Mau lebih tips?cari di sini
Ahad, 30 November 2008
InsyaAllah..boleh panjang umur jika..
Anda tidak mengambil minuman ringan..
Hampir semua orang mengemari minuman ringan seperti coca-cola dan Pepsi. Tetapi jika anda seorang yang mengelakkan pengambilan minuman seperti ini, anda berpeluang cerah untuk hidup lebih lama. Ini kerana, hasil kajian terbaru oleh sekumpulan saintis dari Boston telah menunjukkan pengambilan minuman ringan sebanyak sekali sehari meningkatkan potensi untuk menghidap sindrom ######bolik iaitu gabungan situasi yang meningkatkan risiko penyakit diabetes dan penyakit jantung.
Faktor penyebab tidaklah diketahui secara jelas. Namun begitu, saintis tersebut mendapati pewarna yang menjadikan cola berwarna hitam telah meningkatkan risiko sindrom ######bolik sebanyak sekali ganda dalam ujian yang dilakukan pada haiwan.
Mereka turut mengandaikan bahawa kandungan gula yang banyak juga boleh meningkatkan berat badan, sekaligus meningkatkan risiko penyakit diabetes dan penyakit jantung.
Ibu anda melahirkan anda ketika usia muda..
Kajian menunjukkan, lebih muda ibu anda melahirkan anda, maka lebih cerah peluang anda untuk hidup lebih lama. Mereka turut mendapati anak yang dilahirkan oleh ibu yang berusia sekitar 25 tahun mempunyai potensi 2 kali ganda untuk hidup sehingga 100 tahun berbanding yang dilahirkan oleh ibu yang berusia 30 tahun ke atas.
Ini kerana, mereka percaya yang sel ovari (telur) milik ibu yang muda (20-25 tahun) mempunyai kandungan genetik yang lebih baik dan lebih berkualiti berbanding ibu yang sudah berusia 30 tahun ke atas. Malah, kita juga sedia maklum, lebih berusia ibu tersebut melahirkan anak, lebih tinggi risiko untuk mendapatkan anak sindrom down dan kecacatan genetik yang lain.
Suka makan dan minum anggur...
Buah anggur, blueberries atau sebarang makanan berwarna ungu (bukan kerana pewarna) dikatakan sangat kaya dengan bahan yang dikenali sebagai polyphenol - yang dipercayai mengurangkan risiko penyakit jantung dan juga melindungi anda daripada penyakit Alzheimer's (nyanyuk)
Berkahwin dan mempunyai anak...
Seseorang yang sudah berkahwin dan mempunyai anak hidup lebih lama berbanding seseorang yang hidup keseorangan. Lebih-lebih lagi, jika perkahwinan yang dibina berada dalam keadaan aman dan bahagia. Ini kerana, orang mempunyai matlamat hidup disamping sokongan kuat dari keluarga untuk menyara kehidupan mendorang seseorang untuk hidup lebih lama. Malah, terdapat juga kajian yang mengatakan poligami juga boleh memanjangkan usia seseorang. Namun begitu, tidak jelas kaitan antara poligami dengan usia yang panjang.
dipetik dari mesra
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan