Mau lebih tips?cari di sini

Selasa, 25 November 2008

Iktibar: Bapa Pengemis, 3 Anak Di Universiti..

Iktibar: Bapa Pengemis, 3 Anak Di Universiti..

Membaca artikel mengenai pengemis sebelum ini, teringat saya satu kisah.
Walaupun berpendapatan tetap, kita sering mengeluh, harga
minyak dan barangan semakin naik, hal anak-anak nak bersekolah lagi. Tapi
tahukah anda, ada seseorang yang menjadi pengemis tetapi mampu
membesarkan anak-anaknya, sehingga anak-anak tersebut berjaya berada dekat
universiti? Ketika itu, saya masih menuntut di sebuah kolej di
Sunway.

Saya sedang berjalan keluar daripada kolej saya ketika saya melihat seorang
pengemis tua, dalam lingkungan umur 50-an, sedang duduk
meminta sedekah. Selalunya, saya hanya memberi wang kepada mereka dan terus
berlalu. Entah kenapa, mungkin mood saya tengah baik dan saya pun tiada
rushing nak ke mana-mana. Saya lalu berbual2 dengan hamba Allah tersebut.

Saya :Sudah lama mengemis, pakcik?

Pengemis : Ya...lebih kurang sudah 18 tahun , nak.

Saya : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?

Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak

Saya : Banyak juga ya pakcik??

Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...

Saya : Ohhhh.....keluarga pakcik ada di mana?

Pengemis : Isteri pakcik meninggal lama dah. Anak pakcik pulak semuanya ada
3 orang, tiga-tiga lelaki. Yang pertama dekat di
Universiti Putra Malaysia di Serdang tu. Yang kedua dekat Universiti Malaya
, dan yang ketiga dekat Universiti kebangsaan Malaysia di Bangi
nuun.

Saya :Wahh..hebat- hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr..

Pengemis: (Sambil tersenyum Biasalah nak. Anak pun pandai apa, sekolah
kat sini?

Saya: (Membalas senyuman....) Pakcik ni..So anak pakcik tu semuanya
masih kuliah?

Pengemis : Tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....Dorang kata
duduk mengemis dekat universiti ni banyak skit incomenyer pasal
budak2 U nie pemurah! Lagi2 kalau dekat2 exam. Setakat dua tiga ratus sari
tu biasalah!

Saya: Cisss..Hampehhhhhh. .!!!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

macam2tips stats