Mau lebih tips?cari di sini

Isnin, 17 November 2008

Kawan Aku Tak Nak Kat UMNO sebab...



Utusan Malaysia, 10 Mac 1982, menyebutkan bahawa pada 9 Mac 1982 di Parlimen, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad berkata; “ Dalam keadaan bahawa orang-orang Islam hanya 50 peratus sahaja daripada penduduk sesebuah negeri, pelaksanaan undang-undang Islam tentulah terpaksa mengambil kira siasah yang wujud dalam keadaan, Yang pertamanya ialah soal kemampuan dan yang keduanya ialah soal keadilan, Adalah tidak adil dalam masyarakat majmuk jika pencuri Islam dipotong tangan, tetapi pencuri bukan Islam tidak dikenakan hukuman sama kerana tidak ada saksi-saksi Islam.” - PM menekankan, dalam keadaan ini, hukuman terhadap penjenayah terpaksa disamakan baik dari segi proses keadilan atau hukuman.
. Menteri Kewangan ,Tengku Razaleigh di Pulau Pinang pada 27 Mac 1982 telah menyeru agar seluruh rakyat menolak parti-parti agama dan perkauman kerana parti-parti tersebut mengancam perpaduan dan persefahaman antara kaum yang telkah wujud selama ini.Beliau menambah lagi bahawa isu-isu seperti ayat Al-Quran yang digunakan ..........untuk mencari pengaruh mereka di kalangan orang-orang Melayu amat berbahaya kepada perpaduan kaum yang telah menjamin keselamatan negara selama ini.Inilah antara kekeliruan dan usaha yang dibuat untuk menentang Islam yang dibuat oleh Umno. Ucapan ini dengan jelasnya menafikan Umno sebagai parti agama dan bererti menolak Al-Quran sebagai perlembagaan(piagam) hidup manusia.

JAWAPAN TERHADAP KENYATAAN CHEDET N KULI…
Daripada kenyatan Perdana Menteri itu beerti: pertama- untuk melaksanakan undang-undang Islam hendaklah mendapat keredhaan orang kafir terlebih dahulu, kedua- menjaga hati orang kafir adalah lebih penting daripada untuk menyelamatkan orang-orang Islam terhumban ke neraka, ketiga-Islam (Allah) hendaklah disesuaikan menurut kehendak masa, dan nafsu manusia yang senantiasa berubah, yang bererti kehendak Allah hendaklah mematuhi kehendak manusia.
Apabila kita merujuk kembali kepada pemerintahan Rasulullah saw di negara Islam Madinah, golongan Islam sedikit sahaja, dan golongan kafir lebih daripada 5,000 orang, tetapi Rasulullah tetap juga malaksanakan sistem pemerintahan dan undang-undang Islam. Di sini bererti Umno sebagai parti Islam yang terbesar di Malaysia telah mengikuti SUNNAH THAGHUT, bukannya sunnah Rasulullah saw.


FATWA PARA ULAMA MENANGKIS KENYATAAN
CHE DET INI...!!
Pejabat `Ilmi, Fatwa, Dakwah dan Kepim- pinan, Kerajaan Arab Saudi ; di dalam buku “ Dalil Al-Haj wal-Mu’tamir Waza`ir Masjid Rasulullah; dalam perkara - perkara yang membatalkan Islam; perkara keempat ialah :
Barangsiapa yang mengi’tiqadkan bahawa petunjuk yang lain lebih baik (sempurna) daripada petun- juk yang dibawa Nabi s.a.w atau hukum buatan manusia lebih bagus daripada hukum-hukum yang dibawa Nabi, seperti orang-orang yang lebih mengutamakan hukum Thaghut daripada hukum-hukum Nabi maka dia adalah KAFIR. Perkara-perkara yang termasuk dalam hal ini adalah seperti berikut;-
A. I’tiqad bahawa undang-undang atau sistem-sistem buatan manusia lebih utama daripada syariat Islam atau sistem Islam tidak layak lagi dilaksanakan dalam abad ke-20 atau sistem Islam menyebabkan kemundu- ran atau ketidakmajuan umat Islam.
Atau menganggap bahawa Islam hanya TERHAD kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan peribadi seseorang dengan Tuhannya sahaja tanpa dimasukkan perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan hidup. ( *seumpama politik, ekonomi, sosial dsb )
B. Berpendapat bahawa pelaksanaan hukum - hukum Allah dalam seumpama memotong tangan pencuri atau merejam penzina adalah kejam dan tidak sesuai pada zaman ini kerana masyarakat majmuk dan lain2.
C. I’tiqad bahawa harus dijalankan hukum-hukum selain daripada hukum-hukum yang diturunkan Allah dalam bidang-bidang mu`amalah (perniagaan), syariah atau hudud ( undang- undang ) atau sebagainya, walau- pun ia tidak mengganggap bahawa hukum-hukum itu lebih baik dan utama daripada hukum-hukum syara’. Kerana i’tiqad yang sedemikiannya bererti telah mengharuskan perkara-perkara yang diharamkan Allah meng ikut Ijma’ dan setiap orang yang mengharuskan perkara yang diharamkan Allah daripada perkara-perkara yang diketahui haramnya dalam agama seperti zina, berjudi, riba dan menjalankan hukum selain daripada hukum-hukum Allah maka mereka ( yang mengharuskan yang haram itu ) adalah kafir mengikut ijma’.


UMNO menegakkan cara hidup sekular. Sekularisme sebagai berhala moden.
Ulama’ menta’rifkan bahawa berhala itu diklasifikasikan kepada dua; berhala zahir dan berhala batin. Berhala lahir ialah dalam bentuk berhala yang dapat dilihat, yang bermacam-macam jenis, bentuk serta bahannya. Berhala batin pula ialah berupa fahaman- fahaman, ajaran-ajaaran, idedologi-ideologi dan apa-apa cara hidup yang diciptakan oleh manusia dari semasa ke semasa yang bertentangan dengan Islam. Kesemua berhala di atas dapat digolongkan sebagai Thaghut. Perkara yang mensyrikkan manusia, yang menggugurkan dua kalimah syahadah. Firman Allah yanhg bermaksud:
“ Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan rasul-rasul pada setiap umat ( untuk menyerukan ) : Sembahlah Allah ( sahaja ); jauhilah Thagut itu, maka di antara umat - umat itu ada orang- orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di anataranya orang - orang yang sudah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang - orang yang mendustakan (Rasul- Rasul).
[ An- Nahl: 36]
Sekularisme ternyata merupakan satu ideologi atau fahaman yang menjadi anutan rakyat dan negara Malaysia; samada sedar atau tidak. Dalam satu masa seorang Muslim mengaku bahawa dirinya adalah Islam; dalam masa yang sama juga menganut, memuja menyembah satu fahaman yang lain yang bertentangan dengan aqidah Islam Dan kalaulah begitu, maka daripada segi pengertian tauhid uluhiyah, maka terkeluarlah mereka itu daripada Islam.
Nabi saw ada bersabda yang berbunyi:
“ Akan berlaku sebelum kiamat beberapa fitnah bagai bahagian malam yang gelap-pekat, ( di mana ) seseorang lelaki di waktu pagi sebagai seorang mu’min (beriman dan (apabila) petang menjadi kafir; mukmin di kala petang dan kafir di kala pagi, beberapa golongan menjual ( menukarkan ) agama mereka dengan kepentingan dunia.”- Ini menunjukkan bahawa pegangan manusia itu kerap berbalik-balik tanpa mengira had, masa atau waktu [ Hadith Riwayat AT-Turmidzi:hadis yang Ghorib tetapi pada lahirnya At-Turmidzi menghasankannya]
APABILA PAS KELANTAN NAK LAKSANAKAN HUDUD..INI JADINYA..!!
Setiap dasar dan keputusan yang dibuat oleh UMNO akan memberi kesan kepada pemerintahan kerajaan Malaysia dalam segala perkara termasuk dalam hal perlaksanaan undang -undang Islam . Dalam kajian penulis kenyataan pemimpin utama UMNO di dalam perkara yang berkaitan dengan undang -undang Islam sering berdolak dalik . Hal ini boleh diikuti di dalam kenyataan akhbar sejak timbul isu Hudud iaitu sekitar oktober 1992 selepas kenyataan Dr Mahathir seolah - olah membenarkan Kerajaan Kelantan malaksanakan Hudud dalam kempen pilihanraya kecil Dun Bukit Payong , Trengganu. Rentetan daripada itu kerajaan Kelantan bersungguh - sungguh untuk melaksakanakannya dan menyiapkan draf dan disahkan oleh Dewan Undang Negeri Kelantan . Hasil kesungguhan Kerajaan Kelantan , maka Perdana Menteri selaku Presiden Umno telah menghantar surat amaran kepada kerajaan Kelantan supaya tidak melaksanakan Undang - Undang Islam di Kelantan dengan dakwaan sebagai Hudud Pas.

PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abd Aziz Bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
Kelantan

T.A.B . Tuan Haji,
PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN
Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandu kepada kebijaksanaan ( al-Hikmah ) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah saw dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa al-Rasyidin dalam melaksanakan ajaran Islam lebih - lebih lagi yang berkaitan dengan hukum - hukum jenayah .
..……
Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata - mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya . Kerajaan Malaysia yang senatiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai - nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan dalam Islam , maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan Pas demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut - penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994
Surat daripada Perdana Menteri yang dinyatakan di atas dikemukakan dengan panjang bersama dengan hujjah bahawa Undang -Undang Jenayah yang dikemukakan oleh PAS bercanggah dengan prinsip Islam. Surat ini telah dijawab oleh Menteri Besar Kelantan dengan penjelasan yang terperinci berdasar nas - nas syarak dan pandangan dalam surat balas bertarikh 17 November 1994 ( MB.K.N.(S) 19/2(36) sebanyak 33 muka surat . Balasan surat ini tidak dibalas oleh Perdana Menteri dan mengambil sikap untuk terus menghalang perlaksanaan undang - undang Islam melalui ucapan beliau seperti berikut :

" Kita akan mengambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud "

" Saya akan memastikan bahawa negeri - negeri yang diperintahkan oleh oleh BN tidak akan melaksanakan hudud"

Kenyataan Perdana Menteri selaku Presiden UMNO jelas menolak perlaksanaan hukum hudud seperti yang mahu dilaksanakan oleh PAS. Kenyataan beliau dan pemimpin UMNO yang lain yang berdolak dalih ini mengelirukan masyarakat .


Kata Imam Al-Ghazali: Sesungguhnya syariat (undang-undang Islam itu dasar dan kerajaan itu sebagai pengawal. Dan setiap barang yang tidak ada dasar maka pasti ia akan runtuh dan setiap barang yang tidak ada pengawalnya maka pasti ia akan hilang.- Ihya’ `Ulumuddin, Jilid 1.
Pandangan ulama’ Islam ke atas orang yang memisahkan agama Islam dari politik. .Jabatan Kajian Ilmiah Fatwa dan Dakwah Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa,iaitu batal Islam seseorang yang mengi’tiqadkan bahawa agama Islam itu hanya terhad dalam hubungan seseorang dengan Tuhannya semata tanpa masuk campur dalam urusan hidup yang lain.(i)
2.Berkata Sheikh Munir Lutfi (ii) bahawa jadi murtad orang yang menghalalkan pemisahan agama Islam dari politik sama hukumnya dengan orang yang menghalalkan riba’.
3.Memisahkan agama Islam daripada politik adalah jalan yang paling ringkas untuk menjadi kafir.(iii)
4.Berkata Al-Maghfurlahu Sayyid Qutb:Jadi kafir mereka yang berkata muslihat manusia itu berlainan dengan yang diturunkan dan disyari’atkan oleh Allah dan tidak kekal orang yang berkata seperti itu dalam Islam walaupun sesaat. (iv)
5.Berkata Dr.Yusuf Qaradawi(v) orang yang memisahkan agama dari politik adalah orang yang sesat lagi menyesatkan orang ramai.Oleh yang demikian kedua-duanya tidak boleh didengar dan tidak boleh diterima sama sekali.(vi)
Berkata Sheikh Islam adddaulah Uthmaniyyah Mustafa Sobri dalam kitabnya “Mauqif al-aql wal ilm wal ‘alaam min rabbil ‘aalamin wa-ibaadihil mursalin,hal :164,juz 1,yang ertinya;
Ada pun sekiranya pemerintah keluar daripada hukum-hukum agama dengan dakwaan bahawa kepatuhan kepada suruhan agama dan larangannya wajib ke atas rakyat tidak wajib ke atas pemerintah maka perbuatan itu adalah memisahkan agama daripada negara pada dasarnya yakni dengan I’lmiah dan I’tiqad.Ini adalah murtad rakyat bersama negara sekiranya rakyat menerima keadaan kerajaannya ataupun rakyat redha dengan jkerajaan .Seperti kerajaan yang memerintah adalah kerajaan demokrasi berparlimen,ianya berkuasa dengan pemilihan rakyat .Maka terkenalah ke atas kedua-dua rakyat dan kerajaan dengan firman Allah:-
“Sesiapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah maka mereka termasuk dalam golongan Kafir”
(I) Dalil Hajj wal Mu’tamar wazzaa-ir ;ri-aasah idaaraatil buhus al-ilmiyyah wal iftaa-ie wad-da’wah bil mamlakatil “arabiyyah as-sa’udiah,hal 13
(ii) Sheikh Munir Lutfi ialah seorang A’lim di Syria dan pernah menjadi Dekan Fakulti Syari’ah,Universiti Syria ,Damsyik
(iii) Mauqif al-aql wal ilm ‘aalam min rabbil a’lamin juzuk 4,hal 281
(iv) Sayyid Qutb ,Maalim fit Toriq, hal 96
(v) Dr. Yusuf Qaradawi adalah seorang ulamak terkemuka di zaman ini dan mempunyai karangan-karangan yang begitu banyak dan beliau pernah menjawat jawatan sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam ,Universiti Qatar,Qatar.
(vi) Ad-Da’wah soutul haq wal hurriyah, bilangan 8

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

macam2tips stats