Saya sering bertemu dengan rakan-rakan yang mempunyai masalah yang sama dengan saya iaitu Peningkatan Perbelanjaan untuk Petrol.
Jadi, saya mengambil kesimpulan bahawa hampir 90% rakyat Malaysia mengalamai nasib dan masalah yang sama dengan saya. Maka, untuk mengurangkan masalah ini, saya ingin berkongsi beberapa tips bagaimana untuk menjimatkan perbelanjaan untuk petrol.
1.Berada pada gear rendah dalam masa yang lama membuatkan petrol digunakan pada  kadar yang maksima. Kadar penggunaan petrol secara maksima biasanya berlaku  antara gear 2 ke gear 3. Ini bagi pengguna manual. Jadi, jangan tunggu lama-lama  sangat pada gear 2.
2.Membawa kenderaan dalam keadaan laju pada jalan yang  mendatar dan menuruni bukit. Sekiranya tiada apa-apa hal penting, tidak perlulah  bawa laju-laju. Lagi-lagi bila turun bukit, nak buat apa bawak laju. Biarlah dia  jalan sendiri, dengan menekan sedikit sahaja pedal minyak.
Beban yang  berat.
3. Setiap 50kg pertambahan beban dalam kenderaan, maka bertambahlah  penggunaan minyak. Jadi, jangan bebankan kenderaan anda dengan beban yang tidak  diperlukan. Cuba nengok-nengok dalam kenderaan anda, kalau-kalau selama ni ada  anda tinggalkan apa-apa barang yang tidak berguna. Di bawa ke hulu-ke hilir. Ini  sebenarnya lebih membebankan kereta anda. Jika tidak perlu, tinggalkan aje di  rumah.
4.Memasang pengikat barang di atas bumbung sebenarnya amatlah tidak  patut. Ini kerana dengan kehadiran pengikat barang tersebut, ia menghalang  laluan angin dan daya yang lebih perlu digunakan untuk melawan arus angin  tersebut. Ini akan menyebabkan petrol terpaksa digunakan secara berlebihan. Ia  juga menambahkan beban sebenarnya. Jadi, jika tiada keperluan, tak perlulah nak  pasang.
5.Panaskan enjin terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Ini  kerana, paras normal kepanasan enjin dapat membantu meningkatkan prestasi enjin  dan penggunaan petrol juga tidak akan berlebihan.
6.Antara jalan shortcut dan  longcut. Jika anda menerima situasi seperti ini, jalan shortcut tetapi mengalami  jam yang teruk atau jalan yang rosak, atau jalan longcut tetapi jalannya cukup  baik dan tiada kesesakan lalulintas. Jika menerima situasi seperti ini, pilihlah  jalan longcut, jika jalan longcut tersebut berbeza dalam 1-2 kilometer. Ini  kerana, ia dapat mengurangkan dari asyik menukar gear. Sekali gear bertukar,  banyak minyak digunakan di situ.
7.Rancanglah perjalanan anda. Tahu ke mana  arah tuju dan jalan yang ingin dilalui. Jangan dah jauh berjalan baru nak start  rancang. Tahu arah perjalanan juga amat penting, ini kerana jika anda sesat,  kemudian ingin mencari jalan pulang, sebenarnya anda telah membazir banyak  minyakLagi satu, jangan buang masa dengan berpusing-pusing merayau tidak  tentu hala. Ini lagi satu, membazirkan minyak aje.
Ini sahaja dahulu  tips-tips yang dapat dikongsi. Sekiranya terdapat kekurangan, buatlah  penambahan. Jika ada kesilapan, minta dibetulkan.
dipetik dari blog www.car-fuel-saving-devices.blogspot.com



Tiada ulasan:
Catat Ulasan