Mau lebih tips?cari di sini

Jumaat, 31 Oktober 2008

Hantu atau Manusia?



Jawapan: Manusia.

Kisahnya:(anda terjemah sendiri)

Omayra Sanchez (the girl pictured) was 12 years old at the time and lived with her parents, her brother and an uncle. However, prior to the tragedy, her mother had traveled to Bogotá on business. Omayra could not escape and was trapped under her own home's concrete plaque and debris.

When rescue teams tried to help her, they realized that her legs were trapped. The only feasible option was to pull her out by breaking and ripping her legs off. Omayra remained strong until the last moment of her life. According to people who were by her side during those moments, the little girl wanted to live, saying her only worry was to go back to school.

The people who were trying to save her life begged the pilots of overflying helicopters to get a pump so the water could have been drained out. After two days a pump was delivered, but unfortunately it did not work properly and finally got stuck because of the mud and debris
.

Senyuman Gadis Pemalu-Anda Pasti Tertawan!

Khamis, 30 Oktober 2008

Tolong Bagitau Saya Siapa Lelaki Berkot Hitam itu?

Anda mengenali lelaki berkot hitam itu?
Apakah jenis air yg dihidangkan didalam botol di atas meja?

Hantu Budak Di Parking Midvalley-Benar atau Palsu?





Sinopsis:

Diceritakan oleh pak guard bahawa ada seorang budak perempuan dari sebuah keluarga Jepun dilanggar oleh kereta yang mengundur dengan lagu. Dia mati berhampiran dengan tiang parking F15.Benar atau Palsu?Terpulang pd anda menilainya.

Rabu, 29 Oktober 2008

Kebaikan Nyamuk Pada Manusia.


Arwah ayah pernah bertanya aku. Waktu itu umur aku dalam lingkungan 10 tahun. Selepas menikmati makan malam. Sambil ayah menggulung rokok daunnya, ayah melontarkan pertanyaan

“ Apa kebaikan nyamuk pada manusia?”..Spoantan pertanyaan yang keluar dari bibir ayah dan..aku terpempam..

Tak terfikir pulak nyamuk akan bagi kebaikan pada manusia. Yang dia bagi penyakit ada la. Denggi la malaria lah…kat mana kebaikannya pon. Memang kepala otak aku tak boleh nak cari kebaikan nyamuk.

‘Ada ke yah’..aku macam tak puas hati. Ayah senyum2 sambil hembus2 asap rokok daun dari bibirnya.

Aku ambil rokok daun ayah, gulung2..dan gigit ke bibir sambil mata pandang tepat ke muka ayah …masih fikir apa la kebaikan nyamuk ni.

‘Cuba fikir..apa kebaikan dia “..ayah seolah2 mencabar aku.

Bibirnya tak henti2 menghembus asap rokok daun.

Aku pandang ayah. Ayah mengemam ngemam pipi, sekali kemam dan menarik nafas dalam dalam. Maka berdesup desuplah asap2 keluar dari bibirnya. Ralit aku perati asap tu.

“Kalah la yah..tatau” aku surrender. Seolah2 pertanyaan ayah macam satu pertandingan. Tak boleh jawab maknanya kalah. Memang tak best betul kalau tak dapat jawab soalan ayah ni.

Aku renung ayah..menunggu jawapan. Ayah masih leka dengan rokok daunnya.

“Cepat la yah..apa jawapan dia.” Aku menjadi tidak sabar tengok ayah relax2 dengan rokok daunnya.

“Tu..kilang2 ubat nyamuk tu..tu antara kebaikan nyamuk pada manusia..kewujudan nyamuk bagi peluang pada manusia utk kerja di kilang ubat nyamuk. Bagi pendapatan pada manusia. Bukan kebaikan tu?” ayah macam menempelak aku balik.

Ye tak ye jugak. Sebab nyamuk yang bawa penyakit ni la, maka kilang2 ubat nyamuk tumbuh merata dan memberi peluang pada manusia mencari rezeki sesuap nasi. Memang aku langsung tak terfikir pasal tu.

