Mau lebih tips?cari di sini

Isnin, 13 September 2010

GAMBAR: Datuk Patmanaban suspek utama pembunuhan Datuk Susilawati




Pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki amat mengejutkan negara kerana kejadian itu turut menyaksi seorang peguam, Datuk K. Pathmanaban,(Pathmanabhan Nalliannen) 41, yang dikenali ramai di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan.

Peguam dari firma Pathmanalli & Partners beralamat di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di sini telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, Datuk K.Patmanaban itu dipercayai memiliki harta yang luar biasa dan siasatan akan dilakukan secara rapi termasuk menyelidik akaun bank milik peguam itu.

"Kita akan semak akaun Datuk itu dan sedang fikirkan keperluan untuk membekukan asetnya," kata beliau.

Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.

Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati dengan anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta.


Polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya empat kes bunuh berikutan pengakuan empat suspek bahawa mereka pernah terlibat dalam kes-kes terdahulu iaitu bunuh dan membakar mangsa di Ladang Gadong, Morib dekat sini.

sumber

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

macam2tips stats