Mau lebih tips?cari di sini

Jumaat, 30 Januari 2009

Keseronokan Bekerja

Salams,
Bekerja mencari rezeki merupakan tuntutan dalam Islam.Sebagai ketua keluarga, seorang lelaki mesti bekerja untuk memenuhi keperluan nafkah keluarganya.Bagi orang perempuan pula, bekerja kadang-kadang menjadi suatu keperluan bagi menampung pendapatan para suami.
Namun,bekerja sering kali membuatkan sesorang itu tertekan dan stress. Kebiasaannya, stress disebabkan oleh tiadanya perasaan seronok untuk menjalankan sesuatu pekerjaan itu atau dengan kata lain, merasa terpaksa untuk melakukan sesuatu pekerjaan.Bagi yang menyukai sesuatu pekerjaan yang dilakukan, sudah tentu sesorang itu tidak stress atau tekanan malah dia akan gembira melakukakannya.
Persoalannya ialah adakah keseronokan bekerja boleh diperolehi?Jika boleh, bagaimana ianya dapat diperolehi?

Beberapa tips ini diharap dapat memberikan keseronokan sewaktu bekerja:

1.Sentiasa berdoa agar diberikan keseronokan untuk bekerja.
2.Memulakan keseronokan dalam diri.Jangan mengharapkan keseronokan dimulai oleh orang lain.Tangkis segala perasaan iri hati,cemburu, sakit hati dan sebagainya.Cuba ceriakan orang di sekitar kita.
3.Sentiasa memaafkan semua orang sebelum tidur.(Stress di tempat kerja kadang2 timbul disebabkan oleh perasaan tidak puas hati dengan rakan sekerja,bos atau sesiapa sahaja di tempat kerja)
4.Ubah rutin harian.Cuba ubah rutin harian anda menjadi lebih menarik.

Itu sedikit maklumat yang saya dapat kongsikan dengan anda.saya sedang mencubanya,anda bagaimana?

Ahad, 25 Januari 2009

Kepala Babi Dalam Surau APIUM Universiti Malaya

Penghinaan yang amat nyata terhadap ISLAM.
Siapakah IBLIS yang meletakkan najis di dalam surau APIUM UM?
Jika kau berseteru dengan PAS, janganlah ISLAM kau hina!
Nantikanlah azab Allah kepadamu wahai IBLIS!


Sejarah Kedajalan Yahudi di Palestine

Jumaat, 9 Januari 2009

Boikot Barangan Israel dan Amerika


Kanak-kanak ini adalah mangsa pembunuhan kejam Rejim Yahudi yang disokong penuh oleh Amerika LaknatulLah

Boikot-boikot-boikot!!!

Kemuncak keganasan di Asia Barat sudah sampai ke tahapnya. Ratusan hingga ribuan rakyat Palestine mati akibat kebiadaban,prejudis dan penindasan oleh pihak Israel tetapi sehingga sekarang tiada langsung usaha diambil oleh badan-badan dunia untuk menghentikannya. Dimanakah mereka?...membutakan mata dan memekakkan telinga serta hanya duduk goyangkan kaki? Adakah kalian akan duduk diam dan tidak melakukan sesuatu untuk menghentikannya? Cara yang mudah dan berkesan untuk menghentikannya segala aktiviti mereka yang berbentuk kebiadapan/keganasan yang boleh membawa kepada malapetaka dan masyarakat Arab di asia barat. Sikap tegas kita untuk memboikot atau meminimakan barangan serta perkhidmatan keluaran Amerka/Israel menunjukkan suatu pembelaan kita terhadap rakyat palestine yang masih lagi ditindas,dipijak dan diperhambakan tanpa ada sebarang hak olek pihak Tel Aviv.JANGAN EDAR!,JANGAN BELI!,JANGAN GUNA!,JANGAN MAKAN!,JANGAN IMPORT!,JANGAN PROMOSI!,JANGAN PAKAI!........ini kerana Amerika dan Israel adalah satu perkara yang sama!!.

Berikut adalah sebahagian barangan dan perkhidmatan Amerika yang perlu diboikot atau diminimakan penggunaanya,carilah alternatif selainnya.

1.Pakaian(Jeans Levi’s,Lee Cooper, Wrangler,GA Blue,GAP, Bodyglove)

2.Kasut(Dr.Cardin, Lee Cooper, Nike, Puma, Camel)

3.Perhiasan(Jamtangan GAP, Talipinggan GAP)

4.Makanan Ringan( KFC,MC’Donalds,A&W,Pizza Hut,Shakey Pizza, Kenny Roger,)

5.Perkhidmatan Insuran( American Insurance Allieance/AIA

6.Bank(citibank)

7.Permainan(Monopoly,Lego,Barbie,kesemua barangan Mattel)

8.Filem,Cereka dan Sitcom terbitan America

9.Majalah-majalah komik US

10.Kosmetik(maybeline,Calvin Klein)

11.Rokok(Marlboro,Lucky Strike dan semua barangan keluaran Philip Morris)

12.Buah-buahan(Apple amercia,Sunkist,California Grape)

13.Minuman(Cola-Cola,Pepsi,Sprite dan A&W rootbeer)

14.Sarapan Pagi(Kellogg’s CornFlake)

15.Minyak Masak keluaran Amerika

16. Coklat dan Aiskrim(Aiskrim Baskin Robins,Herseyes)

17. Alat-alat senaman buatan Amerika

18.Barangan kulit buatan Amerika

19.Biskut(Nabisco,Quaker Oats)

20.Toileteries contoh Amway(sabun,ubat gig,syampu..)