Sebab tu kita, jangan hanya nampak yang buruk2 saja pada sesiapapon. Disebalik keburukan itu rupanya terdapat kebaikan yang tiada taranya. Dan belajarlah utk lebih bersikap positive. Tidak rugi apa2 pon.

dari blog blue3076

Moral: Tiada Makhluk yang Allah ciptaan sia-sia

Nak Tiru Kasim Selamat Ker?



Moral: Awasi anak anda terutama di dapur!

Isnin, 27 Oktober 2008

Suami Dayus Hampir Dibelasah Isteri!



Moral:
1.Carilah isteri yang solehah.
2.Sentiasa mendidik isteri agar menjadi isteri solehah.
3.Jangan biarkan anak perempuan anda membuli adik2nye, takut terikut2 perangai buruk tu walaupun dh jd isteri.

Kita Berbeza tetapi Saling Memerlukan..


Lihat perbezaan lelaki dan wanita dalam situasi ini:

MAKAN T/HARI

Lelaki
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii..
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak..
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
34. Bayar.Berdiri masukkan duit baki
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa.Duduk..
40. Alamak.Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh..kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2..tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

Ahad, 26 Oktober 2008

Irfan Khairi dan Jutawannya..


Seluruh Malaysia pasti penah mendengar nama anak muda ini, Dr. Irfan Khairi. Bagi mereka yang masih terpinga-pinga bila disebut nama ini, anda jangan risau.Biar saya beritahu anda.Sungguhpun ada pihak yang mempertikaikan kesahihannya.Namun, bagi saya saya suka sekali akan tips2 yang beliau sering nyatakan di dalam blognya.
Beliau adalah icon kepada Jutawan Internet di Malaysia dengan memperolehi jualan mencecah jutaan ringgit hanya melalui internet pada usia beliau 25 tahun.Sungguhpun ada pihak yang mempertikaikan kesahihannya.Namun, bagi saya saya suka sekali akan tips2 yang beliau sering nyatakan di dalam blognya.
Senang ke nak jadi jutawan hanya dengan buat online bisnes?Jawapannya, kenelah baca ebook beliau.Ebook ini bukan saja menceritakan tentang rahsia kejayaan beliau, malah turut memuatkan beberapa tokoh jutawan di Malaysia. Benar2 berminat untuk membaca ebook beliau?klik di sini

Tips Untuk Para Suami (18SX)

Maaf sekiranya ayat2 yang digunakan di dalam artikel ini mengganggu situasi anda. Artikel ini hanya sebagai info tambahan kepada para suami dalam melayari bahtera rumahtangga.Sesungguhnya, hubungan suami isteri merupakan kunci kebahagian dalam sesebuah rumahtangga.Jangan biarkan isteri kesayangan anda menderita dalam diam.Artikel dipetik dari laman web mesra.net

Teknik Mengawal Pancutan

Teknik ini dibahagikan kepada 2 kaedah utama:
1) Teknik pernafasan
2) Kawalan tenaga dalaman -
i . Kawalan peredaran darah
ii. Kawalan minda

Kaedah-kaedah di atas hendaklah digabungkan ketika menusuk zakar ke dalam faraj. Semasa 2 minit pertama anda menusuk zakar ke dalam faraj merupakan tempoh masa yang paling mudah bagi zakar memancutkan air mani kerana dalam tempoh ini zakar belum begitu serasi dengan dinding faraj. Ini menyebabkan tahap sensitiviti dan kenyiluan pada kepala dan batang zakar begitu tinggi. Ini merupakan punca utama mengapa ramai lelaki terpancut air mani terlalu awal.

Untuk mengatasi tempoh kenyiluan yang tinggi ini, kaedah kawalan minda digunakan untuk mengatasi masalah ini. Dengan kaedah ini, anda perlu menumpukan sepenuh perhatian anda kepada deria rasa di kepala dan batang zakar. Sekiranya terdapat sedikit rasa nyilu pada zakar, dengan cepat anda perlu menarik keluar zakar daripada faraj. Langkah ini perlu untuk menghilangkan rasa nyilu pada zakar.

