
Baiklah, kita mulakan dengan penjimatan di ruang tamu yang
selalunya kerap kita gunakan samada untuk menonton tv atau membaca
surat khabar atau sambil bersantai bersama-sama keluarga.
1) Suis
Tutup suis elektrik yang tidak digunakan.
2) TV, Pemain VCD/DVD, Video Game, HiFi,
Tutupkan suis peralatan di atas jika tidak
digunakan. Sekiranya dibiarkan pada keadaan
'tunggu sedia', tenaga elektrik masih digunakan.
3) Penghawa Dingin
-Tutup bidai dan langsir bagi menghalang
cahaya matahari masuk ke ruang yang
ingin didinginkan.
-Cuci penapis udara sekerap yang mungkin.
Penapis udara yang kotor menyebabkan
penghawa dingin menggunakan lebih tenaga
elektrik.
-Tetapkan suhu di antara 22C - 26Celcius untuk
keselesaan suhu yang optimum.
-Jangan halang unit luar (compressor) daripada
mendapat kitaran udara yang maksimum.
4) Lampu
-Padam lampu apabila tidak digunakan.
-Sebaik mungkin yang boleh gunakanlah
cahaya semulajadi.
-Gunakanlah mentol 'energy saving'. Ia
bukan sahaja menjimatkan elektrik malah
tahan lebih lama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan