mengundang padah selepas salah seorang daripada mereka bertindak menetak tengkuk dan tangan kanan mangsa.

Keempat-empat perompak itu kemudian melarikan diri menaiki sebuah kereta bersama wang RM1,000 yang disamun mereka. - Kosmo

Isnin, 15 Disember 2008

Bush kena baling kasut.Kalo kena memang best ni!

Lawatan terakhir Bush di Iraq pasti membawa kenangan manis untuknya.

Bush dan Tahi Burung 1

Bukan manusia je benci mamat ni, burung pun menyampah ngan dia sampai sanggup berak kat atas dia ni.

Guna jin ke haper?

pelik juga magic dia ni.macam pake jin plak!

Jawapan Cakra Alam Isu Kantoi

Korang dengar n nilai sendiri.aku dh malas nak komen.

Jumaat, 12 Disember 2008

Setiakawan seekor anjing!



Seekor anjing dirakam oleh cctv sedang menggadai nyawa mengalihkan "jenazah" rakannya yang mati akibat dilanggar kenderaan di sebuah jalan raya.

25 sebab suami ‘mental’!

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. “Hubby I tu kan kan ..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla”

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. “Hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer..ok tak”

3. Terlalu suka mengemas rumah/mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “Kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu..”

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak “Bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya…dah mengkal merah dah”

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok. ie “Eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan…”

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. “Bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam, gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list….boleh singgah tak mana mana ..pleaze “

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. “Saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah… kan lain tu”

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “I dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ??”

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. “Screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad…”

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber… .ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”


11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. “Malam nih I jemput Lina dan Anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan”

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang ..”

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie.” sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul ..”

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. “..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. “…nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. “..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih..”

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. “pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih..”

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak tau….bla bla bla bla.”

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. “i dah kata jangan kasi
budak budak tu prepaid, kan sekarang dah …bill bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you”

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. “eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih…GRO universiti mana pulak awak nak nih…”

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. “..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!”

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. “..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor…i dah masak pai daging dan spaghetti kambing ..”

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie.”..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak..”

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah
di malam Jumaat. ie. “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama Susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak kacau dodol…..”

Amalan untuk suami isteri yang sukar hamil.



Amalankan Al Asmaaul Husnaa

ﺍﻟﻤﺼﻮﺮ - Al-Mushawwir

Bagi isteri - Berpuasa 7 hari dari ahad sampai Khamis.Setiap kali sebelum berbuka ambil segelas air dgn membaca “Yaa Mushawwiru” 21 kali.kemudian minum utk berbuka.

Bg suami – sama seperti di atas tp berpuasa 3 hari shj. Kemudian jika mengadakan persetubuhan bacalah Yaa Mushawwiru x 10. insyaallah.

Sblm membaca Asmaaul husna bacalah kalimah ini:

Laa ilaaha illallaahu wahdahuu laa syariika lahu lahul mulku walahul hamdu bi yadihil khair, wa huwa ‘ala kulli syai-in qadiir. Laa ilaaha illaa huwa lahul asmaaul husna

Slps membaca Asmaaul husna baca kalimah di bwh

Subhaana man lahul aasmaul husna was shifaatul ‘ulyaa subhaanahu wata’aala ‘ammaa yaquuludlaalimuuna ‘uluwwan kabiira.

Slps tu berdoa..

Sabtu, 6 Disember 2008

Gambar Bulan Tersenyum (Smiling Face Moon Picture)

Peritiwa ini telah berlaku pada 1 Disember 2008 bermula dari jam 8.00 malam.
Gambar ini diambil oleh seorang rakan forum di Port Dickson.

Kerana SPA dan SALOON, wanita masuk Penjara!


Kebelakangan ini pelbagai peritiwa pelik melanda negara. Terbaru, wanita masuk ke penjara gara-gara spa dan saloon.

petikan akhbar

KAJANG 5 Dis. - Penjara Wanita Kajang hari ini membuka spa dan salun di premis tersebut kepada orang awam bagi membantu mempersiapkan banduan wanita untuk menceburi bidang itu apabila dibebaskan kelak.

Pengarahnya, Penolong Komisioner Penjara, Zainah Pardi berkata, pembukaan spa dan salun itu selaras dengan matlamat program pemulihan oleh jabatan itu iaitu menyediakan banduan wanita dengan pelbagai kemahiran hidup.