Selepas menarik keluar zakar daripada faraj, pegang bahagian pangkal zakar dengan menggunakan tangan. Ibu jari hendaklah mencengkam urat di bahagian atas pangkal zakar. Jari telunjuk dan 2 jari lagi mencengkam urat di bahagian bawah pangkal zakar. Semasa kaedah ini dilakukan, tarik nafas dengan panjang, tahan nafas lebih kurang 2 saat dan kemudian hembuskan nafas dengan panjang. Ulang kaedah menarik dan menghembus nafas sebanyak 2 kali sehinga rasa nyilu pada zakar hilang. Semasa anda menarik dan menghembus nafas, pastikan jari anda sentiasa memegang pangkal zakar.

Setelah rasa nyilu hilang, tusukkan lagi zakar ke dalam faraj. Setiap kali tusukan, minda anda hendaklah sentiasa mengawasi deria rasa di kepala dan batang zakar. Jika terdapat rasa nyilu, tarik zakar keluar dengan cepat dan lakukan kaedah mencengkam pangkal zakar dan kaedah penarikan dan penghembusan nafas. Kesemua langkah perlu diulang setiap kali rasa nyilu dirasai pada zakar.

Dengan mengamal kaedah ini, anda dapat mengurangkan rasa nyilu dan menambah ketegangan pada zakar, seterusnya melambatkan ejakulasi daripada berlaku. Penerangan saintifik mengapa anda perlu menarik & menghembus nafas untuk mengurangkan kenyiluan zakar ialah dengan cara menarik nafas, darah-darah yang kurang oksigen akan ditarik keluar daripada zakar ke jantung.

Dengan menghembus nafas pula, darah yang kaya dengan oksigen akan dipam oleh jantung ke tisu-tisu zakar. Ini membolehkan tisu-tisu zakar mengembang dengan baik dan mengekalkan ketegangan seterusnya menghilangkan rasa nyilu. Kaedah mencengkam urat di pangkal zakar pula dapat melambatkan air mani daripada masuk ke dalam uretra (saluran kencing) dan mengelakan air mani daripada terpancut awal.

Untuk mengurangkan lagi rasa nyilu, semasa menarik dan menghembus nafas, anda perlu berada dalam keadaan rileks. Bawa pemikiran anda ke satu tempat lain selain daripada seks, seperti bayangkan anda sedang berjogging atau bermain bola. Dengan mengalih pemikiran ini, anda dapat mengurangkan rasa nyilu pada zakar.

Setelah anda menusuk zakar ke dalam faraj lebih daripada 5 minit, anda dapati zakar anda menjadi lebih serasi dan tahan dengan kemutan dinding faraj. Sekiranya anda berusaha mempelajari dan mengamalkan kesemua kaedah yang diterangkan dengan gigih, anda mampu menahan ejakulasi selama 30 hingga 40 minit dalam masa 2 minggu.

Lagi mahu tips? klik sinik

Sabtu, 18 Oktober 2008

Wajah Sebenar Toyol



BENAR ATAU TIDAK, SAYA TAK DAPAT PASTIKAN.TERPULANG PADA PENILAIAN ANDA.

Batu Kristal Keluar Dari Mata Gadis

Ter"sula"--Tak Berani Jangan Tengok

Segitiga Bermuda


ALKISAH DICERITAKAN BAHAWA..

TERDAPATNYA ISTANA IBLIS DAN SINGGAHSANA C MAKHLUK YG AMAT DILAKNAT NI. DAN SEGALA BENTUK
KERAJAAN YG ADA. TEKNOLOGINYA MELEBIHI BERIBU2 TAUN KEHADAPAN DARIPADA TEKNOLOGI YG DIMILIKI OLEH MANUSIA.
DAN ADA DICERITAKAN JUGA DAJJAL AKAN DATANG KE TEMPAT INI DAHULU.


ORANG BARAT MENGANDAIKAN DIKAWAN INI TERDAPATNYA SATU MEDAN MAGNET YG SANGAT BESAR. DISEBBKAN ITU SEGALA KAPAL
TELAH HILANG APABILA MEMASUKI ZON INI. BNYAK CERITA YG DICERITAKAN,KALAU ADA YG TERLEPAS APABILA MELALUI MEDAN INI,SEKURANG2NYA ORANG TERSEBUT SEWEL ATAUPUN KEMUDIANNYA MATI DISEBBKAN PNYAKIT MISTERI.

