Mau lebih tips?cari di sini

Khamis, 30 Disember 2010

SIAPA KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT @ PENJAGA GOL @ HERO PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA?


siapa Khairul Fahmi Che Mat...?


Tahniah kepada skuad bolasepak Malaysia kerana berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 dengan menumpaskan juara bertahan, Vietnam tempoh hari.
Kecemerlangan anak buah K. Rajagobal yang secara purata hanya berumur 22 tahun mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia.

Dan yang paling mendapat pujian peminat bola sepak tanah air tak lain tak bukan ialah penjaga kubu terakhir Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Apa yang aku tulis kat bawah ni perlu masuk dalam buku teks sejarah tingkatan 4 yek. kuikui

Apex memulakan karier bola sepaknya dengan agak lancar. Menerima asuhan di Sekolah Sukan Bukit Jalil sebelum menyertai pasukan Harimau Muda pada tahun 2007.

Beliau kemudiannya memilih untuk menyertai pasukan negeri kelahirannya, Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Bagi saingan liga 2008, dia hampir langsung tidak diturunkan untuk pasukan utama kerana jurulatih lebih memilih untuk menggunakan khidmat pemain berpengalaman Halim Napi dan Shahrizan Ismail.

Seringkali aku dan Aime Wong berbual-bual kosong pada rehat separuh masa di stadium

"Agak-agak ko macam mana la kalu keeper utama kita injured ha? Takkan nak bagi kat Apex kot. Dah la pendek, putih, rambut stylo macam Sasaki Makio. Mesti dalam padang kontrol hensem. cannot go nih!"

Musim 2009, nasib Khairul Fahmi masih lagi sama. Tidak mendapat peluang untuk bermain tambahan pula coach B. Sathianathan yang terkenal dengan puch-line 'Malaysian league is no football" membeli pemain baru dan memberi jersi nombor 1 kepada goalkeeper tinggi lampai dan jambu, Syed Adney Syed Hussin (kakak dia Sharifah Sofea hot siot! hoyeah)

Ada terdengar yang desas-desus mengatakan Khairul Fahmi dipancing oleh kelab lain tapi dia menolak, bermain untuk pasukan negeri tumpah darah sendiri lebih baik dan berbaloi, walaupun terpaksa membayar harga mahal untuk menunggu nombor 19 tercatit sebagai kesebelasan utama pasukan.

Seingat aku, Khairul Fahmi hanya terpilih untuk bermain satu perlawanan pada saingan Piala Malaysia 2009, iaitu menentang Kedah. Itupun hanya bermain 45 minit dan perlawanan itu tiada kepentingan langsung kerana Kelantan sudah layak ke pusingan kedua kejohanan.

Di awal musim 2010, jika disebut nama Khairul Fahmi akak cashier Tesco masih lagi menggaru-garu kepala apatah lagi Mek Nah goreng pisang. Kalau sebut nama Apek pun mesti orang masih ingat Apek Senario.

Masa perlawanan Perak dengan Kelantan masa awal musim dulu. Aku dan kengkawan ada je terserempak ngan Apex duk jalan-jalan kat luar stadium Ipoh sebelum wisel start.

"Woih, Apex weh, keeper ke-3. Wat nate apo dio ni duk main alek luar lagi ore nk stat game dah nuh, mesti namo tak masuk list. haha. Gi la amek gamba nga dio nuh" -Amad Safuwe


"Haha. wat gapo amek gamba nga dio. Buke sohor pom"


. . .

Mungkin hanya nasib dan kebetulan, kecederaan yang menimpa Shahrizan Ismail, persaraan Halim Napi, dan ketidak-harapan peminat dengan Syed Adney membuka ruang untuk Khairul Fahmi beraksi.
Beraksi dengan sungguh mengagumkan. fuh!

Walaupun beraksi pada lewat musim, menghabiskan saki baki Liga Super dan beraksi di Piala Malaysia, ternyata kelibatnya mencuri perhatian.
Paling membuka mata peminat bola sepak tempatan ialah ketika perlawanan Kelantan bertemu Selangor yang disiarkan secara langsung di Astro Arena. Serangan bertali arus Selangor berjaya dipatahkan dengan macho sekali!