''Pada awal tahun ini, spa dan salun ini telah mula beroperasi di dalam penjara wanita dan mendapat sambutan menggalakkan daripada kakitangan penjara.

''Atas permintaan orang ramai, kini kami bawakan program ini keluar dari tembok penjara khusus untuk orang awam yang berminat,'' katanya.

Beliau berucap pada perasmian pembukaan spa dan salun itu oleh Yang Dipertua Puspanita Kebangsaan, Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin.

Menurut beliau, spa dan salun yang beroperasi setiap hari bermula 8 pagi hingga 5 petang itu menjanjikan perkhidmatan berkualiti dengan harga 40 peratus lebih murah berbanding di luar.

Beliau menambah, buat masa ini, ia terbuka kepada pelanggan wanita sahaja kerana pekerjanya terdiri daripada banduan wanita.

Tambahnya, banduan-banduan tersebut telah menjalani kursus terlebih dahulu dan mereka dipilih berdasarkan kriteria seperti mempunyai kes yang ringan, menunjukkan disiplin tinggi serta berkelakuan baik sepanjang tempoh hukuman penjara.

Bagaimanapun, katanya, banduan-banduan wanita yang mengusahakan spa dan salun itu tetap dikawal oleh kakitangan penjara dan orang ramai tidak perlu khuatir tentang keselamatan mereka.

Antara perkhidmatan yang disediakan di penjara itu ialah mandi susu, rempah dan bunga, urutan badan, lulur, sauna serta rawatan muka dan rambut.

Sementara itu, Wan Noorlina berkata, pihaknya menyokong penuh usaha Jabatan Penjara Wanita Kajang membekalkan banduan dengan ilmu-ilmu rohani dan material.

''Saya bangga dengan usaha ini dan berharap masyarakat luar dapat mengikis tanggapan negatif terhadap banduan dan menyokong mereka untuk berubah dan meneruskan kehidupan,'' katanya.

Bengkel spa dan salun tersebut adalah yang pertama dibuka di negara ini dan mungkin pada masa depan penjara wanita yang lain akan turut mengikut langkah sama.

Antara program bengkel lain yang telah beroperasi sebelum ini adalah bengkel jahitan, kerja tangan, memproses bahan makanan, batik, dobi, katering dan kursus untuk akaun amanah.

Hehehe..jangan marah yer!

Skuad Berani Bogel?

Saya seperti malu sendiri apabila mendengar satu pasukan "berani bogel" oleh satu golongan yang mendakwa diri mereka adalah pejuang rakyat .

Memalukan dan sungguh mengaibkan , tambahan mereka rata - rata adalah beragama Islam . Hanya kerana memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat yang didakwa tertindas dan tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri Selangor lalu satu pasukan khas "berani bogel" ditubuhkan dan bila - bila masa akan tampil bogel dikhalayak ramai jika tuntutan mereka tidak di tunai.


Bila - bila pun saya hormat dan respek kepada golongan yang sanggup melakukan apa sahaja demi sebuah perjuangan . Tidak kira apa bentuk perjuangan dan apa pula matlamat yang ingin mereka capai , jika mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja demi mencapainya maka saya kira mereka hebat .

Namun persoalannya terhenti diatas dua nokhtah yang perlu diambil kira kalaupun mahu berkorban demi sebuah perjuangan .

1. Apakah perjuangannya dan bagaimana matlamatnya ?
2. Bagaimana ia bertindak melunasi perjuangannya ?

Sebagai seorang muslim , mukmin yang mujaahid , kedua - dua nokhtah tersebut mestilah positif dan menepati kehendak syara' malah tidak bercanggah dengannya.

Tanpa menilai siapa yang benar dan salah dalam isu ini , dakwaan bahawa mereka memperjuangkan hak rakyat terindas yang dinafikan hak mereka adalah positif dan baik tetapi tidak semestinya kita bebas berbuat apa sahaja untuk mendapatkan hak kita .

Semangat mahu membela rakyat tiada siapa yang pertikai , justeru rakyat berhak mendapat bantuan dan pembelaan pada bila - bila masa apabila mereka dianiaya , tetapi tindakan mahu berbogel dikhalayak ramai adalah suatu yang negatif dan sangat mengaibkan . Malah ia juga tidak boleh dilihat atau dijamin berjaya .