KES TERLIBAT:

JURUTERBANG sebuah pesawat kecil yang dalam perjalanan dari Florida ke Kepulauan Bahamas baru saja melaporkan ke Pusat Kawalan Trafik Udara bahawa pesawatnya akan mendaki ke paras 10,000 kaki. Pagi itu cuaca sangat baik, dan lautan yang terbentang luas kelihatan tenang. Si juruterbang dapat melihat kapal-kapal, kecil dan besar, di bawah sana. Melihatkan suasana yang cukup baik, dia begitu yakin dapat melakukan penerbangan dengan lancar, dan membawa penumpang yang bakal diambilnya di Bahamas kelak untuk kembali ke Florida
Tiba-tiba dia terganggu, atau begitulah keadaan yang dianggap oleh pegawai trafik udara yang mengawasi penerbangan pesawat kecil itu. Suara si juruterbang seolah-olah dalam kebingungan. Butiran percakapannya agak sukar difahami, tetapi dapat juga pegawai itu menangkap beberapa perkara seperti “tidak pasti arah penerbangan”, “kabus datang entah dari mana dankawalan pesawat kucar-kacir Selang beberapa ketika, suara juruterbang itu terus sunyi dalam talian. Tompokan pada skrin kawalan trafik yang menandakan kedudukan pesawat kecil itu tiba-tiba hilang

KES 2 : Sebuah kapal pengangkut arang batu sepanjang 522 kaki, USS Cyclops, lesap bersama 309 anak kapal pada tahun 1952. Sebuah kapal lain, Sylvia L. Ossa, sepanjang 590 kaki hilang berdekatan Bermuda pada tahun 1976, bersama 37 orang anak kapal.

KES 3 : kehilangan skuadron pesawat pengebom Amerika Syarikat, dipanggil Flight 19 pada tahun 1945. Skuadron itu telah melakukan penerbangan di kawasan Segitiga Bermuda. Seluruh skuadron tersebut telah lenyap dari imbasan radar, tanpa melaporkan sebarang perkara ganjil kecuali masalah menentukan hala penerbangan, yang mungkin menandakan kerosakan kompas. Sebuah pesawat yang dikerahkan untuk mencari skuadron itu turut hilang, tetapi ia kemudiannya telah ditemui terhempas di laut.



okeh dah baca kes kene r buat kesimpulan lak. berdasarkan buku yg aku baca tu, jin ni mengatakan Alexaander ther great@ Iskandar zulkarnain penrnah tersesat lalu masuk ke kawasan ini. para pengikut beliau ternampak satu istana yg cukup indah bertatahkan kristal. tetapi makhluk yg dijumpai ada bermacam2 jenis yg dilihat. ada yg bertanduk, bemuka hodoh, berekor panjang dan pendek,dan kemudiannya iskandar zulkarnain telah mengarahkan pengikutnya kembali kedalam kapal apabila melihatkan kawasan tersebut bukanla kawasan manusia.

para2 jin pun takut nak datang kat cni..sebbnya kalau datang leh kne hambat.

bnyak kes kapal2 yg hilang ini sebenarnye telah disimpan dalm dasar laut tersebut dan dikawal rapi oleh syaitan2
pengawal yg telah diberikan tanggungjwab oleh iblis.

sumber dari carigold

Jumaat, 17 Oktober 2008

Tali Gantung


Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling
bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan
kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.
Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan
diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90
kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia
diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh
poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada
empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas
Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang
berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.


APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung
dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi
sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka
dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang
bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga
habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah
Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di
mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad
pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan
beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada
hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan
pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman
gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar
dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan
harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata
Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya
yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu
di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan
terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai
RM7.50.


HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman
gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lamo untuk
hukuman dilaksanakan.

'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan
tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi
agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka
lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila
kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang
salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak
tahan lagi menunggu,' katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka
akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang
banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada
hari hukuman.

' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar
sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai
kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan
jenaka,' cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk
pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari
hukuman akan dilaksanakan.


BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan
secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian
5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian
suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar
dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat
kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya
membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian
berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan
akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam
dibiar tergantung.