Kejayaan Kelantan merangkul Piala Malaysia buat pertama kali telah membuka hati K. Rajagobal memberi peluang untuk Khairul Fahmi menyarung jersi Malaysia.

Sekali lagi Khairul Fahmi dikatakan bernasib baik kerana penjaga gol utama iaitu Sharbinee Alawi dan Farizal Malias tidak cergas sepenuhnya untuk menghadapi Piala Asia 2010 di Guangzhou.

Persembahan keseluruhan skuad kebangsaan begitu membanggakan di Guangzhou kerana berjaya meloloskan diri ke pusingan kedua kejohanan walaupun dicabul dengan rakus oleh China+Ben Williams laknatullah.

Kelemahan yang ketara ketika kejohanan ialah di bahagian defend, membuatkan Khairul Fahmi bertungkus lumus menjaga gawang daripada dibolosi.
Khairul Fahmi juga bermasalah dari segi komunikasi kerana kurang bersuara meberi arahan. Mungkin malu kerana beliau agak 'junior' dalam skuad itu.

Piala AFF Suzuki 2010

Sebuah kejohanan terbesar di rantau Asia Tenggara. Sudah sekian lama mengikuti kejohanan ini yang dulu dikenali sebagai Piala Tiger, dari zaman Bertalan Biskei melatih skuad yang terdiri daripada Liew Kit Kong, Nanthakumar, Khalid Jamlus, V. Saravanan dan Amri Yahyah versi superman-suka-dive, sekarang tidak lagi. Namun persembahan skuad Harimau Malaya mula merosot entah di mana silapnya hingga terpaksa menukar coach beberapa kali.

Coach terakhir sebelum Rajagobal ialah Sathianathan. Silap 'Abe Ya' kerana beliau mencampuradukkan team hot prospect juara Pestabola Merdeka dengan pemain senior. Hancur beb. Sebab tu Rajagobal tak pakai pemain senior, pakai Amri je, itu pun nampak koya star.

Magis.
Itulah yang dapat dikatakan kepada skuad Malaysia. Pada kejohanan edisi kali ini, skuad bimbingan Rajagobal yang belum sampai 2 tahun melatih pasukan muda ini menampilkan persembahan yang cukup membanggakan.

Malas aku nak cerita panjang-panjang sebab tournament ni ramai orang ikut sebab sekarang ni zaman facebook dan lepak mamak kan


"While Vietnam had the majority of possession and had the best of the chances throughout the 90 minutes, Malaysian goalkeeper Khairul Fahmi was equal to the task when called upon at the My Dinh Stadium..." - Henrique Callisto, Vietnam Coach


Ketangkasan Khairul Fahmi menjaga gawang Malaysia mendapat pujian bertubi-tubi oleh seluruh penduduk Tanah Melayu. Sampai lani, kalu bukak profile facebook page beliau, selang satu jam aje mesti wall tu berubah wajah dengan komen-komen terbaru. Perghhh!
Harap-harap pujian betubi-tubi begini tidak merosakkan karier beliau.

Aku sebagai penyokong Kelantan yang dulu hanya duk tengok Apex main 'passing ayam' masa rehat half time, dulu pernah Cristiano Ronasrul nampak dia duk jual burger kat Pengkalan Chepa, kini merasa bangga dapat melihat beliau kini di persada dunia

Tahniah Khairul Fahmi. Tunjukkan semangat Malaysia Boleh kepada mereka-mereka yang mengutuk. Berjuanglah demi bendera yang tersemat megah di dada mu. hoyeah!!

Kredit juga kepada coach K. Rajagobal. Kesian aku tengok muka dia tiap-tiap match, muka takut-takut gitu. Chill la uncle, kalu FAM sack uncle dalam masa 3,4 tahun ni kitorang bakar itu wisma. haha

p/s: Konsert Rock The World 10 dan Final Piala Suzuki kena pada hari, waktu, dan tempat yang sama. So apa citer brader-brader sekalian?? nak pergi mana?? Puak mana yang lebih rock kental ni??

http://rockcintan.blogspot.com/2010/12/siapa-khairul-fahmi-che-mat.html

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

macam2tips stats