21.Pengilang kenderaan dari Amerika

22.Bateri(Energizer,Eveready)

23.Petrol (Shell,Esso,Mobil)

24.Barangan Elektrik(GEC)

25.Makanan Kesihatan

Ingatlah walau sebesar zarah sekalipun tindakan anda untuk memboikot atau meminimizekan penggunaan barangan dan perkhidmatan Amerika ianya tetap suatu sumbagan dari anda.

Info dari : Diolah dari Sekretariat Kempen Boikot Amerika

Selasa, 6 Januari 2009

Tips dan Cara Mendidik Anak


Anak merupakan anugerah dan amanah. Apabila ia menjadi amanah maka ia perlu diurus dengan sebaiknya kerana jika kita gagal mengurus amanah dengan baik bererti kita telah melakukan sesuatu yang salah di sisi agama kita. Menjaga amanah juga boleh dijadikan kayu pengukur samaada sesorang muslim itu baik atau munafik.Ini kerana, antara ciri orang-orang munafik ialah apabila diberikan amanah, dia mengkhianati (gagal melaksanakan amanah).

Hari ini, memandangkan baru bermulanya sesi persekolah, saya akan berkongsi dengan anda salah satu dari tips mendidik anak menurut Dato' Dr. Hassan Ali.

TIPS 9 : MERAIKAN ANAK-ANAK KETIKA MEREKA PERGI DAN PULANG DARI SEKOLAH


Kerap terjadi di kalangan ibu bapa yang gagal memberi didikan dan tumpuan terhadap anak-anak yang bersekolah, terutamanya ketika mereka pergi ke sekolah atau pulang dari sekolah. Ibu bapa tidak meraikan anak-anak mereka ketika pergi dan pulang dari sekolah. Ini berpunca dari kesibukan mereka dalam menjalani tugas ataupun sememangnya mereka malas dan menganggap kerja-kerja seperti ini satu perkara yang kecil dan remeh.

Ibu bapa seharusnya menyedari kecuaian mereka meraikan anak-anak semasa pergi dan pulang dari sekolah. Sekiranya anak-anak dibiarkan pergi dan pulang tanpa ditanya dan diraikan, mereka akan berasa kurang ceria, kurang berminat dan adakalanya anak-anak boleh membohongi ibu bapa dengan mudah, bahkan kadang-kadang ibu bapa tidak tahu apa yang anak-anak mereka lakukan. Bagi anak-anak pra sekolah, lebih-lebih lagi yang baru masuk sekolah atau setahun bersekolah, tentulah anak-anak ini masih ada lagi perasaan takut untuk bersekolah. Ketika proses awal persekolahan inilah ibu bapa perlu mengambil perhatian terhadap anak-anak mereka.

Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan melapangkan sedikit masa untuk meraikan pemergian dan kepulangan mereka dari sekolah. Perkara-perkara berikut mungkin boleh dijadikan amalan harian :

*

Mengejutkan mereka dari tidur dengan penuh kasih sayang

*

Menahan sabar terhadap sebarang kerenah mereka pada waktu pagi sebelum pergi ke sekolah.

*

Cuba untuk bersama-sama bersarapan pagi dengan mereka sambil menanyakan kemajuan persekolahan mereka.

*

Sama-sama bergerak ke muka pintu untuk melepaskan mereka pergi sambil bersalam-salaman dan berdakap-dakapan. Suasana berkasih sayang seperti ini amat penting terutama bagi mencairkan kerenah-kerenah negatif yang biasanya ditunjukkan pada waktu pagi. Kalau ada peluang cuba hantar sendiri anak-anak ke sekolah. Dalam perjalanan yang singkat itu banyak bentuk komunikasi yang dapat dilakukan. Banyak proses faham-memahami dapat diusahakan. Jadikan rutin seperti ini sesuatu yang menyeronokkan.

*

Raikan kepulangan mereka. Tanyakan apa yang berlaku di sekolah. Sajikan makanan mereka. Kalau berkelapangan, hadirkan diri sebentar untuk sama-sama menjamah makanan dengan mereka.

* Sering ingatkan mereka tanggung jawab menyembah Allah S.W.T sebelum mereka melakukan perkara-perkara lain

sumber: http://iphira.tripod.com/buletin/ogos/artikel_tips9.htm

Khamis, 1 Januari 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

macam2tips stats