'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati
jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada
dia, semuanya tak ada masalah.

'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan
letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-
bos saya dulu,' kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada
anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,
lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi
penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan
bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

Khamis, 16 Oktober 2008

Sebagai Seorang Muslim, Apa Ertinya Anda Menganut Islam?

Jika anda ditanya soalan ini oleh seseorang, adakah anda mampu menjawabnya dengan tepat??.Jika tidak, kenapa anda tidak cuba mencari jawapannya?
Saya ingin berkongsikan dengan anda sedikit maklumat yang saya baca dari buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" karangan Dr. Fathi Yakan .(buku ni memang patut dibaca oleh semua Muslimin dan Muslimat)

Secara umum, sebagai seorang muslim kita mestilah:

1. Muslim di sudut akidah
2. Muslim di sudut ibadah
3. Muslim di sudut Akhlak
4. Muslim di sudut Keluarga
5. Mampu Mengawal Diri
6. Yakin Bahawa Masa Depan di Tangan Islam

Penjelasan tentang perkara2 ini agak panjang. Jika anda benar2 ingin mengetahu lebih lanjut Apa Ertinya Anda Menganut Islam, anda bole dapatkannya melalui buku atau ebook bertajuk " Apa Ertinya Saya Menganut Islam".

Bagi anda yang berminat mendapatkan ebook, sila klik di sini.(MUNGKIN INI PEMBELIAN YANG PALING BERMAKNA DALAM HIDUP ANDA)

Harga Minyak Dunia Terkini

Petikan dari Utusan Malaysia

Harga minyak turun ke paras AS$73.20 setong

SINGAPURA 16 Okt. - Harga minyak mentah jatuh lagi hari ini ekoran krisis kredit global dan kebimbangan terhadap permintaan tenaga yang akan berkurang dengan harga pasaran kini jatuh lebih 50 peratus sejak mencatatkan rekod tertinggi Julai lalu.

Kontrak hadapan New York, minyak berkualiti tinggi Light Sweet untuk penghantaran November jatuh AS$1.34 (RM4.69) kepada AS$73.20 (RM256.2) setong.

Ia telah jatuh AS$4.09 (RM14.31) pada penutup dagangan semalam di New York Mercantile Exchange.

Sementara itu, minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran November kurang AS$1.30 (RM4.55) kepada AS$69.50 (RM243.25) setong. - AFP

Rabu, 15 Oktober 2008

Rumah VIP



Rumah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Selasa, 14 Oktober 2008

Wahai lelaki!Berhati-hati Ketika Memilih Pasangan Hidup.(Maaf jika image ini mengganggu emosi anda)

Image yang dipaparkan bukanlah tujuan lucah.Tujuannya adalah untuk renungan bersama.Harap Maklum!





Moral: Jangan mudah terpedaya dengan kecantikan luaran sahaja. Pilihlah yang mempunyai 4 ciri yang disebutkan oleh Rasulullah SAW.

1. Pilih Kerana Agamanya
2. Pilih Kerana Keturunan
3. Pilih Kerana Hartanya
4. Pilih Kerana Kecantikannya

Tips Mendapatkan Susu Yang Tidak Mengandungi Melamine

Bimbang susu yang anda beli mempunyai kandungan bahan kimie melamine?
Jangan bimbang, kami ada cara...



Berani?Cubalah...

Melamine tu aper?



Dunia hari ini sedang hangat dengan isu bahan kimia melamine dalam susu formula. Sungguhpun insiden ini berlaku di negara China , namum bahangnya amat dirasai di seluruh dunia. Ini kerana, produk dari negara China kini menguasai hampir keseluruhan dunia.Tau ke melamine tu amende?

Melamine
Melamina (bahasa Inggeris: Melamine) adalah sebatian bes organik dengan satu sianamida trimer dengan satu tulang belakang 1,3,5-triazina. Formula kimianya adalah C3H6N6, dan ia memiliki nama IUPAC 1,3,5-triazina-2,4,6-triamina. Ia hanya sedikit larut dalam air.

Ahli sains Jerman, Justus von Liebig, merupakan orang pertama yang mensintesis satu sebatian pada tahun 1830an dan memanggilnya melamina. Minat komersial dan sintesis sebatian ini bermula pada tahun 1937. Kini melamina merupakan bahan penting dalam pengeluaran produk thermoset sintetik di seluruh dunia.

