Mau lebih tips?cari di sini

Selasa, 14 Oktober 2008

Melamine tu aper?



Dunia hari ini sedang hangat dengan isu bahan kimia melamine dalam susu formula. Sungguhpun insiden ini berlaku di negara China , namum bahangnya amat dirasai di seluruh dunia. Ini kerana, produk dari negara China kini menguasai hampir keseluruhan dunia.Tau ke melamine tu amende?

Melamine
Melamina (bahasa Inggeris: Melamine) adalah sebatian bes organik dengan satu sianamida trimer dengan satu tulang belakang 1,3,5-triazina. Formula kimianya adalah C3H6N6, dan ia memiliki nama IUPAC 1,3,5-triazina-2,4,6-triamina. Ia hanya sedikit larut dalam air.

Ahli sains Jerman, Justus von Liebig, merupakan orang pertama yang mensintesis satu sebatian pada tahun 1830an dan memanggilnya melamina. Minat komersial dan sintesis sebatian ini bermula pada tahun 1937. Kini melamina merupakan bahan penting dalam pengeluaran produk thermoset sintetik di seluruh dunia.

Melamine bergabung dengan acid sianurik untuk membentuk melamina sianurat, yang telah mengimplikasikan di dalam Keracunan eksport protein China.

Kegunaan
Melamina digunakan dengan formaldehida untuk membuat resin melamina, plastik thermoset yang tahan, dan busa melamina iaitu satu bahan pembersih polimer. Produk akhir termasuk kain, gam, dan pinggan mangkuk. Melamina adalah komponen utama dalam Pigmen Kuning 150, iaitu pewarna dalam dakwat dan plastik.

Melamina juga digunakan sebagai baja tanaman kerana kandungan nitrogennya yang tinggi (lebih kurang 66.5% atau dua pertiga).

Kesan
Melamina adalah bahan yang tidak dibenarkan di dalam semua makanan. Penambahan melamina dalam makanan adalah menyalahi undang-undang Malaysia di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Kesan melamina secara langsung mengakibatkan iritasi apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata. Pengambilan melamina melalui makanan juga boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem pembiakan dan pembentukkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing. Ini boleh mengakibatkan kegagalan ginjal terutamanya kepada bayi.
(sumber dari wikipedia)

sila klik di sini untuk mengetahui produk-produk di Malaysia yang mengandungi kandungan melamine merbahaya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

macam2tips stats