Mau lebih tips?cari di sini

Selasa, 6 Januari 2009

Tips dan Cara Mendidik Anak


Anak merupakan anugerah dan amanah. Apabila ia menjadi amanah maka ia perlu diurus dengan sebaiknya kerana jika kita gagal mengurus amanah dengan baik bererti kita telah melakukan sesuatu yang salah di sisi agama kita. Menjaga amanah juga boleh dijadikan kayu pengukur samaada sesorang muslim itu baik atau munafik.Ini kerana, antara ciri orang-orang munafik ialah apabila diberikan amanah, dia mengkhianati (gagal melaksanakan amanah).

Hari ini, memandangkan baru bermulanya sesi persekolah, saya akan berkongsi dengan anda salah satu dari tips mendidik anak menurut Dato' Dr. Hassan Ali.

TIPS 9 : MERAIKAN ANAK-ANAK KETIKA MEREKA PERGI DAN PULANG DARI SEKOLAH


Kerap terjadi di kalangan ibu bapa yang gagal memberi didikan dan tumpuan terhadap anak-anak yang bersekolah, terutamanya ketika mereka pergi ke sekolah atau pulang dari sekolah. Ibu bapa tidak meraikan anak-anak mereka ketika pergi dan pulang dari sekolah. Ini berpunca dari kesibukan mereka dalam menjalani tugas ataupun sememangnya mereka malas dan menganggap kerja-kerja seperti ini satu perkara yang kecil dan remeh.

Ibu bapa seharusnya menyedari kecuaian mereka meraikan anak-anak semasa pergi dan pulang dari sekolah. Sekiranya anak-anak dibiarkan pergi dan pulang tanpa ditanya dan diraikan, mereka akan berasa kurang ceria, kurang berminat dan adakalanya anak-anak boleh membohongi ibu bapa dengan mudah, bahkan kadang-kadang ibu bapa tidak tahu apa yang anak-anak mereka lakukan. Bagi anak-anak pra sekolah, lebih-lebih lagi yang baru masuk sekolah atau setahun bersekolah, tentulah anak-anak ini masih ada lagi perasaan takut untuk bersekolah. Ketika proses awal persekolahan inilah ibu bapa perlu mengambil perhatian terhadap anak-anak mereka.

Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan melapangkan sedikit masa untuk meraikan pemergian dan kepulangan mereka dari sekolah. Perkara-perkara berikut mungkin boleh dijadikan amalan harian :

*

Mengejutkan mereka dari tidur dengan penuh kasih sayang

*

Menahan sabar terhadap sebarang kerenah mereka pada waktu pagi sebelum pergi ke sekolah.

*

Cuba untuk bersama-sama bersarapan pagi dengan mereka sambil menanyakan kemajuan persekolahan mereka.

*

Sama-sama bergerak ke muka pintu untuk melepaskan mereka pergi sambil bersalam-salaman dan berdakap-dakapan. Suasana berkasih sayang seperti ini amat penting terutama bagi mencairkan kerenah-kerenah negatif yang biasanya ditunjukkan pada waktu pagi. Kalau ada peluang cuba hantar sendiri anak-anak ke sekolah. Dalam perjalanan yang singkat itu banyak bentuk komunikasi yang dapat dilakukan. Banyak proses faham-memahami dapat diusahakan. Jadikan rutin seperti ini sesuatu yang menyeronokkan.

*

Raikan kepulangan mereka. Tanyakan apa yang berlaku di sekolah. Sajikan makanan mereka. Kalau berkelapangan, hadirkan diri sebentar untuk sama-sama menjamah makanan dengan mereka.

* Sering ingatkan mereka tanggung jawab menyembah Allah S.W.T sebelum mereka melakukan perkara-perkara lain

sumber: http://iphira.tripod.com/buletin/ogos/artikel_tips9.htm

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

macam2tips stats