Melamine bergabung dengan acid sianurik untuk membentuk melamina sianurat, yang telah mengimplikasikan di dalam Keracunan eksport protein China.

Kegunaan
Melamina digunakan dengan formaldehida untuk membuat resin melamina, plastik thermoset yang tahan, dan busa melamina iaitu satu bahan pembersih polimer. Produk akhir termasuk kain, gam, dan pinggan mangkuk. Melamina adalah komponen utama dalam Pigmen Kuning 150, iaitu pewarna dalam dakwat dan plastik.

Melamina juga digunakan sebagai baja tanaman kerana kandungan nitrogennya yang tinggi (lebih kurang 66.5% atau dua pertiga).

Kesan
Melamina adalah bahan yang tidak dibenarkan di dalam semua makanan. Penambahan melamina dalam makanan adalah menyalahi undang-undang Malaysia di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Kesan melamina secara langsung mengakibatkan iritasi apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata. Pengambilan melamina melalui makanan juga boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem pembiakan dan pembentukkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing. Ini boleh mengakibatkan kegagalan ginjal terutamanya kepada bayi.
(sumber dari wikipedia)

sila klik di sini untuk mengetahui produk-produk di Malaysia yang mengandungi kandungan melamine merbahaya.

Isnin, 13 Oktober 2008

Rahsia Cara Mudah Untuk Mendapatkan Modal


Perniagaan boleh kita mulakan dengan berapa pun modal yang kita ada. Malah adalah lebih superb jika seseorang itu mampu memulakan perniagaan dengan bermodalkan RM0000000.00 (tanpa modal le tuh. Mustahil ker?TAk!!!

1.Kurangkan perbelanjaan yang bukan keperluaan.
Point ni tak berapa sedap untuk dibicarakan namun ia amat penting. Barang bukan keperluan amat banyak di zaman sekarang. Contoh paling dekat ialah ROKOK!(yang ni bukan sahaja perlu dikurangkan malah tak perlu lansung berbelanja untuknya).Contoh lain ialah HANDPHONE. Tak perlu kita berbelanja terlalu mahal untuk sebuah handphone.

2.Jualkan segala barangan yang kita tidak perlukan.
Menyimpan barangan yang kita tidak perlukan merupakan beban kepada kita. Mana taknya, kita terpaksa menggunakan ruang kepada sesuatu yang kita tidak perlukan. Sedangkan adalah lebik economic sekiranya kita jualkan sebagai barangan 2nd hand atau besi buruk/scrap. Hasil dari jualan ini kita boleh jadikan sebagai modal perniagaan. Boleh gunakan kemudah internet seperti lelong.com atau ebay.com.


3.Pujuk Orang tersayang
Siapa? Mak,ayah, akak atau sape2 yang sayangkan kita dan mahukan kita berjaya dalam hidup. Mereka senang untuk memberikan modal kepada anda.

4.Buat bisnes ngan cara consignment (makan komisen jek)
Carilah sedara mara, kawan atau syarikat2 yang ada produk tapi tak tau nak buat pemasaran (marketing).Dengan ini kita akan memperolehi modal dalam bentuk stok...Cara ini dah ramai orang buat mcmni sebenarnya.

...Cubelah, mungkin anda boleh menjadi seorang peniaga 5 minit dari sekarang...

Sabtu, 11 Oktober 2008

Semut lebih hebat dari manusia!

Benar! manusia yang tidak menggunakan akal fikiran serta terlalu mengikutkan nafsu mereka tidak punyai apap-apa pun kelebihan berbanding dengan haiwan mahupun serangga. Faktanya di sini

Akibat terlalu banyak makan kuih rayer.



moral: Walaupun sekarang kita masih dalam mood raya, tetapi harus diingat bahawa memakan terlalu banyak kuih raya akan menyebabkan kesihatan kita terjejas. Jadi, dinasihatkan agar kita berhati-hati mengambil makanan. Menurut orang tua-tua, kebanyakan penyakit bermula dari dalam perut (makanan).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

macam2tips stats