Mau lebih tips?cari di sini

Rabu, 6 Ogos 2008

Tips Berjaya Dalam Temuduga


Setiap kali mendapat surat panggilan temuduga, pasti ramai di antara kita yang susah hati. Persoalan yang bermain di dalam minda kita adalah bagaimana untuk bejaya di dalam temuduga tersebut. Apa yang perlu kita lakukan untuk memenangi hati penemuduga dan macam2 lagi. Di sini saya postkan beberapa tips (dipetik dari blog aeropama) yang boleh dijadikan panduan kepada mereka yang bakal menghadapi temuduga.


1. Banyakkan membaca

Ini adalah mandatori.Pelbagaikan bahan bacaan kau. Jangan kau tertumpu pada bahan bacaan berkaitan bidang pelajaran kau sahaja. Kau sangka penemuduga hanya akan bertanya tentang topik yang berkaitan dengan bidang yang kau pelajari. Tidak! Mereka mungkin bertanya tentang topik yang umum; barangkali tentang isu semasa, politik, ekonomi, alam sekitar, sastera, sejarah dunia dan apa-apa yang dirasakan patut untuk di tanya. Tujuannya mahu melihat adakah seseorang calon itu mempunyai pengetahuan dan berkemampuan untuk menjana idea yang bernas dan kreatif.


2. Sediakan apa yang patut

Sepatutnya bila saja kau dapat panggilan temuduga, perkara pertama yang kau harus tanya apa yang perlu kau bawa ketika temuduga. Ringankan sikit mulut kau untuk bertanya. Tak rugi pun. Tak adalah masa sesi temuduga, bila penemuduga minta dokumen-dokumen, kau gelabah memberi alasan itu ini sebab kau tak bawa dokumen yang diperlukan. Biasanya kau harus bawa sijil-sijil akademik kau yang original (lebih bagus kalau kau letakkan dalam satu fail), salinan resume dan juga gambar berukuran pasport. Kalau kau ada surat testimonial dari bekas majikan ataupun pensyarah kau, bawa sekali. Mungkin dapat membantu kau.


3. Etika berpakaian

Kau mahu pergi temuduga pakai jersi Manchester United, seluar jeans, kasut Snickers tak berstokin, rambut panjang tak bersikat, janggut dan misai tak terurus dan berbau tengik. Memang aku halau kau keluar kalau aku jadi interviewer kau. Come on lah beb. Kau tu lulusan universiti bukan pengemis. Pakailah kemeja, seluar slack, kasut hitam (siap digilap berkilat), tali leher, rambut tersisir rapi, janggut dan misai di cukur dan sembur sedikit minyak wangi di badan kau. Jangan lupa gosok pakaian kau. Kepada yang perempuan, janganlah pakai seksi-seksi. Baju jarang-jarang ataupun nampak pusat kau pakai, buah dada terbonjol macam nak terkeluar dari mangkuk coli kau tayangkan, skirt pendek sampai boleh nampak panties yang kau sarungkan. Ingat. Kau pergi temuduga. Bukan nak pergi cucuk langit. Aku sebagai penemuduga rasa senang hati melihat kau dan kau lebih yakin dengan diri kau sendiri.


4. Datang awal pada hari temuduga

Ini yang menjadi masalah utama rakyat Malaysia. Selalu datang lewat tak kira apa jenis majlis pun. Lewat ke kelas, lewat ke majlis kahwin, kadang-kadang tu pergi date pun lewat. Apa salahnya kau datang 15 minit lebih awal. Tak rugi pun. Bakal majikan akan lihat kau sebagai calon yang amat menepati masa dan berdisiplin. Kau boleh gunakan waktu yang ada untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling (ambil feel orang jawa kata) dan menenangkan diri kau.


5. Bersikap sopanlah

Beri salam dan senyum pada orang-orang di situ sebelum dan selepas temuduga. Kalau kau nampak, orang-orang di situ perlukan pertolongan, ringan-ringankanlah tulang untuk membantu. Mana tahu, salah seorang yang kau tolong itu adalah penemuduga kau nanti. Cerahlah peluang kau. Bila kau masuk ke bilik temuduga juga begitu. Beri salam dan senyum. Jangan lupa untuk berjabat tangan. Jika dia bukan muhrim kau, cukuplah sekadar tunduk sedikit sebagai tanda hormat. Duduk bila diberi izin untuk duduk atau kau minta izin untuk duduk.