Masih ada saluran yang lebih waras dan siuman untuk bertindak benteras kezaliman dan kekejaman . Berbogel adalah satu kezaliman ke atas diri sendiri yang sepatutnya dipelihara dan dijaga maruah nya. Berbogel pastinya tindakan tidak bertamadun dan mengundang penghinaan ummah ke atas pelakunya .

Saya tidak nampak kehebatan pejuang berani bogel untuk memperjuangkan hak rakyat melainkan apa yang saya nampak ialah satu kelucuan , satu kebodohan dan satu kelucahan melampau .

Kenapa tidak skuad "Berani Mati" ditubuhkan ?

Andai mereka benar - benar nekad dan merasakan mereka berada di pihak yang benar , saya kira mereka lebih dipandang mulia dan hebat jika mereka menubuhkan pasukan "berani mati" demi memperjuangkan hak rakyat yang tertindas .

Berani mati dilihat lebih serius dan ikhlas berkorban demi perjuangan dan rakyat tetapi berani bogel hanya dilihat tidak lebih untuk mencari publisiti murahan malah hina tanpa harga. Sekadar mencuri perhatian kerana siapa jua terserempak dengan orang berbogel , pasti sahaja pandangan teralih ke arahnya lalu beristighfar atau mengeluh mengenang punahnya harga diri anak bangsa .

Lihat sahaja beberapa orang pejuang berani mati yang sanggup mengorbankan darah dan nyawa mereka demi rakyat dan negara , biarpun pihak lawan mengutuk tindakan mereka , tetapi rakyat yang dibela memandang tinggi pengorbanan mereka . Terbaru kita boleh lihat bagaimana kebangkitan rakyat Thailand yang berani mati dalam menghadapi apa jua kemungkinan dengan berkampung di lapangan Terbang bagi mencapai cita - cita perjuangan mereka .

Rata - rata manusia biarpun mereka tidak bersetuju kerana tindakan pejuang berani mati itu menyusahkan orang lain dan mengorbankan mereka yang tidak bersalah , tetapi hati kecil mereka berkata , hebat sungguh rakyat Thailand sehingga sanggup mati demi perjuangan mereka dan mereka nekad sehingga jatuh sebuah kerajaan .

Berbeza dengan pejuang berani bogel , mereka kalaupun benar - benar nekad demi perjuangan mereka membela rakyat , mereka tidak dilihat hebat sebaliknya memalukan malah tidak berkesan kerana orang akan berkata pejuang - pejuang ini gila dan tidak waras serta tiada kemaluan.

Masih banyak aksi dan variasi yang boleh dipilih kalaupun pejuang - pejuang hak rakyat ini kreatif selain mewujudkan pejuang berani bogel .

Sehingga hari ini saya masih tersenyum sendiri , apakah rakyat negara ini mengalami hakisan maruah dan semakin lenyap kemaluannya.

Saya teringat bagaimana Allah swt mencabar orang Yahudi yang menganggap syurga adalah milik mereka sahaja . Hanya perjuangan mereka sahaja yang benar dan mereka sahaja yang berhak memasuki syurga Allah . Lalu Allah cabar , jika benar dakwaan kamu sila dambakan kematian ! nak tengok , agak - agak masuk syurga ke tindak ?

قل إن كانت لكم الدار الأخرة عند الله خالصة من دون الناس فتمنوا الموت إن كنتم صادقين
و لن يتمنوه أبدا بما قدمت أيديهم و الله عليم بالظالمين

Katakanlah Wahai Muhammad saw : Jika kamu hanya merasakan bahawa negeri akhirat ( syurga Allah ) hanya milik kamu semata - mata bukan hak orang lain , maka kamu mintalah kematian ( untuk kamu ) jika sekiranya kamu adalah orang - orang yang benar . Sekali kali mereka tidak ( berani ) mengharapkan kematian selama - lamanya lantaran apa ( dosa ) yang telah mereka lakukan . Sedang Allah swt Maha Mengetahui keadaan orang - orang yang zalim .

Surah al Baqarah . Ayat : 95 - 95

Jika kita yakin perjuangan kita benar sebagaimana para pejuang Islam pasti sahaja kita sanggup mati dan berani mati tetapi kita tidak sanggup berbogel apalagi untuk berani bogel sekalipun perjuangan itu dirasakan benar . Apalagi kalau perjuangan itu entahkan benar entahkan batil .
"

Petikan dari blog http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

macam2tips stats