6. Tenangkan diri kau

Jangan gugup. Penemuduga juga adalah manusia macam kau. Bukan raksasa mahupun alien yang nak makan kau. Duduk dengan tertib dan tegak. Anggap penemuduga kau tu sedang ber'bogel' tak pun macam kawan-kawan kau. Kadang-kadang aku anggap diri aku ni CEO syarikat tersebut dan mereka adalah pekerja-pekerja aku. Aku rasa lebih selesa dan berkeyakinan untuk melontarkan jawapan dan idea-idea aku ketika temuduga berjalan.

7. Bercakaplah dalam Bahasa Inggeris

Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa. Kau tak mampu bertutur dan memahaminya, kau akan ketinggalan. Kalau kau pergi temuduga, kau akan gagal. Ini pasti kalau kau mahu bekeja dalam sektor swasta. Kerajaan aku tak tahulah. Kau tak perlu cakap Bahasa Inggeris dengan 'perfect grammar'. Cukuplah sekadar penemuduga faham apa yang kau cuba sampaikan. Yang penting kau yakin untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Itu yang dilihat oleh penemuduga. Aku nak bagi tahu kau, penemuduga tu pun bukan boleh cakap B.I dengan 'perfect grammar'. So kau tak perlu takut. Ingat! Jangan sekali-kali menjawab dalam Bahasa Melayu. Akibatnya, kau GAGAL.

8. Jual diri kau sehabis mungkin.

Kau harus jual diri kau. Tunjukkan apa keistimewaan yang kau boleh tawarkan pada mereka. Biasanya soalan pertama yang akan ditanya "Tell me about your self?" Budak darjah 6 pun boleh jawab. Kalau kau jawab macam budak darjah 6, kau GAGAL. Cukup sekadar kau beri nama kau, dari mana asal kau, berapa adik beradik kau dan kau anak yang keberapa. Di sini kau boleh jual diri kau. Aku bagi contoh, kalau kau anak yang pertama, kau boleh katakan yang kau dilahirkan sebagai pemimpin. Kau adalah pemimpin nombor 2 selepas ayah kau (kalau kau lelaki) ataupun kau boleh cakap keupayaan kau memimpin adik-adik kau yang nakal-nakal kat rumah tu. Tentang latar pendidikan kau; cukuplah kau beritahu tentang kelayakan akademik kau yang tertinggi. Kalau kau ada ijazah, beritahu ijazah apa dan dari mana kau perolehinya. Tak perlu melalut sampai ke UPSR. Kalau kau aktif dalam ko-kurikulum, nyatakan sekali. Apa jawatan yang kau pegang, apa kejayaan yang kau capai semasa menjawat jawatan tersebut dan apa yang kau pelajari semasa menjawat jawatan tersebut dalam membina sahsiah diri kau. Kalau kau ada pengalaman kerja part-time, jangan sekali-kali kau lupa ceritakan. Ini adalah kelebihan kau yang paling utama dan membuktikan kau berlainan dari calon-calon yang lain. Kau sudah terdedah kepada dunia pekerjaan lebih awal dan kau tahu selok beloknya. Ingat! Penemuduga mahu mencari keistimewaan dan kelainan dalam diri calon. Dan jangan lupa untuk kupas pengalaman kerja kau itu sedalam-dalamnya.

9. Follow-upIni amat penting.

Penemuduga juga manusia. Manusia mudah lupa. Lepas kau temuduga, rajin-rajinlah menelefon mereka untuk mengetahui status temuduga anda. Kau boleh lakukannya selang seminggu kau selesai temuduga. Come on guys, jangan kedekut untuk bazirkan kredit kau untuk buat follow-up. Sekadar 2-3 ringgit. Apalah sangat jika nak di bandingkan dengan 2-3 ribu ringgit sebulan yang bakal kau perolehi.


Selamat Mencuba!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

macam2tips stats